Majalah Niaga

USD100 Bilion – 3 Rahsia Mark Zuckerberg Sembunyikan Pada Usahawan
Facebook kini merupakan satu daripada syarikat yang mempunyai nilai USD100 bilion.

Menurut laporan yang dikeluarkan CNN Money, Facebook dalam proses untuk menambahkan lagi peruntukan sebanyak USD14 bilion. Angka ini sangat ketara bezanya jika hendak dibandingkan dengan jumlah yang diperoleh Instagram.

Lebih menarik, pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg masih mengekalkan takhtanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dengan memegang 57% hak pemilikan dalam laman sosial yang mempunyai lebih 500 juta pengguna ini.

Ini menjadikan beliau terus berkuasa untuk mengawal bahagian operasi syarikat yang diasaskan pada Februari 2004. Soalannya, bagaimana anak muda yang bakal berusia 28 tahun ini membina empayar perniagaan Internet dalam masa kurang 9 tahun?

3 Rahsia Tersembunyi USD100 Bilion

Terdapat beberapa rahsia yang disembunyikan beliau secara tidak sengaja, yang boleh dijadikan panduan penting untuk para usahawan berpengalaman dan bakal usahawan. Antaranya adalah:

Keras kepala dan degil.

Produk nombor satu, selepas itu bisnes.

Memilih Hanya yang terbaik.

#1 – Keras Kepala dan Degil

Mark Zuckerberg adalah individu yang cukup dikenali dengan sifat degil beliau. Perkara ini jelas dipaparkan ketika syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Yahoo, Microsoft yang berusaha keras untuk memujuk beliau supaya menjual Facebook.

Dari tahun 2004 hingga tahun 2007, tawaran harga yang dinyatakan oleh syarikat ini bukan angka ratusan ribu. Tetapi sehingga ratusan juta. Berikut adalah beberapa kronologinya yang dilaporkan di seluruh dunia:

2004 – Google menyatakan minat untuk membeli Facebook.

2005 – Viacom menawarkan Mark Zuckerberg sebanyak USD75 juta untuk mendapatkan Facebook.

2006 – Yahoo menawarkan sebanyak USD1 bilion kepada bakal bilionair muda.

2006 – Tahun yang sama ini juga memperlihatkan Viacom dan AOL menawarkan harga pemilikan sebanyak USD1.5 bilion.

2007 – Microsoft pula membuat keputusan untuk memikat hati Zuckberg supaya menjual Facebook, menerusi harga USD15 bilion.

Namun semua tawaran ini tidak mampu membuat Mark Zuckerberg hilang akal untuk menjual aset yang dibangunkannya sejak tahun 2004. Satu daripada sebab beliau berkeras kepala dan degil adalah kerana pendiriannya iaitu:

“Saya ingin membina sesuatu untuk manfaat jangka masa panjang. Selain daripada itu, semuanya adalah gangguan.”

#2 – Produk Nombor Satu, Selepas Itu Baru Bisnes

“Misi Facebook bukan sekadar membina sebuah syarikat atau bsines. Kami sedang membina sesuatu untuk dunia ini.”

Jika mending Steve Jobs begitu obses dengan penghasilan produk-produk Apple, supaya produk syarikat ini tampil hebat, unik dan memikat hati manusia di seluruh dunia, hal yang sama juga berlaku kepada Mark Zuckberg.

Malah beliau turut mengakui Steve Jobs adalah salah seorang daripada ikon sepanjang pembabitannya di Facebook. Ayat di atas adalah kata-kata yang diucapkan beliau kepada Charlie Rose.

Justeru itu kita dapat lihat bagaimana Facebook sentiasa mengemaskini dan menambah pelbagai item baru. Semua ini selaras dengan sifat Mark Zuckerberg yang mengutamakan produk terlebih dahulu.

Selesai produk, baru kita cerita tentang bisnes.

#3 – Memilih Hanya yang Terbaik

Sebuah syarikat yang kukuh bukan sekadar bergantung pada produknya. Tetapi siapa yang memainkan peranan di belakang tabir.

Facebook adalah sebuah laman sosial yang mempunyai ratusan jentera pekerja yang mempunyai kepakaran spesifik. Ini yang menyebabkan mereka sukar ditandingi oleh pesaing-pesaing lain yang cuba meniru Facebook.

Antara pekerja terbaik yang membuat keputusan untuk berhijrah ke laman sosial ini adalah:

Bret Taylor (Facebook CTO – Chief Technical Officer) – Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam pelancaran Google Local dan Google Maps.

Sheryl Sandberg (Facebook COO – Chief Operating Officer) – Wanita ini adalah bekas Vice President of Online Operations and Sales di Google.

Ya, mereka berdua asalnya dari syarikat gergasi enjin carian dunia. Kemudian memilih untuk memperkukuhkan lagi laman sosial yang mempunyai lebih 12 juta pengguna di Malaysia.

Semua Ini Bukan 1 Hari

Melihat pada perkembangan Facebook yang semakin memperlihatkan ‘wang besar’ di mata para pelabur, dan pemiliknya merupakan satu kisah kejayaan yang mengambil masa bertahun-tahun sebelum direalisasikan.

Tindakan Mark Zuckeberg seperti kedegilannya jelas membuahkan hasil kerana Facebook kini bernilai lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh Microsoft, AOL, Google dan banyak lagi.

Rahsia yang tidak sengaja disembunyikan, akhirnya terbongkar.

Kredit: Yahoo News, PSD Graphics, Use This

Tip Kewangan Peribadi – Suburkan Diri Mu
Syukur Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di kolum ini. Terima kasih kerana berkongsi masa membina diri bersama Majalah Niaga, majalah dalam talian pilihan utama anda.

Jika saya mulakan dengan bertanyakan satu soalan, boleh bukan? Apakah lawan bagi perkataan tumbuh? Ya, tepat. mati.

Jika sesuatu tidak tumbuh, ia mati. Mari kita teruskan perkongsian kita kali ini dengan memilih untuk terus tumbuh subur dan memberi manfaat kepada sekalian alam.

Kita telah kongsikan betapa pentingnya simpanan 20% di artikel sebelum ini. 10% untuk Dana Kebebasan Kewangan dan 10% lagi untuk Dana Hajat.

Urus Wang Dengan Dana Ilmu

Kemudian saya huraikan menerusi beberapa tulisan susulan mengenai kepentingannya. Kali ini mari kita sambung dengan cadangan peratusan seterusnya. Bersiap semua, jom!

Saya usulkan tuan-puan sidang pembaca, secepat mungkin wujudkan satu lagi dana dalam urusan kewangan peribadi tuan-puan.

Mari kita namakannya Dana Ilmu.

Dicadangkan ia merangkumi 10% dari pendapatan tuan-puan. Jika pendapatan tuan-puan ialah RM3,000 sebulan, maka peruntukkanlah RM300 untuk Dana Ilmu.

Jika pendapatan tahunan tuan-puan ialah RM50,000 setahun, peruntukkanlah RM5,000 darinya untuk Dana Ilmu. Mudah difahami bukan?

Baja Cerdik

Ibarat pokok yang tumbuh subur, ia mendapat baja yang cukup selain sumber asasinya cahaya, air dan mineral. Jika tidak, ianya bukan sahaja tidak subur, ia kurang memberi manfaat. Malah jika tidak tumbuh dengan baik, ia akan mati.

Begitu juga manusia, selain mendapat sumber asasi hidup, ia perlukan ‘baja’ untuk subur. Inilah analoginya. Kecerdikan kewangan bernisbah terus dengan maklumat yang tuan-puan perolehi.

Dana Ilmu adalah cara merealisasikannya; sebagai baja, pengetahuan adalah kuasa.

Ke mana patut saya salurkan wang daripada dana ini? Jawapannya ialah salurkan kepada apa sahaja yang dapat menambah nilai diri tuan-puan. Jika masih tiada idea, mari kita beri beberapa contoh.

Katakan Dana Ilmu tuan-puan telah ditetapkan sebanyak RM300 sebulan (untuk pendapatan RM3,000 sebulan). Tuan-puan ambil inisiatif untuk membeli buku bina diri di toko buku berhampiran. Tuan-puan boleh pilih dari lautan tajuk yang ada di sana.

Tuan-puan mahu tahu tentang pelaburan hartanah, emas, silakan pilih. Tuan-puan mahu tentang masakan, silakan pilih. Alhamdulillah syukur, negara kita dikurniakan ramai penulis hebat yang mampu memberi faham dan menggerak motivasi diri.

Tepuk Dada, Tanya Selera

Selain memilih buku atau majalah bina diri, tuan-puan silakan pilih genre agama, fiksyen motivasi, hobi, buat-sendiri (DIY), resipi, sukan dan lain-lain. Jika tuan-puan mempunyai rutin yang ketat, apa kata beli sahaja dari toko buku dalam talian.

Terdapat banyak juga e-book bina diri di pasaran hari ini. Tepuk dada, tanyalah selera. Malah ada banyak pula yang percuma. Atau tuan-puan langgan sahaja majalah bina diri kegemaran tuan-puan.

Ia akan dihantar ke rumah tuan-puan setiap bulan. Mudah bukan? Membaca bukan lagi untuk lulus periksa, ini untuk suburkan diri mu. Jika membaca yang menjadi halangan, dapatkanlah pula CD dan DVD bina diri.

Meriahkan Majlis Ilmu

Selain buku dan majalah, mari kita cadangkan tuan-puan gunakan dana RM300 tersebut bagi menghadiri seminar-seminar, bengkel-bengkel, konferen-konferen, majlis-majlis ‘networking’, kuliah-kuliah, kelas-kelas dan usrah-usrah bina diri yang banyak terdapat hari ini.

Ia benar-benar baja mujarab bagi membina diri dan melatih kecerdikan kewangan peribadi tuan-puan. Alhamdulillah sekali lagi syukur, negara kita belum lagi ketandusan fasilitator pembelajaran yang mampu memberi faham dan menggerak motivasi diri.

Kata guru kewangan terkenal, Robert T. Kiyosaki pelaburan yang paling baik ialah pelaburan dalam masa dan ilmu. Dalam ajaran Islam pula, membaca dan menghadiri majlis ilmu (menuntut ilmu) adalah sangat dituntut malah diwajibkan.

Malah ayat al-Quran yang pertama diturunkan Allah sendiri berbunyi, “Bacalah.”. Lagi pula, tuan-puan dapat pelepasan cukai pendapatan untuk tujuan ini. 10% yang menarik bukan?

Rahsia Jaya

Sebenarnya inilah rahsia mereka yang berjaya di sekitar kita hari ini. Mereka terus subur setiap hari. Mereka tidak jemu belajar. Mereka tidak serik berguru. Mereka tidak malu diasuh. Mereka minta ditegur. Mereka tidak lokek dan berkira dengan ilmu dan guru.

Manakala mereka yang gagal rata-ratanya jahil dan tidak menghormati ilmu. Noktah.

InsyaAllah, di keluaran akan datang, saya akan sambung lagi perkongsian kita dengan berkongsi bagaimana Dana Ilmu ini mempunyai kuasa gandaan (leverage), dan bagaimana ia dapat merawat ‘sakit-sakit’ kronik yang menghalang dan melambatkan proses bina diri.

Sehingga waktu itu, tekadlah tuan-puan. Mulakan hari ini juga. Wujudkan Dana Ilmu mu. Suburkanlah diri mu. Kerana diri mu amatlah berharga.

Pagi hari, keluar nelayan,

Bawa bakul mengisi bekal;

Baiki diri, bina kejayaan,

Syaratnya ilmu, iman dan amal.

Kredit: Paradise Found, Freelance Switch, The Blaze

E-book Panduan Cashflow – Pakdi @ Suzardi Maulan
Masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia pada zaman kini adalah tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah kewangan peribadi.

Satu daripada punca kita mengalami masalah yang kritikal dalam menguruskan kewangan peribadi adalah tidak mempunyai pendirian.

Sebagai contoh, kita lebih selesa mendengar apa yang orang lain kata mengenai diri kita, apa yang kita pakai, kereta apa yang kita bawa berbanding mendengar perasaan kita sendiri.

Kita meletakkan orang luar sebagai prioriti untuk menguruskan duit kita.

Cara ini jelas sekali tidak betul dan membahayakan.

Panduan Cashflow – Panduan Pengurusan Kewangan

Dalam e-book yang ditulis oleh pakar kewangan Malaysia berjudul Panduan Cashflow, Tuan Suzardi Maulan ada memberikan beberapa jalan petunjuk untuk menyelesaikan masalah kewangan peribadi.

Kami diberikan peluang untuk membaca dan meneliti isi kandungan e-book Panduan Cashflow ini sepenuhnya. Umumnya, kami merasakan e-book yang ditulis beliau adalah di antara e-book pengurusan kewangan yang terbaik setakat ini.

Klik Untuk Baca E-book Panduan Cashflow

Kerana pendekatan beliau adalah berdasarkan fakta, kajian serta maklumat-maklumat yang meyakinkan para pembaca untuk bertindak. Lebih menarik, e-book ini dituliskan untuk membantu para pembaca mengenai corak perjalanan pengurusan kewangan yang menurut syariah Islam.

Dipendekkan cerita, Tuan Suzardi Maulan atau Pakdi mahu kita lihat kekayaan kewangan dari perspektif Islam. Dalam masa sama, membuang segala trauma kita mengenai:

Maksud kekayaan.

Pengurusan kewangan.

Pengurusan hutang.

Cara untuk menambahkan duit dan aset.

Rahsia orang yang kaya yang hidup tenang dunia akhirat.

Panduan Cashflow – Maklumat Dalam E-book Ini

Untuk maklumat penuh mengenai isi kandungan e-book ini, boleh klik di sini.

Pada pendapat kami, antara pengisian menarik yang disampaikan oleh Pakdi dalam e-book Panduan Cashflow adalah:

Makna kekayaan – Adakah kaya itu satu dosa atau pahala?

Prinsip kekayaan Nabi Yusuf a.s.

Cara betul membina penyata kewangan.

Menjawab persoalan mengenai pelaburan emas.

Cara melangsaikan hutang dengan pantas.

Cara untuk mengawal perbelanjaan.

3 Strategi buat duit lebih banyak (Walaupun kita sudah bekerja).

Makna Kekayaan – Adakah Kaya Itu Satu Dosa atau Pahala?

Menurut Pakdi, setiap manusia mempunyai definisi kekayaan yang berlainan. Ada orang menganggap kekayaan adalah mempunyai masa untuk bersama keluarga, tanpa perlu risau tentang masalah kewangan.

Ada orang juga menganggap kekayaan itu adalah bebas daripada sebarang hutang yang berbentuk wang. Malah terdapat ratusan definisi kekayaan dalam diri setiap manusia.

Bahagian ini akan memberikan sudut pandang kekayaan dari kaca mata penulis, iaitu Pakdi sendiri. Kita boleh jadikan sebagai contoh bagaimana definisi kekayaan boleh menambah baik atau menghancurkan kehidupan kita.

Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s

Pakdi berkongsi maklumat tentang 3 prinsip yang beliau pelajari menerusi kitab terulung umat Islam iaitu al-Quran, menerusi surah Yusuf dalam kisah mengenai Mimpi Raja Mesir.

3 prinsip ini dibongkarkan dalam e-book Panduan Cashflow. Boleh dapatkan sekarang (Klik di sini).

Cara Betul Membina Penyata Kewangan

Ramai orang tidak tahu membina penyata kewangan, dan ini adalah satu daripada sebab utama kenapa kita gagal menguruskan wang sehingga hari ini. Membina penyata kewangan dapat membantu kita mempunyai harta yang banyak walaupun bergaji RM3,000 sahaja.

Jika gaji lebih rendah daripada RM3,000, maka membina penyata kewangan adalah satu kemestian. Kita dapat menguruskan aliran wang tunai setiap hari dengan lebih baik.

Menjawab Persoalan Mengenai Pelaburan Emas

Ramai orang di luar sana sering bercerita tentang potensi pelaburan emas. Adakah perkara ini betul? Adakah benar pelaburan emas adalah pelaburan yang dijamin menguntungkan?

Jawapannya, salah. Kerana Pakdi menjelaskan berdasarkan analisis potensi emas serta memberikan penerangan yang baik tentang ‘niat’ kita terhadap logam berwarna kuning ini.

Mahu untung wang atau bantu ekonomi Islam? Semuanya terjawab dalam e-book Panduan Cashflow.

Cara Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

Bagi yang mempunyai hutang (sedikit atau banyak), bahagian dalam e-book Panduan Cashflow ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.

Pakdi adalah individu yang mempunyai kepakaran dalam merancang wang. Oleh sebab itu beliau menulis buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’. Jika tuan dan puan serius untuk sucikan diri daripada hutang, dapatkan segera e-book ini.

Download E-book Panduan Cashflow (Klik Di Sini)

Cara Untuk Mengawal Perbelanjaan

Adakah kita seorang yang sentiasa membenarkan nafsu mengawal diri ketika berbelanja di luar? Jika jawapannya ya, maka kita berada di landasan pengurusan kewangan yang berisiko.

Ketahui bagaimana untuk mengawal perbelanjaan cara Pakdi. Pendekatan yang unik, mudah serta berkesan.

3 Strategi Buat Duit Lebih Banyak

Walaupun kita sudah bekerja, kebiasaannya gaji yang diperoleh setiap bulan gagal disimpan. Bukan sebab tidak pandai urus wang, tetapi memang tidak cukup untuk disimpan.

Justeru itu, satu daripada alternatif yang dicadangkan oleh penulis e-book Panduan Cashflow ini mencadangkan agar kita meluangkan masa untuk buat duit lebih banyak.

Pakdi tunjukkan 3 cara yang betul, mudah dan berkesan untuk buat duit dengan lebih banyak. Khas untuk orang yang bekerja dan juga mereka yang menjual anggur (penganggur).

Panduan Cashflow – Rahsia Duit Dibongkarkan

Pengalaman kami membaca e-book Panduan Cashflow ini benar-benar memberikan kesan terhadap aliran tunai peribadi. Jujurnya, e-book ini sesuai untuk dimiliki oleh:

Anda yang ingin dapatkan keyakinan dan sebab untuk menjadi kaya.

Membunuh trauma-trauma berkaitan duit dan kekayaan.

Cara menjadi manusia yang kaya duit, kaya iman.

Cara menguruskan wang dengan lebih efektif setiap hari.

Belajar mengenai pengurusan kewangan daripada pakar kewangan, iaitu Pakdi.

Anda yang ingin buat duit dan seronok hidup dalam dunia ini.

Anda yang mahu hidup bebas wang, bebas hutang dan bahagia bersama keluarga tersayang.

E-book Panduan Cashflow adalah panduan lanjutan daripada buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’. Ia lebih spesifik, penuh dengan data-data penting dan panduan praktikal untuk para pembaca mendapatkan kesan positif kewangan sebaik sahaja membacanya.

Download E-book Panduan Cashflow (Klik Di Sini)

Kredit: Socialtik Mag

Konvensyen Jutawan Muslim – 17 Tip Jutawan CEO Karangkraf
Pada 29 April 2012, tim Majalah Niaga dijemput untuk membuat liputan mengenai Konvensyen Jutawan Muslim yang berlangsung di Flamingo Hotel, Ampang.

Menurut satu sumber yang diperoleh menyatakan, konvensyen ini dihadiri hampir 1,000 peserta dan tamat pada lewat malam.

Dalam artikel kali ini, kami bukan sekadar mahu mewar-warkan Konvensyen Jutawan Muslim, yang telah membuka minda orang ramai mengenai satu kemestian untuk menjadi seorang jutawan.

Dalam masa masa, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak rahsia-rahsia para jutawan, yang dikongsikan dalam majlis ilmu yang penuh gemilang ini.

Rahsia Jutawan Kecil – Dato Hussamuddin

Satu daripadanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Karangkraf, iaitu Dato Hussamuddin Yaacob.

Dalam konvensyen ini, beliau seringkali menyebut bahawa tubuh badannya yang kecil tidak menghalang dirinya untuk berfikiran besar. Malah beliau turut berkata:

“Kebiasannya, orang-orang kecil yang berjaya menguasai dunia.”

Bagi yang tidak mengenali syarikat Karangkraf, ia adalah syarikat penerbitan persendirian (independent) yang terbesar di Malaysia.

Dengan hasil jualan yang mencecah RM500 juta tahun ini, kekuatan syarikat Karangkraf sudah tidak perlu dipertikai lagi. Apa yang menarik di sini adalah kisah kejayaan beliau sebagai usahawan muslim jutawan.

Dari Hobi Menjadi Usahawan Muslim Jutawan

Dato Hussamuddin bermula dengan sebuah hobi yang sudah ditanam sejak kecil oleh ayahnya. Hobi ini yang menjadikan beliau sebagai seorang usahawan dan pemikir kreatif dalam menjalankan perniagaan berasaskan penerbitan dan penulisan.

Soalnya, apakah hobi yang dimaksudkan?

Satu aktiviti mulia. Iaitu membaca.

Konvensyen Jutawan Muslim adalah tempat beliau meluahkan obsesinya terhadap aktiviti membaca. Menurutnya, setiap bacaan boleh mengubah diri kita menjadi lebih baik setiap hari.

Dato Hussamuddin turut menegaskan, membaca itu adalah antara ayat keramat yang diturunkan dalam kitab al-Quran menerusi surah al-’Alaq, ayat 1:

“Bacalah (wahai Muhammad), dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”

Formula ini yang beliau gunakan untuk menjadi usahawan jutawan dalam bisnes penerbitan. Bukan itu sahaja, terdapat 17 lagi tip yang beliau kongsikan sepanjang dirinya berada di atas pentas Konvensyen Jutawan Muslim.

17 Tip Usahawan Muslim Jutawan – CEO Karangkraf

Berikut adalah perkongsian-perkongsian ilmu yang sama nilainya dengan sebuah emas untuk diambil oleh para pembaca Majalah Niaga, sebagai formula untuk menjadi usahawan muslim jutawan.

#17 – Mula Dari Bawah

Kebanyakan masa, kejayaan itu bermula dari bawah. Ia ibarat ketulan salji yang membesar hasil daripada gumpalan kecil-kecilan sepanjang perjalanan.

Konsistensi menghasilkan kejayaan-kejayaan kecil adalah lebih utama untuk menghasilkan kejayaan besar.

#16 – Banyakkan Membaca

Apabila membaca, kita menambah nilai dalam kehidupan sendiri. Ia secara tidak langsung mendorong kita berfikir seperti apa yang kita baca. Sebab itu Dato Hussamuddin sehingga hari ini masih mengamalkan aktiviti membaca.

Walaupun beliau sibuk menguruskan perniagaan, membaca tetap menjadi satu keutamaan.

#15 – Buat Dengan Sepenuh Jiwa

Beliau ibarat Steve Jobs (pengasas Apple). Melakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa.  Dengan itu baru muncul satu kepuasan dalam perjuangan.

#14 – Buat Perkara yang Kita Suka

Sinergi di antara membangunkan bisnes dengan perkara yang kita suka dan melakukannya dengan sepenuh jiwa, adalah sinergi yang menjamin kekayaan dan kepuasan dalam perniagaan.

#13 – Jaga Aliran Wang

Menurut Dato Hussamuddin, pemilik bisnes hanya boleh membelanjakan 10% daripada keuntungan perniagaan mereka. Ini bagi menjaga aliran tunai syarikat supaya tidak mudah tenggelam dalam masa yang singkat.

#12 – Berniaga Dengan Hati Ikhlas

Hati yang ikhlas dalam berniaga akan membuatkan usahawan muslim jutawan itu lebih tenang, dan diberkati Tuhan.

#11 – Sedekah dan Tolong Orang Ramai

“Jika berkemampuan, bersedekah sebanyak yang mungkin untuk membantu orang ramai.”

Dato Hussamuddin menyatakan Karangkraf mempunyai peruntukan RM4 juta setiap tahun, untuk dijadikan sebagai biasiswa kepada para pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

#10 – Setiap Masalah, Ada Peluang Besar

Jangan lihat masalah sebagai satu penghalang. Tetapi lihat dari dinding yang berasingan iaitu peluang besar yang akan membawa keuntungan yang berkali-kali ganda banyaknya.

#9 – Karekter Adalah Rahsia Potensi Diri

Labur masa, tenaga dan wang untuk mendalami karakter dan fungsi diri sendiri bagi menjadi khalifah di muka bumi. Kemudian gunakan ia sebagai kekuatan utama dalam perniagaan.

#8 – Bersaing Secara Sihat

Jangan takut pada pesaing. Kerana mereka adalah golongan yang akan mencetuskan lebih banyak kreativiti dalam perniagaan kita. Pemilik perniagaan yang takut bersaing adalah mereka yang tidak akan berjaya dalam bisnes yang diceburi.

#7 – Kuasa Memberi Kepada Pelanggan

Rata-rata usahawan yang baru bermula seringkali ragu-ragu apabila ingin mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan pertama mereka. Ini yang menjadikan perniagaan itu hidup segan, mati tak mahu.

Amalkan konsep ‘berikan yang terbaik’ untuk setiap pelanggan. Setiap kali kita memberi, Allah akan permudahkan perjalanan rezeki kepada hambaNya.

#6 – Hargai Pekerja

Kukuhnya sesebuah syarikat milik usahawan muslim jutawan itu bukan sahaja kerana pengasasnya. Tetapi kesetiaan dan usaha daripada golongan pekerjanya.

Oleh yang demikian, sebagai pemilik perniagaan, tugas kita adalah menjaga sebaik mungkin pekerja-pekerja syarikat. Berikan yang terbaik untuk mereka supaya para pekerja rasa dihargai dan bermotivasi untuk membangunkan syarikat.

#5 – Untung dan Labur

Usahawan jutawan yang bijak adalah mereka yang menggunakan keuntungan untuk dilaburkan. Ini kerana ia dapat menggandakan wang kita tanpa perlu berusaha keras.

Cara ini diberi nama money makes money (duit buat duit).

#4 – Lengkapkan Diri Dengan Ilmu

Sehingga hari ini, setiap aktiviti yang kita lakukan adalah berdasarkan ilmu yang wujud dalam diri sendiri. Justeru itu, sentiasa mencari peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu.

Untuk berjaya dalam perniagaan, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan.

#3 – Fokus Pada ‘Organic Growth’

Apa yang penting dalam perniagaan adalah keuntungan yang konsisten dan pembangunan bisnses yang organik.

Ramai usahawan Melayu muslim yang tergila-gilakan pendapatan pantas dalam perniagaan. Secara tidak langsung ia membunuh bisnes sendiri.

#2 – Sentiasa Ada Mentor

Setiap apa yang kita lakukan, jalan pintas untuk berjaya adalah menerusi sistem mentor.

Dato Hussamuddin menyarankan agar setiap peserta konvensyen berusaha untuk mencari seorang mentor yang berjaya dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi.

#1 – Kawan Kita Penentu Kejayaan

Dengan siapa kita berkawan, itu adalah penentu kejayaan. Oleh sebab itu, berhati-hati ketika memilih rakan-rakan sekeliling. Pilih rakan yang menyokong usaha dan impian, dan jalan kejayaan sentiasa wujud di hadapan mata.

Rahsia Usahawan Muslim Jutawan Terbongkar

Mudah-mudahan kesemua tip yang dikongsikan berdasarkan pengalaman penulis sepanjang mendengar perkongsian CEO Karangkraf ini, dapat dimanfaatkan oleh para pembaca Majalah Niaga.

Bagi para pembaca yang turut hadir ke Konvensyen Jutawan Muslim, mohon dapat kongsikan pendapat kalian mengenai majlis ilmu ini menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.

Pembiayaan Semula (Refinancing) – 6 Faktor Penentu
Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya.

Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.

Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)

Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.

#6 – Tujuan Pembiayaan Semula

Ini merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira sebelum keputusan pembiayaan semula dibuat.

Pastikan anda mendapat keuntungan daripada proses ini sama ada menerusi lebihan wang yang diperoleh, mahu pun daripada pengurangan installment bulanan yang bakal dikenakan.

#5 – Nilai Semasa (Current Market Value) yang Tinggi

Sekiranya anda menginginkan lebihan wang diterima daripada proses pembiayaan semula ini, pastikan rumah anda mempunyai nilai semasa yang tinggi. Kerana hanya dengan cara ini akan memungkinkan anda memperoleh lebihan wang yang anda ingini.

Walau bagaimanapun,sekiranya anda hanya inginkan installment bulanan yang rendah daripada proses ini, maka faktor berikut menjadi faktor yang agak penting untuk diambil kira.

#4 – Kadar Keuntungan (Interest Rate) yang Rendah

Tiada gunanya jika anda membiayai semula rumah anda pada kadar keuntungan yang lebih tinggi, melainkan janaan lebihan wang yang bakal anda peroleh mampu untuk membayar installment pada kadar tinggi tersebut.

Apa pun adalah lebih baik sekiranya anda hanya membuat pembiayaan semula, sekiranya kadar keuntungan berada dalam keadaan yang lebih rendah daripada pinjaman yang sebelumnya.

Kerana selain daripada installment yang rendah, anda juga dapat menjimatkan jumlah ‘bunga’ yang bakal dikenakan ke atas anda.

#3 – Aliran Tunai Positif

Faktor ini sebenarnya berkait rapat dengan interest rate di atas.

Di mana sekiranya pembiayaan semula dilakukan, adalah perlu untuk anda melihat letak duduknya aliran tunai anda. Sebarang kenaikan dari segi installment bulanan hendaklah mampu ditampung oleh anda, sama ada dari wang poket sendiri mahu pun keuntungan hasil dari lebihan wang yang anda peroleh dari pembiayaan semula ini.

Ingat, pastikan yang aliran tunai anda tidak akan terganggung dengan pertambahan jumlah installment bulanan tersebut. Kerana apa guna anda membiayai semula rumah anda sekiranya ianya bakal menyesakkan cashflow bulanan anda.

#2 – Rekod Pembayaran Lampau

Lupakanlah sahaja hasrat anda untuk membuat pembiayaan semula sekiranya rekod pembayaran bulanan anda tidak ‘secantik’ yang bank harapkan.

‘Cantik’ di sini bermaksud pembayaran bulanan yang tidak pernah tertunggak yang bakal memudahkan pembiayaan semula anda ini diluluskan.

#1 – Kos Pembiayaan Semula

Ramai melupakan faktor ini kerana masing-masing sudah memikirkan lebihan wang yang bakal diperoleh. Bagi mereka yang kos guaman dan yuran penilaiannya (valuation fee) ditanggung oleh pihak bank, mereka boleh menarik nafas lega.

Tetapi bagi bank yang tidak menyediakan pakej sedemikian, maka anda perlu mula memikirkan jumlah yang perlu dibayar sebelum lebihan tersebut anda peroleh.

Jawapan Positif – Bina Kekayaan Dengan Pelaburan Hartanah

Kesimpulannya selama mana keenam-enam faktor ini menghasilkan jawapan yang positif, maka tidak perlu anda memeningkan kepala untuk membuat keputusan.

Sebaliknya langkah menggandakan wang lebihan perlu anda rangka kerana ianya telah menjawab persoalan berbaloi atau tidak pembiayaan semula (refinancing) anda ini dilakukan.

Selamat melabur.

Kredit: Favorable Economy, cbdenvermarketwatch, Real Estate Forum, Beirne and Wirthlin.

5 Angka Jual Produk Digital Di eBay
Ramai orang yang mempunyai pemahaman bahawa kita cuma boleh menjual produk fizikal di portal eBay. Sebenarnya, kita juga boleh menjual produk digital di portal eBay.

Terdapat pelbagai produk digital yang wujud pada masa kini seperti e-book dalam format PDF, audio dalam format MP3, video dalam format AVI dan pelbagai perisian khas untuk komputer.

Setiap produk ini boleh anda jual di portal eBay jika anda mematuhi syarat-syarat penjualan produk digital yang telah ditetapkan oleh mereka.

eBay – Syarat Jual Produk Digital

Format produk jualan untuk produk digital yang diterima oleh pihak eBay adalah dalam format fizikal seperti dalam bentuk CD atau DVD. Maksudnya di sini, anda perlu memasukkan produk digital anda itu ke dalam satu CD atau DVD.

Kemudian produk fizikal itu yang akan anda jual dan hantar kepada para pelanggan anda.

Jika anda tidak mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh portal eBay ini, maka pihak eBay boleh menghentikan jualan anda dan akaun anda boleh digantung.

Oleh itu, anda perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak eBay sekiranya anda ingin menjual produk digital di dalam portal tersebut.

Sudah pasti peraturan yang dikenakan oleh pihak eBay ini nampak leceh. Tetapi sebenarnya penjualan produk digital mempunyai kelebihan positif yang jauh lebih banyak berbanding penjualan produk fizikal.

5 Kelebihan Jual Produk Digital di eBay

Berikut adalah beberapa kelebihan menjual produk digital di portal eBay:

#1 – Mudah Dihasilkan & Berkos Rendah

Produk digital secara amnya mudah untuk dihasilkan dan kos produksinya adalah murah.

Sebagai contoh, jika kepakaran anda adalah menjual barangan di Facebook, anda boleh menghasilkan satu e-book ringkas tentang cara untuk menjual barangan di portal Facebook kemudian menjualnya di portal eBay.

Anda boleh menghasilkan ebook tersebut dengan hanya menggunakan pelbagai perisian percuma yang boleh anda perolehi daripada Internet. Setelah ebook tersebut siap, anda boleh menjual ebook tersebut di portal eBay.

Anda boleh mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam ebook tersebut pada bila-bila masa dengan mudah tanpa sebarang kos tambahan. Ini bermaksud, anda cuma perlu berusaha sekali saja untuk menghasilkan produk digital tersebut dan seterusnya boleh menjualnya berulang-ulang kali untuk mendapatkan keuntungan berterusan di portal eBay.

#2 – Beli Lesen Produk Lain Jika Malas

Jika anda tidak tahu menghasilkan ebook atau produk digital sendiri, dengan mudah anda boleh mendapatkan bekalan produk digital daripada sumber-sumber lain seperti dengan menggunakan produk-produk yang mempunyai:

Resell Rights,

Master Resell Rights atau,

Private Label Rights.

#3 – Untung 100%

E-book dan produk digital mampu memberikan anda keuntungan yang tinggi sehingga hampir 100%. Anda cuma perlu menghasilkannya sekali sahaja dan anda boleh menjualnya berulang-ulang kali selama-lamanya.

E-book yang saya hasilkan 5 tahun yang lalu masih lagi menjana wang untuk saya sehingga ke hari ini.

#4 – Kos CD dan DVD yang Rendah

Kos untuk membeli CD atau DVD adalah murah dan tiada kos untuk memasukkan (burn) produk digital anda ke dalamnya. Kerana hampir kesemua komputer mempunyai fungsi burn padanya yang boleh anda gunakan pada bila-bila masa.

Ini secara langsung dapat mengurangkan kos modal yang perlu anda keluarkan, sekiranya anda melakukan persiapan untuk CD atau DVD ini dengan sendiri tanpa perlu membayar pihak lain.

Jika anda tidak berminat untuk melakukan kesemua ini sendiri, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk menyediakan CD atau DVD anda seperti Kunaki.

#5 – Tidak Perlu Simpan Stok

Anda tidak memerlukan sebarang ruang penyimpanan untuk e-book dan produk-produk digital anda. Ruangan penyimpanan anda cuma dihadkan oleh jumlah ruang yang terdapat di dalam hard disk komputer anda.

Dengan ini tiada kos penyimpanan dan tiada masalah kawasan penyimpanan yang bersepah di tempat anda.

Satu Peluang Perniagaan Untuk Diterokai

Seperti yang dapat anda lihat di dalam perkongsian saya tadi, terdapat pelbagai kelebihan menjual produk digital berbanding produk fizikal di portal eBay.

Oleh itu, ia merupakan satu peluang perniagaan yang wajar untuk anda pertimbangkan sebagai seorang usahawan eBay yang berjaya.

Sehingga kita berjumpa lagi di keluaran yang akan datang, salam hormat dan salam kejayaan!

Kredit: eBay, CJS Technologies, Megabytes.

Pemasaran SEO – 6 Lagi Mitos & Penipuan Merugikan (Part 2)
Ya, bersambung kita dalam siri mitos pemasaran SEO.

Artikel yang ditulis khas untuk membentangkan maklumat-maklumat yang dapat menjawab persoalan mengenai cara untuk mendominasi Google. Sebelum ini, kita sudah membincangkan 4 mitos pemasaran SEO.

Dalam bahagian kedua, 6 lagi pembentangan mitos akan dibongkarkan. Ia berdasarkan kajian dan pendapat kami sendiri, selepas menceburkan diri dalam pemasaran SEO selama beberapa tahun.

6 Lagi Mitos Pemasaran SEO

#6 – Syarikat Servis Pemasaran SEO Adalah Malaikat

Kebanyakan syarikat-syarikat yang menyediakan servis pemasaran SEO menjanjikan mereka dapat membantu laman web kita, untuk mendapat kedudukan tertinggi di Google.

Hakikatnya, janji-janji mereka seperti ‘Google Approved‘, ‘Partner with Google‘ dan sebagainya adalah satu mitos semata-mata.

Solusi?

Sebelum memilih sebarang syarikat yang menawarkan servis pemasaran SEO, lakukan kajian terlebih dahulu bagi mengetahui reputasi mereka dalam industri.

#5 – Google Sayang Kita Jika Ada Meta Tags

“Menghabiskan masa untuk meta tags adalah aktiviti yang merugikan.”

Ia dinyatakan oleh Stephen Spencer, penulis Search Engine Land. Meta tags kini sudah tidak dipandang Google. Kerana sebelum ini terlalu ramai orang yang cuba memanipulasi meta tags.

Solusi?

Walaupun Google menyatakan meta tags sudah tidak lagi digunakan dalam algoritma mereka, namun kita boleh sahaja meluangkan masa untuk mengisinya. Namun jangan terlalu fokus pada bahagian ini.

#4 – Hanya Orang Seperti Rand Fishkin Boleh Dominasi Google

Pendapat yang menyatakan orang-orang yang pakar dalam pemasaran SEO seperti Rand Fishkin (pengasas SEOMoz) dan sebagainya adalah pendapat yang tidak betul.

Semua orang boleh mendominasi Google. Walaupun kita masih baru dan segar dalam industri pemasaran enjin carian ini.

Solusi?

Sertai Seminar SEO Majalah Niaga dan belajar cara serta strategi yang betul untuk mendapat tempat pertama di Google. Kami mengajar cara yang mengikut peraturan-peraturan Google (white hat).

#3 – Beli Links, Google Pasti Marah

Google pernah menyatakan di blog SEO mereka bahawa aktiviti jual beli links di antara laman web adalah aktiviti yang haram. Forbes sendiri sudah menerima padahnya apabila mengaut keuntungan menerusi aktiviti ini.

Namun begitu, ia tidak bermakna Google sentiasa dapat kesan aktiviti jual beli links, dan terus membunuh laman-laman web yang mengamalkan strategi ini.

Solusi?

Boleh sahaja untuk membeli links di blog-blog yang mempunyai Pagerank (PR) tinggi dan sebagainya. Namun kita perlu berhati-hati agar ia tidak nampak terlalu ‘ketara’ di mata Google.

Bagaimana? Seminar SEO Majalah Niaga ada jawapannya.

Klik Di Sini Untuk Jawapannya

#2 – XML Sitemap Dapat Bantu Untuk ‘Boost Ranking’ SEO

XML Sitemap adalah fail yang dapat membantu Google untuk menyemak fungsi dan tujuan laman web kita lebih mudah.

Walaupun ia memudahkan navigasi Google spider / bot, namun ia tidak bermakna ia akan membantu kita dalam pemasaran SEO.

Solusi?

Bagaimanapun, setiap laman web atau blog disarankan menyediakan fail sitemap.xml di laman web mereka. Fikirkan begini:

“Jika kita mudahkan kerja Google, berkemungkinan besar Google juga akan membantu kita.”

#1 – Hala Pautan Ke ‘Google.com’ Bantu Pemasaran SEO

Strategi linking out adalah satu daripada strategi untuk memberikan signal pada Google, bahawa kita merujuk laman web orang lain.

Ada yang berpendapat, dengan linking out pada laman autoriti seperti Google sendiri (www.google.com), ia akan membantu dalam kempen pemasaran SEO. Jawapan ini tidak benar.

Solusi?

Strategi linking out adalah strategi yang bagus. Gunakan strategi ini dengan menghalakan ke laman web autoriti yang lain seperti Wikipedia dan sebagainya. Bukan Google.com.

Seminar SEO Majalah Niaga – Jumpa Kita 5 Mei Ini!

Alhamdulillah, ketika ini Seminar SEO anjuran Majalah Niaga hanya tinggal 5 tempat duduk sahaja untuk para bakal peserta. Seperti yang diberitahu sebelum ini, ini merupakan seminar berkaitan pemasaran SEO yang kami anjurkan.

Justeru itu, kami menjemput para pembaca artikel untuk menghadirkan diri ke seminar ini pada 5 Mei 2012 (Sabtu).

Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini)

Bagi yang masih ragu-ragu dan mahu membaca kisah kejayaan peserta Seminar SEO yang lepas, sila klik di sini.

Kredit: Mythbusters, TopSEOS, Bloomberg Businessweek

Pemasaran SEO – 10 Mitos & Penipuan Merugikan (Part 1)
Menulis tentang tip pemasaran SEO bukan satu perkara yang mudah.

Perkara utama yang bermain dalam fikiran setiap penulis yang ingin mengulas topik ini adalah berkaitan dengan relevansi dan keberkesanannya.

Ada tip-tip pemasaran SEO yang dikongsikan oleh pakar (termasuk pihak Google) sendiri sudah tidak relevan digunakan. Dalam masa sama, terdapat beberapa prinsip pemasaran SEO yang masih lagi menguntungkan.

Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas topik mengenai mitos-mitos pemasaran SEO yang sering didebatkan dalam forum SEO antarabangsa mahupun tempatan.

10 Mitos Pemasaran SEO

#10 – Content Mesti Dikemaskini Setiap Masa

Content adalah panggilan umum untuk penerbitan bahan-bahan multimedia seperti teks (artikel), video, audio, imej dan pelbagai lagi menerusi laman web kita.

Adakah kita pernah dengar kenyataan seperti di bawah?

“Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa.”

Enjin carian seperti Google berfungsi setiap masa untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka.

Namun ia tidak bermaksud kita perlu mengedit laman web setiap masa, hanya kerana mahu dilihat sebagai laman web yang sentiasa segar dan dikemaskini.

Solusi?

Wujudkan blog dalam laman web. Gunakan ia sebagai medium untuk kita menerbitkan content secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran laman web setiap masa.

#9 – Teks Mesti 1,000 Patah Kata Ke Atas

Ini adalah satu daripada mitos yang menjadi perbualan hangat mengenai jumlah perkataan di laman web. Ada yang berpendapat, lebih banyak jumlah perkataan, lebih tinggi peluang untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian.

Soalnya di sini, adakah artikel yang panjang sentiasa memberikan manfaat kepada pengguna? Jawapan ini subjektif. Maka begitu juga pendapat Google. Tidak semestinya artikel yang panjang menjadi pilihan utama mereka.

Solusi?

Apa yang penting adalah pembaca memperoleh manfaat dan belajar sesuatu yang baru daripada artikel.

Namun begitu, pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh pakar pemasaran SEO menyatakan jumlah perkataan minimum dalam satu artikel adalah 400 patah kata.

#8 – Apa yang Penting? Kualiti Backlinks!

Apabila bercerita mengenai fungsi backlinks dalam pemasaran SEO, keutamaan yang sering ditekankan adalah kualiti backlinks. Apakah yang dimaksudkan dengan backlinks yang berkualiti?

Berikut adalah sudut pandang yang disuarakan oleh jurutera Google, Matt Cutts:

“Backlinks yang berkualiti berasal daripada content yang berkualiti. Kerana content berkualiti yang membuatkan pengguna Internet menyebarkan pautan laman web kita tanpa perlu diminta.”

Solusi?

Jangan terlalu fokus untuk mencari backlinks yang berkualiti. Fokus pada menghasilkan artikel atau content yang berkualiti. Kemudian sebarkan menerusi medium-medium sedia ada untuk menghebahkan kepada orang ramai.

#7 – Jika [Pakar] Buat, Ia Mesti Berkesan

Pertama-tama, tukarkan perkataan [Pakar] itu kepada sesiapa sahaja individu yang kita percaya mereka pakar dalam pemasaran SEO.

Dari situ, kita akan berpendapat apa sahaja yang mereka buat dalam aktiviti optimasi enjin carian, kita rasa ia adalah strategi yang berkesan.

Hakikatnya, kebanyakan masa ia berkesan. Kebanyakan masa juga tidak. Ini kerana mereka sekadar melakukan apa yang mereka tahu tentang pemasaran SEO. Apa yang mereka tahu tidak akan sentiasa sama dengan apa yang Google tahu.

Solusi?

Selagi mana perkongsian mereka menghasilkan kesan yang baik terhadap kempen pemasaran SEO, maka tiru sahaja apa yang mereka buat. Pelbagaikan strategi kita dengan membaca lebih banyak perkongsian daripada pakar pemasaran SEO.

Mana Lagi 6 Mitos Pemasaran SEO?

6 lagi mitos pemasaran SEO akan dibongkarkan dalam artikel hari Jumaat ini.

Dalam masa yang sama, kami ingin menjemput para pembaca Majalah Niaga untuk menyertai Seminar SEO anjuran kami.

Berikut adalah maklumat Seminar SEO Majalah Niaga:

Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu ini).

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Penceramah: Hasbul ‘Aqill (Pakar pemasaran SEO) & Aqif Azizan.

Yuran: RM450 RM100 sahaja (Untuk 5 orang sahaja lagi).

Pendaftaran: Klik di sini.

Buat pengetahuan umum, Seminar SEO Majalah Niaga ini adalah seminar SEO terakhir yang akan diadakan pada tahun 2012.

Mudah-mudahan kita dapat berjumpa hari Sabtu ini dan mempelajari rahsia-rahsia untuk menjinakkan Google dan mendapatkan kedudukan nombor 1 di enjin carian.

Daftar Seminar SEO Majalah Niaga (Klik Di Sini)

Kredit: Joe Pug, Folio Vision.

Pelaburan Hartanah – Tanya Hati Mati, Tanya Kalkulator Selamat
Pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang mempunyai risiko untung dan rugi. Ia merupakan satu bentuk perniagaan yang memerlukan strategi yang betul dan perlu diuruskan melalui keputusan yang tepat.

Oleh yang demikian, membeli rumah untuk pelaburan jauh bezanya dengan membeli rumah untuk kediaman sendiri.

Beza Rumah Keluarga dan Rumah Pelaburan

Jika membeli rumah untuk didiami, keselesaan diri dan keluarga memainkan peranan penting.

Soalan seperti, “Adakah anda sukakan rekabentuk susunan dalaman rumah ini?”, “Adakah jiran-jirannya baik?”, “Adakah persekitarannya selamat?” perlu anda jawab.

Dalam bahasa ringkasnya, tanya sama hati.

Namun apabila anda membeli rumah untuk disewa, anda perlu bertanya kepada kalkulator anda. Kalkulator yang tidak rosak akan memberikan jawapan yang tepat untuk merungkai segala persoalan yang ada di dalam pemikiran anda.

Perlunya anda bertanya kepada kalkulator kerana pelaburan ini dilakukan untuk mendapat pulangan dalam bentuk angka, bukan? Maka biarlah angka yang menjawabnya.

Jadi, apakah soalan yang patut anda tanya kepada Encik Kalkulator anda?

Tip Pelaburan Hartanah – 3 Soalan Utama

Ada 3 soalan utama yang perlu ditanya sebelum anda membeli mana-mana rumah sebagai pelaburan anda.

Soalan #1 - Tanya, “Berapa bajet saya?”

Soalan ini adalah soalan yang paling asas untuk ditanya.

Untuk membeli sesebuah hartanah dari lelongan atau pasaran kedua, anda perlu membayar wang deposit dan yuran guaman.

Secara asasnya, untuk membeli sebuah rumah, anda perlu membayar wang deposit sebanyak 10% daripada harga rumah. Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk membeli apartment bernilai RM100,000, anda perlu mempunyai wang tunai sebanyak RM10,000 khas untuk deposit sahaja.

Namun begitu, ia bergantung pula pada margin pinjaman anda. Jika anda sudah pun mempunyai dua buah rumah yang masih di dalam pinjaman, anda hanya akan memperoleh pinjaman sebanyak 70% bagi rumah seterusnya.

Ini bermakna, bagi pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya, anda perlu menyediakan deposit sebanyak 30% dari harga jualan. Dalam kes apartment berharga RM100,000 tadi, anda perlu menyediakan wang deposit sebanyak RM30,000.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan wang untuk yuran guaman bagi 2 perkhidmatan peguam; peguam bagi proses jual-beli dan juga peguam untuk dokumen pinjaman.

Untuk yuran guaman jual-beli rumah, anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 – 4% daripada harga jual rumah tersebut. Ini bermakna, bagi pembelian apartment idaman anda yang berharga RM100,000 tadi, lebih kurang RM3,000 – RM4,000 diperlukan.

Bagi caj peguam untuk dokumen pinjaman pula, anda boleh memohon bank memasukkan amaun tersebut di dalam pinjaman anda. Ini boleh menjimatkan wang tunai dan modal yang perlu anda keluarkan.

Secara kasarnya, jika anda mempunyai wang tunai sebanyak RM13,000 di dalam akaun bank, kalkulator anda akan menjawab yang anda boleh membeli sebuah rumah berharga RM100,000 ke bawah sahaja.

Soalan #2 – Tanya, “ Berpatutankah harganya?”

Untuk mengetahui sama ada harga yang ditawarkan kepada anda itu berpatutan atau tidak, anda harus mendapatkan nilai pasaran semasa rumah itu.

Terdapat empat cara untuk mendapatkan nilai pasaran.

Cara pertama adalah merujuk kepada iklan jualan atau bertanya kepada agen hartanah yang mahir dengan kawasan tersebut. Jika anda merujuk kepada iklan, anda perlu berhati-hati kerana biasanya penjual cuba menjual rumah mereka lebih tinggi dari harga pasaran.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengira purata harga di antara harga tertinggi yang ditawarkan dengan harga terendah.

Cara kedua, jika tiada iklan bagi rumah yang sama dijumpai, anda boleh merujuk kepada iklan jualan rumah yang berada di lokasi bersebelahan dengannya.

Sebagai contoh, katakan rumah teres di lorong belakangnya dijual dengan harga RM290,000 bagi keluasan sebanyak 1400 kaki persegi.

Anda bolehlah mengira berapa harga bagi setiap kaki persegi rumah yang anda ingin beli melalui formula ini:

Di dalam kes ini, anda akan dapati harga per kaki persegi di apartment itu adalah RM207.14.

Anda boleh mendarab keluasan rumah yang anda ingin beli dengan indicator RM207.14 per kaki persegi. Katakan rumah yang anda hendak beli itu berkeluasan 1300 kaki persegi, maka anggaran harga pasaran bagi rumah tersebut adalah RM1,300 x RM207.14 iaitu RM269,282.

Anda bolehlah membandingkan harga yang hendak dijual sama ada lebih tinggi atau lebih rendah dari harga indikator ini. Harus diingat, ini hanyalah indikator harga sahaja serta dengan andaian bahawa tiada pengubahsuaian atau kerosakan yang ketara di antara kedua-dua unit rumah ini.

Cara ketiga merupakan cara yang lebih tepat iaitu dengan bertanya kepada pegawai bank yang mana anda berhasrat untuk memohon pinjaman daripadanya.

Anda perlu memberikan alamat penuh, butiran pegangan tanah, keluasan rumah dan sebarang pengubahsuaian, jika ada, pada rumah tersebut.

Cara keempat iaitu yang paling tepat adalah dengan mengupah penilai hartanah untuk membuat penilaian ke atas rumah tersebut.

Namun, anda perlu pastikan bahawa penilai hartanah ini merupakan panel kepada bank yang anda ingin memohon pinjaman nanti supaya laporan penilaian itu diterima oleh pihak bank tersebut.

Soalan #3 – Tanya, “Untungkah saya?”

Jika anda membeli untuk mendapatkan pulangan modal, anda perlu melihat prestasi kenaikan harga unit lain di kawasan yang sama sejak 3- 5 tahun lepas.

Adakah kenaikannya mencecah 10% setahun? Berapa pula sasaran keuntungan modal yang anda ingin perolehi selepas satu jangka masa?

Jika anda mempunyai sasaran  untuk memperoleh keuntungan kasar sekurang-kurangnya 40% dalam masa 4 tahun, perhatikan sama ada sasaran ini realistik atau tidak untuk dicapai berdasarkan kenaikan harga semasa.

Jika tidak, sanggupkah anda menerima keuntungan lebih rendah sedikit, misalnya 30% sahaja dalam masa 4 tahun?

Perhatikan juga faktor-faktor positif yang mungkin akan muncul di dalam jangka masa terdekat yang membantu melonjakkan harganya.

Antaranya seperti pembinaan stesyen LRT atau MRT baru, pembinaan lebuhraya yang boleh diakses dengan mudah, pembangunan universiti dan kolej atau pembangunan pusat komersial bertentangan dengan rumah ini.

Sebaliknya, jika anda membeli rumah ini untuk mendapatkan pulangan keuntungan sewaan, anda perlu mengira pulangan menggunakan formula ini:

Kadar pulangan sewa seharusnya melebihi 6% namun jika anda inginkan keuntungan dan jaminan keselamatan yang lebih tinggi, belilah rumah yang memberi anda pulangan sewa 7.5% ke atas.

Ikut hati mati.

Tindakan Keramat – Tanya Kalkulator Sekarang

Kesimpulanya, 3 soalan ini merupakan soalan keramat yang perlu anda tanya kalkulator anda sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk membeli sesebuah hartanah itu atau tidak.

Jika ia memberikan jawapan yang kurang memberansangkan, seeloknya anda berlalu sahaja dari hartanah tersebut.

Di dalam pelaburan hartanah, anda tidak dibenarkan sekali-kali jatuh cinta pada sesebuah hartanah kerana ia boleh mengaburi pertimbangan anda menjadi bias.

Harus diingat, pelaburan hartanah mungkin adalah pelaburan termahal anda.

Kesilapan yang sedikit boleh membuatkan anda kerugian atau merana berpuluh atau beratus ribu bertahun-tahun lamanya.

Kredit: Pentagon, Mocoloco, Shopnsave Mommy, Hunters Residential, Allied Property Investment, Real Estate Review

Pemasaran SEO – Kepentingan Memilih Lokasi Server Hosting
“Adakah lokasi server hosting laman web memainkan peranan penting dalam pemasaran SEO?”

Soalan ini banyak kali diajukan oleh para peserta yang mengenali kami sebagai individu yang giat melakukan pemasaran SEO.

Terdapat beberapa orang peserta Seminar SEO juga mengajukan soalan ini kepada kami. Menandakan mereka ingin tahu tentang kesan terhadap laman web, apabila menggunakan server hosting di negara yang berbeza.

Sebagai contoh, adakah laman web yang menggunakan server di Malaysia, akan memberi kesan negatif terhadap pemasaran SEO sekiranya kita ingin mendominasi pasaran Amerika Syarikat?

Biar Orang Google Jawab Soalan Ini

Bagi menjawab persoalan ini dengan lebih jelas, kita boleh tonton video yang di bawah. Jawapan dalam video ini diberikan oleh orang Google sendiri. Yakni Matt Cutts.

Beliau merupakan seorang daripada jurutera Google yang diberi tanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai algoritma Google dan tip-tip pemasaran SEO yang berkesan.

Berikut adalah ringkasan daripada jawapan beliau menerusi video di atas:

“Google memang mengambil kira lokasi server sesebuah laman web. Ini bagi memberikan keutamaan terhadap faktor kedudukan (ranking) laman web dalam enjin carian dengan lebih spesifik mengikut negara yang relevan.”

Persoalan pertama. Sudah terjawab.

Ada satu lagi soalan yang biasa diajukan kepada kami dalam Seminar SEO. Mungkin soalan ini juga bakal diajukan sekiranya tuan dan cikpuan merupakan bakal peserta Seminar SEO terakhir kami pada 5 Mei 2012 ini.

Daftar Seminar SEO Sekarang (7 Penyertaan Sahaja Dibuka)

Kelajuan Laman Web Dipaparkan – Page Load Time

Soalan kedua berbunyi begini,

“Adakah kadar dan kepantasan laman web untuk dipaparkan sepenuhnya (page load time) mempengaruhi SEO?”

Pengasas blog SEO By The Sea, Bill Slawski menyatakan, selain daripada menggunakan signal seperti Pagerank (PR), isi kandungan laman web yang relevan dan banyak lagi untuk memberikan kedudukan terhadap laman web, mereka juga menggunakan signal yang lebih spesifik.

Satu daripadanya adalah menerusi berapa lama masa yang diambil untuk laman web kita dipaparkan sepenuhnya kepada pelawat.

Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai data yang kukuh, namun menurut kajian beliau terhadap beberapa laman web yang mempunyai kadar loading yang lama, biasanya tidak akan diberikan keutamaan oleh penyedia enjin carian khususnya Google.

Fikir Dari Sudut Pengguna Internet

Itu jawapan daripada Bill Slawski. Pendapat kami pula, walaupun tidak mempunyai data yang kukuh, namun ia boleh dinilai berdasarkan dari sudut pengguna Internet.

Mereka tidak mahu berada dalam laman web yang terlalu lambat dipaparkan. Google juga tidak mahu memberikan laman web yang akan menghampakan mereka.

Justeru itu, berikan penekanan terhadap page load time. Pastikan laman web kita cepat dipaparkan. Sekurang-kurangnya kita memuaskan hati pengguna, bukan enjin carian semata-mata.

Seminar SEO – Pembongkaran Rahsia Pemasaran SEO

Di Seminar SEO, kami begitu menitik beratkan perkongsian yang dapat membantu para peserta, untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam Google, untuk apa jua kata kunci yang dipilih.

Bukti ini boleh dilihat menerusi kisah kejayaan peserta Seminar SEO sebelum ini.

Justeru itu, kami menjemput tuan dan cikpuan untuk bersama-sama dengan kami untuk berlajar ilmu pemasaran SEO secara langsun menerusi Seminar SEO yang terakhir.

Lakukan pendaftaran sekarang. Kerana penyertaan hanya dibuka untuk 7 orang sahaja lagi.

Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini)

Kredit: Jomhosting, Wired, Pingdom, eHow