Fakta 10 Tahun Facebook (Infografik)

February 14, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Online / Perniagaan

Bermula Februari 2014, pengguna aktif Facebook berpeluang ‘menayangkan’ semula perjalanan hidup mereka sepanjang 5 tahun lepas. Aplikasi yang dinamakan ‘A Look Back’ disertai hashtag #FacebookIs10 menjadi fenomena di kalangan penggunanya.

Ketika menghampiri dekad pertama kewujudannya, laman media sosial ciptaan Mark Zuckerberg kini merupakan sebuah rangkaian sosial utama di dunia. Dengan 1.23 bilion pengguna aktif bulanan semasa, sehingga artikel ini di tulis, belum ada mana-mana rangkaian laman sosial yang berjaya menandingi pencapaian gemilang Facebook.

Bermula di sebalik tembok Universiti Harvard, kini Facebook memiliki bangunannya sendiri di Menlo Park, California.

Kompleks ini dan ditambah pula dengan 37 pejabat di seluruh dunia dan lebih 6,000 kakitangan menjadikan Mark Zuckerberg sebagai ikon atau taikun media sosial ternama dan dihormati dalam usia yang muda.

Menerusi laman web Facebook yang sentiasa dikemas kini dengan cerita pertumbuhan dan perkembangan syarikat dan detik-detik penting lain, para pembaca akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana Facebook menjadi seperti mana ia pada hari ini.

Tim Majalah Niaga mengajak para pembaca mengikuti kronologi Facebook daripada saat ia ditubuhkan sehinggalah ia menyambut ulangtahunnya yang ke-10.

Facebook 10 Tahun

Sumber info: facebook-decade-infographic


Tags: , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?