Formula Bisnes: 5 + 5 = 5

March 28, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel / Konvensional / Perniagaan

Hukum logik dan matematik mengatakan 5 + 5 = 10, bukan 5. Jadi, bagaimana 5 + 5 = 5?

Mari kita mulakan dengan soalan. Anda tentu pernah mendengar bahawa anda perlu mempunyai matlamat ‘jangka panjang’ dan beri sepenuh tumpuan anda untuk menetapkan perancangan jangka panjang tersebut.

Kali ini, kita akan memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang 5 tahun, cara menetapkan matlamat tersebut serta cara mengetahui jika anda benar-benar di landasan yang betul untuk mencapai matlamat 5 tahun itu.

Oleh itu, 5 + 5 merupakan rahsia asas kepada mencapai matlamat tersebut manakala 5 merupakan matlamat yang telah ditetapkan.

Matlamat Jangka Panjang + Matlamat Jangka Pendek = Berjaya atau Tidak?

Ramai yang boleh dan tahu menetapkan matlamat jangka panjang mahupun pendek, namun, berapa ramai yang mampu mencapai matlamat tersebut dengan jayanya?

Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku seperti kerugian atau indeks graf keuntungan statik, sebahagian orng mula merombak pelan jangka panjang mereka dan menyelaras pelan jangka panjang tersebut mengikut situasi semasa mereka.

Mengubah pelan jangka panjang atau tidak meneruskan pelan tersebut akibat situasi semasa yang tidak menyokong pelan tersebut adalah refleksi perlakuan tidak jujur terhadap diri sendiri.

Rakan Niaga

5 Rakan Yang Patut Ada Dalam Kehidupan Bisnes Anda

‘5’ yang pertama ialah menyenaraikan 5 orang rakan-rakan bisnes yang akrab dan sering berhubung dengan anda. Lihat sama ada mereka mempunyai matlamat jangka panjang yang sama dengan anda. Kemudian, semak dan tanya perkembangan semasa bisnes mereka, lihat sama ada mereka sedang bergerak ke arah mencapai matlamat tersebut ataupun tidak.

#1. Matlamat Jangka Panjang yang Sama / Hampir Sama

| Dikelilingi rakan bisnes yang mempunyai matlamat jangka panjang bisnes yang sama dengan anda merupakan bonus paling mahal yang tidak patut disia-siakan. Rakan jenis ini akan memacu anda untuk lebih bersemangat mencapai matlamat anda. Selain itu, anda dan rakan dapat berkongsi lebih banyak tip, pengalaman dan idea untuk merealisasikan matlamat jangka panjang anda.

#2. Jujur dan Telus

| Jujur dalam persahabatan mahupun urusan bisnes dengan anda. Orang yang jujur dan amanah dalam dunia perniagaan ibarat serpihan kecil batu permata di sebalik timbunan pasir pantai – amat sukar ditemui.

Sifat telus dalam menyuarakan pendapat dan dalam memberi kritikan membina amat penting dalam proses penambahbaikan. Cari rakan bisnes jenis ini. Jika sudah temui, jangan disia-siakan dan manfaatkan persahabatan tersebut untuk kemajuan bisnes dan matlamat bersama.

Ketepatan Masa

#3. Tinggi Disiplin

| Berdisiplin dalam mematuhi masa serta peraturan bisnes. Masa merupakan emelen paling kritikal dalam dunia keusahawanan. Jauhkan diri daripada rakan-rakan bisnes yang hanya gemar merehatkan diri, berlibur serta tidak menepati masa ketika berurusan bisnes. Faktor ini memberi kesan buruk dalam usaha anda mencapai matlamat jangka panjang 5 tahun anda.

#4. Komitmen dan Komited

| Dekati rakan bisnes yang memberi 150% komitmen terhadap apa yang diusahakan serta komited dan konsisten dalam perjalanan menuju ke arah matlamat bisnes yang telah ditetapkan.

#5. Tiada Monopoli

| Bersaing dan monopoli adalah dua perkara yang berbeza. Persaingan yang sihat melibat dua rakan niaga yang rapat tetapi masih boleh saling bertukar pandangan dan tip serta saling berusaha untuk jadi lebih baik. Selain itu, persaingan sihat bertujuan membantu serta memanfaatkan antara satu sama lain.

Dalam sebuah persaingan yang sihat, peniaga akan saling membantu dan memanfaatkan satu sama lain. Manakala monopoli pula bermaksud penguasaan sepenuhnya kepada sesuatu sehingga melarang atau tidak bersetuju jika ada antara idea atau kaedahnya yang di gunapakai atau diubah suai oleh orang lain.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Pilih dan Tentukan Rakan Sekeliling Anda

Kunci utama bagi membuka pintu kejayaan masa depan bisnes anda ialah untuk 110% sedar tentang hakikat bahawa akhirnya anda akan menjadi sebagaimana rakan-rakan di sekeliling anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai impian untuk menjadi sihat dan kaya tetapi mempunyai rakan perokok, berat badan berlebihan serta sering merungut, maka kemungkinan untuk anda menjadi sihat dan kaya adalah tipis.

Lebih ramai orang tidak berjaya mencapai impian mereka , kerana mereka dikelilingi rakan-rakan yang beraura dan berfikiran negatif. Rakan-rakan yang bersikap negatif ini akan menjadi salah satu penghalang kepada kejayaan anda.

Rakan ‘Kasut Simen’

Mereka bertindak seperti ‘kasut simen’—mempengaruhi anda untuk jadi seperti mereka serta statik dan tiada perubahan dan takut kepada pembaharuan yang positif.

Sebaik saja anda telah menetapkan matlamat anda, mula dekati rakan-rakan yang optimis, positif, sentiasa bersemangat serta yang mempunyai visi dan matlamat yang hampir sama  dengan anda.Lebih tinggi peratus untuk anda mencapai matlamat diri apabila dikelilingi rakan-rakan yang berada di laluan sama dengan matlamat anda.

Apabila anda memiki persamaan corak pemikiran, prinsip dan matlamat, ia bertindak sebagai magnet yang menjadikan matlamat anda lebih mudah di capai kerana pengaruh positif rakan-rakan sekeliling.

Membaca

Membaca dan Pengaruh Kejayaan

‘5’ yang kedua ialah senaraikan 5 tajuk buku yang terakhir anda baca. Di masa akan datang, apabila berpeluang, tanyakan kepada rakan-rakan anda apakah 5 tajuk buku terakhir yang dibaca mereka.

Antara jawapan popular yang akan anda dengar ialah “Saya tidak ingat” atau “Saya tidak ada masa untuk membaca”.  Sebenarnya 5 buku atau bahan bacaan terakhir yang dibaca anda menggambarkan fokus, tujuan atau cita-cita anda dalam hidup.

Sebuah Buku Setahun?

Rata-rata orang membaca 1 buku setahun sebaik tamat alam persekolahan. Sifat tidak gemar atau malas membaca ini antara peyumbang utama kepada penyakit Alzheimer. Dalam hal ini, sebagai umat Islam, kita tidak menafikan qada’ dan qadar Allah tentang kematian dan penyakit.

Namun, Allah mengurniakan akal dan beri ilham untuk kita menjalani hidup dengan cara yang sihat dan pemikiran yang masih berfungsi dengan baik sehingga ke akhir usia. Jika dengan izin Allah kita diberi kesempatan untuk hidup sehingga umur 70 tahun, tentu kita tidak mahu hidup tanpa memori atau tanpa dapat berfikir dengan baik, bukan?

Kejayaan

Pilihan Menjadi Hebat atau Sebaliknya

Kita semua dicptakan Tuhan dengan sebaik-baiknya dengan kehebatan dan kelebihan tertentu. Namun, harus diingat bahawa  kehebatan dan kelebihan tersebut mugkin akan perlahan-lahan hilang dari diri sekiranya kita culas dalam memberinya ‘makanan’.

‘Makanan’ untuk minda dan emosi yang sihat adalah sebagaimana aktiviti-aktiviti yang disebut pada awal artikel ini iaitu membaca dan berfikir dengan kritis serta pemilihan rakan-rakan yang bakal mempengaruhi corak kehidupan dan pemikiran anda.

Kejayaan sebenarnya perkara yang tidak mustahil untuk dicapai, tetapi bukan satu perjalanan yang mudah kerana ia mengambil kira faktor masa, motivasi, kesungguhan serta cara anda ketika berhadapan saat-saat sukar dalam hidup dan perniagaan.

Cuba formula 5 + 5 = 5 dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda sekiranya formula ini berjaya dilaksanakan.

5 + 5 = Kejayaan anda!

Kredit Foto: mgmsaji103955327emergencyroomscallierichmondtreinreizigerbeee33


Tags: , , , , , , , ,

Komen (3)

  1. hj azman bin hj abdullah
    March 30, 2014

    dlm kita bekerja berkumpulan untuk menuju ke target jangka panjang kadang2 kita tersasar dari hala dan tujuan. Atas sebab itu kita memerlukan rakan yg dapat membawa kita on trek

  2. Satu artikel yang menyedarkan saya. Sepatutnya sy lebih bersyukur kerana mempunyai ramai kawan yg mempunyai matlamat jangka panjang yg sama.

    Nampak gayanya skrg kena cari ramai rakan yg sama dlm matlamat jamgka pendek yg sama 🙂

    Tq admin.

  3. perniagaan kedai hp yang saya jalankan menghampiri usia 5 tahun,kdg2 terjadi kerjasama dan saling berhubung antara perniaga yg sama adalah urusan yg berlainan.Sebagai contoh saya tidak mempunyai kemahiran membaiki speaker jadi saya transfer sahaja ke kedai lain maka di situ lah wujudnya jalinan tanpa sedar.Tq info yang sangat berguna

Pendapat anda?