Gelombang Bisnes eBay – Seru Duit Dari Mat Salleh

December 21, 2012 — Penulis:

Kategori: Online / Perniagaan

Saya ingat lagi, gelombang penyertaan penjual di eBay dari Malaysia hadir pada tahun 2009 dan gelombang ini semakin meningkat, sehinggalah penghujung tahun 2010 sebelum gelombang ini melalui proses turun naik sehinggalah hari ini.

ebay web

Si penjual yang dahulu aktif beberapa tahun, ada yang mula beralih arah terjun ke bidang lain. Antara puncanya adalah kerana mereka tewas dengan polisi-polisi yang dikeluarkan oleh pihak eBay.

Menyebabkan ramai yang merasakan jualan mereka disekat dan pendapatan mereka tidak lagi lumayan.

Namun semua itu hanyalah ujian sementara. Kerana hakikatnya eBay masih lagi relevan untuk menghasilkan jualan dan pendapatan yang baik. eBay adalah platform perniagaan Internet yang telah terbukti melahirkan ramai usahawan Internet, yang menjalankan perniagaan dari rumah.

Kebanyakan mereka ini menjalankan perniagaan secara sambilan serta masih lagi bergelar individu yang bekerja makan gaji. Dengan jumlah nilai dagangan di eBay mencecah angka berbilion dolar setahun, eBay masih dianggap antara lubuk duit yang berpotensi untuk diterokai.

Potensi eBay – Kaut Mata Wang Dolar Amerika

Ketika saya menjalankan perniagaan di eBay dan ditauliah sebagai eBay Trainer “eBay Education Specialist” pada tahun 2008, saya melihat begitu banyak kejayaan-kejayaan mereka di eBay selepas menyertai program seminar dan sesi personal coaching.

Kenapa mereka ini berjaya dan mampu bertahan di dalam bisnes lumayan ini? Antara sebabnya mereka sentiasa dahagakan ilmu untuk terus belajar dan sentiasa mahu belajar. Mereka fokus, mereka komited, mereka bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi mereka untuk menerokai lombong emas di eBay.

Baru-baru ini saya diberi peluang oleh pihak Astro Awani dalam segmen Bisnes Alternatif untuk membicarakan program terbaru saya iaitu SertaiSeminar.com.

Melalui segmen ini saya berkongsi panduan tentang bagaimana mereka yang berada diluar sana, yang mahu mencari platform bisnes perniagaan Internet mereka boleh memilih eBay sebagai alternatif, untuk membina pendapatan konsisten di Internet.

Melalui program SertaiSeminar.com, peserta akan didedahkan dengan potensi menghasilkan jualan dan pendapatan menggunakan dropship, yang menghimpunkan beratus-ratus produk. Kita boleh menghasilkan beribu-ribu produk sendiri tanpa perlu menyimpan stok, membungkus produk dan menghantar produk kepada pelanggan.

Modal Rendah, Untung Besar

Dengan modal yang rendah, sesiapa sahaja boleh bermula. Ini terbukti, selain dari pendedahan yang saya kongsikan di dalam program seminar anjuran syarikat saya iaitu NS Consultation And Management, potensi bisnes ini juga turut didedahkan di pusat pengajian tinggi tempatan seluruh Malaysia termasuk pelbagai agensi kerajaan.

Kesedaran yang tinggi oleh masyarakat kita memiliki perniagaan sendiri di internet, mendorong mereka untuk mencari model bisnes yang bersesuaian dengan masa, tenaga dan wang ringgit mereka.

Saya sering disapa, diajukan soalan melalui Facebook atau email mengenai eBay. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu eBay malah tidak sedar mengenai potensi besar menjalankan perniagaan di eBay. Jika anda ingin tahu, bisnes ini amat sesuai untuk mereka yang masih bekerja makan gaji, mereka yang bergelar surirumah, pelajar atau pun sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu.

Tiada sekatan untuk anda memahami dan mengetahui rahsia besar ini.

Selama ini ramai yang beranggapan, apabila ingin menjalankan perniagaan di Internet terutamanya di eBay, mereka harus memiliki produk sendiri. Jika tidak macam mana mahu jual produk? Sebenarnya tidak semestinya.

Tidak Ada Produk? Tidak Ada Masalah

Kita masih lagi boleh mempraktik kaedah bisnes dropship seperti yang saya nyatakan tadi. Di Internet ada begitu banyak sumber pembekal atau perkhidmatan dropship.

Sebab itu, bagi mereka yang menyertai program SertaiSeminar.com, mereka yang tidak mempunyai pengalaman mendalam mengenai perkara-perkara asas dan teknikal, setiap peserta akan dibimbing secara praktikal sepanjang program seminar dijalankan.

Maknanya, dalam seminar yang berlangsung 8 jam, peserta akan diberi latihan untuk melakukan beberapa perkara seperti kajiselidik pasaran dan menghasilkan produk sendiri menggunakan perkhidmatan dropship.

Untuk tindakan susulan selepas selesai program pula, setiap peserta akan dijemput masuk ke group tertutup di Facebook dan disini, peserta akan mendapat pendedahan lanjutan proses pembelajaran, perbincangan, perkongsian dan sokongan dari saya dan ahli alumni SertaiSeminar.

Di luar sana pasti anda mendapat cukup banyak info mengenai perniagaan eBay, namun yang membezakan program ini dengan apa yang ditawarkan di luar sana ialah setiap peserta layak mendapat sokongan dan bimbingan berterusan selepas program selesai.

Yang penting, yuran penyertaan adalah yang cukup berbaloi dengan nilai perkongsian yang diterima setiap peserta.

Di internet, anda boleh memilih mana-mana platform perniagaan tetapi jika anda seorang yang serius untuk mendalami perniagaan eBay, SertaiSeminar.com adalah tempatnya.

 

Klik Sekarang Untuk Daftar Seminar eBay

 

Siapa Noorizam Shah

Noorizam Shah merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa, memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran di eBay dan internet sejak tahun 2006. Mendapat tauliah sebagai eBay trainer pada tahun 2008 dan sering mengadakan seminar dan personal coaching, bagi membimbing ramai bakal usahawan dan usahawan eBay tempatan.

Beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan perniagaan internet di ipt dan ipts serta agensi kerajaan.

Untuk mengetahui aktiviti beliau, sila layari Facebook Noorizam Shah.

Kredit: The Malaysian Insider.


Tags: , ,

Komen (3)

  1. Walaupun keuntungan kurang, namun ia tetap banyak dari segi nilai matawang RM dan USD. Tambahan pula, hanya kurang bukannya rugi. Jika tinggalkannya semata-mata keuntungan kurang, bukanlah tindakan yang bijak.

Pendapat anda?