The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Pinjaman Baik VS Pinjaman Jahat?

    Risk management? Umumnya semua orang takut hendak berhutang kerana takut akan beban. Dari segi hukum, kita akan berdosa sekiranya kita sudah berniat tidak mahu membayar hutang sejak dari awal.

    Loan Yang Baik Adalah Housing Loan

    Terdapat dua jenis loan. Loan yang pertama adalah loan yang baik dan satu lagi loan yang jahat. Loan yang jahat seperti personal loan, credit card dan sewa beli. Terdapat satu sahaja loan yang baik, yakni housing loan.

    Perbezaan Bad Loan dan Good Loan

    Bad loan faedahnya cukup tinggi dan hanya membebankan kita kerana tidak mempunyai capital appreciation. Tetapi Good loan boleh dikatakan tiada interest langsung.

    Pentingnya Memilih Lokasi Perumahan Yang Strategik

    Kenapa? Kerana capital appreciation telah cover interest yang sepatutnya kita bayar kepada bank. Sebagai pelabur hartanah kita akan mencari hartanah yang berada dilokasi yang terbaik dimana wujudnya permintaan yang tinggi.

    Contohnya, pada tahun 2000 kita telah membeli sebuah rumah pada harga RM100,000 dengan 100% loan. Jumlah yang perlu kita bayar kepada pihak bank untuk loan bertempoh 20 tahun ialah RM200,000.

    Disebabkan kita adalah pelabur yang bijak serta mencari lokasi terbaik, open market value rumah tadi meningkat dengan cepat. Seperti di Pelangi Utama, dalam tempoh 10 tahun sahaja harga rumah kita sudah meningkat 200% iaitu RM200,000.

    Ini bermakna pinjaman kita tadi adalah 0% interest. Kelebihan kita sebagai pelabur yang bijak, bukan kita yang akan membayar pinjaman, tetapi penyewa. Di sini terdapat dua keuntungan kita iaitu positive cashflow dan capital appreciation. Ini dinamakan loan yang baik.

    Dua Jenis Loan Baik

    Loan yang baik ini terdapat dua jenis iaitu conventional dan Islamic. Sebagai muslim, DSR syorkan agar anda mengambil Islamic loan.

    Kita Disyorkan Memilih Islamic Loan

    Mengenai Islamic loan, ada yang mengatakan ia meragukan. Berdasarkan pengalaman DSR bekerja di Islamic Bank, untuk meluluskan sesuatu products ia harus melalui dua syariah board. Yang pertama, di bank itu sendiri (internal syariah board) dan satu lagi di bank negara.

    Orang yang berada dalam syariah ini bukan calang-calang ilmunya dalam perbankan Islam. Satu lagi, jika perbankan Islam di negara kita ini diragui, kenapa pula Dato’ Nik Abdul Aziz menjadikan Bank Islam sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan dinar emas kelantan?

    Mengenai risiko, kita harus bijak untuk alihkan risiko kita kepada pihak insuran. Bagi yang Islam DSR cadangkan agar melantik Takaful sebagai penanggung risiko anda.

    Jawapan secara ringkas ini dipetik dari apa yang DSR pernah utarakan di Astro Awani dan siri seminar DSR.

    Untuk menjadi pelabur kita harus bijak kerana Allah sememangnya menjadikan kita semua bijak.

    Kredit gambar: Flickr (Kaysgeog, teawithtanya) Google Image (IslamicBanking.info)

    Pengiklanan Premium

    Tags: , ,

    Dr. Shah Razali (DSR), self-made millionaire dan mempunyai pengalaman luas di dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam. Seorang ahli perniagaan dan perunding kejurulatihan pembangunan usahawan yang berjaya. Beliau merupakan pelabur dan pakar dalam bidang hartanah.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. Mohamad Amirul Syafiq Sudin pada 28 Feb 2011

      Selama ini saya tak tahu pun dengan Loan, kita boleh buat untung. Terima kasih di atas info yang diberikan oleh Dr. Shah Razali. Sangat-sangat berguna.

    2. sarah pada 28 Feb 2011

      kalo untuk perniagaan loan BankRakyat ok tak??

    3. khai wan pada 01 Mar 2011

      saya teruja baca posting ni.terbaek kerana memang membuka minda.terima kasih DSR :)

    4. fairuz sulaiman pada 29 Mar 2011

      assalamualaikum…syukur…mohon dikongsikan di blog saya ye tuan?


    Trackbacks/Pingbacks

    1. Pandai buat duit.. OK …Urus duit .. OK ke KO? | Fairuz Sulaiman

    Tinggalkan Komen Anda