#FaktaBisnes – Les Copaque Diambil Daripada Perkataan Last Kopek

October 21, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Fakta Bisnes - Les Copaque

 

Pada tahun 2005, ada 3 orang graduan dari Universiti Multimedia datang berjumpa dengan saya. Mereka mahu membuat filem animasi, dan apabila kita lihat hasil kerja mereka, saya rasa filem ini boleh dibuat. Waktu itu kita telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat ini.

Syarikat Les Copaque asalnya daripada perkataan ‘Last kopek’. Perkataan ini adalah perkataan orang yang bermain daun terap. Untuk kad yang terakhir, mereka akan berkata ‘Last kopek’.

Jadi mereka berharap akan memenangi pertarungan itu. Jadi saya beritahu graduan untuk memberikan nama ‘Last kopek’. Di mana membawa maksud ‘Harapan yang Terakhir.

Kalau tidak berjaya, saya akan tutup syarikat. Tetapi oleh kerana kita mahu pergi ke peringkat antarabangsa, jadi kita mengubah ejaan menjadi ‘Les Copaque’. Bunyi macam bahasa Perancis.


Tags: , ,

Komen (2)

Pendapat anda?