Ganda Kekayaan Rumah Menerusi Laluan Naga

December 03, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

Ramai yang memasang impian untuk memperoleh kekayaan, demi menjamin kebebasan kewangan di kemudian hari. Justeru itu, pelbagai bentuk pelaburan diusahakan mereka. Ada yang mula membuka perniagaan dan tidak kurang juga yang berjinak-jinak dalam pelaburan.

ganda kekayaan melalui laluan-naga-1

Antara instrumen pelaburan yang menjadi pilihan kebanyakan pelabur adalah bidang hartanah. Namun, satu masalah yang kebiasaannya timbul, terutama bagi para pelabur baru iaitu:

Di manakah lokasi pelaburan terbaik untuk menggandakan kekayaan?

Tip Emas Dr. Shah Razali

Baru-baru ini saya telah berpeluang berkongsi pentas sebagai penceramah, dengan seorang pakar pelaburan hartanah terulung di Malaysia, Dr Shah Razali di Seminar Mega Hartanah Bumiputera edisi pertama yang berlangsung beberapa minggu yang lalu.

Beliau yang berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang ini, dan turut dikhabarkan mempunyai sejumlah hartanah yang melangkaui angka 100 buah telah sudi untuk berkongsi tip tentang ‘lokasi panas’ bagi para pelabur di Lembah Kelang.

Malah turut dikongsikan tentang asbab lokasi tersebut menjadi pilihan beliau.

Di manakah ‘lokasi panas’ yang dimaksudkan oleh beliau itu?

‘Lokasi panas’ yang beliau canangkan itu disimbolkan sebagai Laluan Naga di Damansara Perdana. Ia merupakan lokasi yang mewakili bahagian kepala naga dan hartanah beralamatkan Dengkil, telah disifatkan sebagai bahagian akhir ekor naga tersebut.

Di antara kedua-dua lokasi tersebut, antaranya seperti:

  • Bandar Utama,
  • Keseluruhan kawasan yang bergelar Damansara,
  • TTDI,
  • Kelana Jaya,
  • Bandar Sunway membawa ke Puchong sehingga menuju ke bahagian ekornya telah dianggap sebagai laluan naga.

Tambah beliau, ia mempunyai potensi besar untuk menggandakan kekayaan para pelabur.

2 Maklumat Tersembunyi Pelaburan Hartanah

Kenapa ia mempunyai potensi untuk menarik kekayaan? Jawapan beliau mudah:

  • Kemudahan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong yang memudahkan perhubungan dan pergerakan para penghuninya.
  • Keadaan kawasan tersebut yang telah matang dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat pendidikan, pusat membeli-belah, pusat-pusat tumpuan perniagaan yang telah memudahkan para penghuni menikmati kehidupan.

Apabila 2 sebab ini digabungkan, ia sudah cukup untuk menarik pembeli dan pelabur hartanah ke kawasan terbabit. Kesan dari tarikan tersebut, keuntungan berlipat ganda mampu diperoleh. Walaubagaimanapun, beliau telah turut menasihati para pelabur agar sentiasa peka dengan keadaan ekonomi semasa.

Kerana keuntungan tersebut hanya mampu diperoleh ketika ekonomi negara berada di dalam keadaan yang baik.

Kesimpulannya, pilihla hartanah di kawasan yang di dalamnya terdapat 2 kriteria di atas. Pastikan juga hartanah yang dibeli itu berada pada nilai yang kalis kemelesetan ekonomi atau dalam erti kata lain, di bawah nilai pasaran.

Kredit : Image_of_Money,miamism


Tags: , ,

Komen (11)

  1. Naga ini telah FAMOUS di kalangan kaum Cina beberapa tahun yang lalu, selepas LDP di buka. Namun teori ini masih lagi belum didengari di kalangan orang melayu.

    Kalau tak silap saya, dalam buku Ho Chin Soon pun ada disebut mengenai Laluan ini..

    Seminar Hartanah Selatan

  2. Kenapa Naga? kenapa tidak Ular?
    Bukankah Naga adalah haiwan dongeng, Naga tidak wujud…
    TERfokus pada haiwan yang digunakan pulak..heeee
    apa-apa hal, perlu rujuk pada profile diri dulu kata DSR…

    Derok : gurau2 ye

    1. Sebab bangsa Cina mempercayai naga sebagai haiwan yang melambangkan kekuatan, kuasa dan nasib yang baik. Hehe 😉

  3. Saya mengikuti slot iklan DSR di radio IKIM.fm & status beliau di FB; saya yakin kepakaran beliau, tip yang dikemukakan sangat sangat menarik & mudah untuk difahami oleh yang tidak ada apa-apa ilmu dalam pelaburan hartanah. Walau bagaimanapun untuk mempraktikalkannya bukan semudah yang disangka.

Leave a Reply to tuanbri Batal (Cancel)