Hak Pembeli Rumah : Harapan Bagi Yang Terlewat

June 24, 2013 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

“Tidur tak lena, mandi tak basah..”

Begitulah agaknya perasaan pembeli rumah dalam pembinaan apabila menunggu rumahnya siap dibina. Apatah lagi jika ini pertama kali membeli rumah dan ia untuk kegunaan sendiri.

Siang malam termimpi-mimpi.

Di Malaysia, adalah perkara biasa bagi pemaju menjual unit rumah yang kerja-kerja pembinaan belum pun bermula. Dengan hanya pelan lantai dan pelan induk pembangunan, unit yang wujud di atas kertas habis dijual dan wang deposit bertukar tangan.

Inilah yang dipanggil sistem jual-dan-bina.

Pembeli kemudiannya dikehendaki menandatangani perjanjian jual-beli. Perjanjian ini mengikat kedua-dua pihak iaitu pemaju dan pembeli kepada satu kontrak jualan unit rumah tersebut dengan harga dan terma tertentu yang tercatat di atas helaian kertas tersebut.

Apa juga risiko boleh berlaku dalam tempoh pembangunan rumah ini.  Pemaju bankrap, pemaju bermasalah, pembinaan terbengkalai atau rumah lambat disiapkan bukanlah sesuatu yang asing bagi pembeli rumah di Malaysia.

tuntutan-pembeli-rumah

Demi menjaga kebajikan pembeli rumah, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 telah mewajibkan pemakaian  perjanjian jual-beli yang standard bagi semua unit kediaman.  Perjanjian jual-beli ini ada disediakan di dalam Jadual G dan H Akta tersebut telah dilengkapkan dengan terma-terma tertentu yang melindungi kepentingan pembeli rumah.

Bagi transaksi jualan rumah bertanah seperti rumah teres atau banglo, perjanjian jual-beli hendaklah menggunapakai apa yang disediakan dalam Jadual G. Peruntukan di dalam perjanjian ini menetapkan bahawa rumah tersebut mesti siap dan pemilikan kosong iaitu penyerahan kunci mesti diserahkan kepada pembeli dalam masa 24 bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jual beli.

Manakala bagi transaksi jualan rumah berstarta seperti apartment atau kondominium pula, perjanjian jual-beli hendaklah menggunapakai Jadual H Akta tersebut. Tempoh pembinaan dan pemilikan kosong ini telah ditetapkan dalam masa 36 bulan.

 

Bagaimana sekiranya projek lambat disiapkan dan pemilikan kosong lebih lewat dari tempoh 24 bulan atau 36 bulan ini?

Akta Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 ini telah memperuntukkan bahawa, apabila pemilikan kosong ini lewat dari sepatutnya, pemaju bertanggungjawab membayar pampasan kepada pembeli.  Jumlah pampasan adalah  10% setahun dari harga jualan rumah tersebut dikira ke atas setiap hari kelewatan itu berlaku dari tempoh sepatutnya.

1392530397_f3c0e2be5b_o

Sekiranya kelewatan ini berlaku, pembeli mempunyai tempoh selama satu tahun dari tarikh pemilikan kosong ini untuk memfailkan tuntutan pampasan tersebut.  Tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah atau melalui mahkamah.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah merupakan satu penyelesaian yang lebih mudah, murah dan tidak terikat kepada prosedur mahkamah yang rumit. Ia mempunyai kuasa untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM 50,000.

Apa yang perlu pembeli lakukan adalah dengan mengisi 4 salinan Borang 1 dan memfailkannya di Tribunal dengan bayaran fi sebanyak RM 10 sahaja. Kepilkan sekali salinan kad pengenalan, salinan surat perjanjian jual-beli dan salinan surat penyerahan kosong dari pemaju.

Pembeli kemudiannya perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pemaju berkenaan.Tribunal pula akan mengeluarkan notis pendengaran dalam bentuk Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan akan dijalankan.

Ketika pendengaran, kedua-dua pihak tidak dibenarkan diwakili peguam.  Namun, masing-masing boleh mengemukakan keterangan, saksi atau sebarang dokumen yang difikirkan sesuai untuk menyokong tuntutan dan keterangan masing-masing.

Tribunal juga akan membantu kedua-dua pihak mendapatkan persetujuan mengenai amaun pampasan yang perlu dibayar kepada pembeli. Oleh yang demikian, ada kemungkinan jumlah pampasan yang akan dibayar ini bukan amaun keseluruhan sekiranya pembeli sendiri telah bersetuju dengan amaun yang ditawarkan oleh pemaju di dalam pendengaran tersebut.

Sebaik pendengaran selesai, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan award berkenaan amaun dan cara pembayaran pampasan tersebut. Perintah ini perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.

Menurut bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung pada Februari 2013 yang lalu, secara purata sebanyak 16 kes tuntutan difailkan setiap hari di Tribunal. Menurutnya lagi, sehingga 31 Disember 2012, Tribunal telah memberi award kepada pembeli rumah yang membabitkan pampasan bernilai lebih RM115 juta semuanya.

 

(Sumber gambar: SladewaltersZach KleinVormplus)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (71)

    1. Saya lagi rugi.saya penjawat awam.beli rumah harga 237k.tiba2 pemaju jual rmh yg sama dengan harga 197k atas alasan pa1m.saya penjawat awam dh terbeli rmh awal sgt.rugi la.beza 40k tuuuu

  1. Reduan Zulkofli
    June 24, 2013

    Saya adalah salah seorang mangsa kepada kekejaman pemaju perumahan dan kelemahan sistem pemilikan/ perumahan negara yang agak menyebelahi pemaju. Saya berterima kasih kepada pihak Kementerian Perumahan dan Tribunal Tuntutan Pembeli kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga kata putus menang-menang berjaya diperolehi dan award telah dikeluarkan. Namun perkara ini tiada kesudahannya kerana kuasa tribunal hanya setakat mengeluarkan award (itu maklumat yg saya perolehi dari pegawai TTPR). Akhirnya pemaju berkeras enggan membayar malah telah menutup syarikatnya, maka siapakah yang akan memastikan perintah TTPR ini dipatuhi? dan apakah benar kuasa TTPR hanya setakat megeluarkan award? Untuk melanjutkan perkara ini ke mahkamah tinggi adalah agak mustahil bagi kami yang telah pada mulanya mengalami kerugian akibat kelewatan siap rumah untuk mengeluarkan wang lagi bagi melantik peguam untuk ke mahkamah tinggi. Biro bantuan guaman tidak akan melayan kami kerana khidmat mereka hanyalah untuk mereka yang berpendapatan dibawah RM30,000.00 setahun. Jadi apa yang harus saya lakukan? Kami terpaksa berdiam diri sedangkan pihak pemaju/ pemilik syarikat sedang duduk bersenang lenang sambil bertukar syarikat dan mengaut untung berjuta-juta hasil dari kelonggaran sistem perundangan negara yang kami cintai.

    1. tuan Reduan,
      saya bersimpati dengan situasi yang tuan hadapi.
      TTPR bukan mahkamah. ia adalah tribunal iaitu satu isntitusi oleh pihak pentadbiran, bukan dari kehakiman. itu sebabnya jika tuan baca artikel saya ini, ada 2 medium tuntutan oleh dilakukan. melalui TTPR atau melalui mahkamah.

      TTPR bukan mahkamah. Ini membuatkannya lebih pantas kerana tidak tertakluk kepada prosedur mahkamah. Tetapi tidak mempunyai kuasa sehebat mahkamah. Mereka yang engkar award TTPR tidak boleh dijatuhkan hukuman menghina mahkamah dan dipenjarakan, tidak seperti mereka yang engkar pada keputusan mahkamah.

      Namun sekiranya pihak pemaju engkar juga terhadap award TTPR, tuan memang tiada pilihan lain selain ke mahkamah dan membuat tuntutan agar award itu dipatuhi. Dalam kes begini, memang tuan perlu diwakili peguam.

      Sememangnya kos peguam bukanlah murah dan proses naik turun mahkamah juga memakan masa. Tetapi jika tuan dan semua pembeli bersatu hati dan berkongsi kos guaman bersama-sama, mungkin beban kewangan dapat diringankan. Walaupun syarikat pemaju ini telah ditutup, tetapi tuan masih boleh berusaha dengan mendapatkan khidmat nasihat peguam berkenaan hal ini untuk beliau meneliti semua fakta kes dengan teliti.

      Di dalam pindaan terkini Akta Perumahan ini, sekiranya projek pembinaan terhenti selama 6 bulan berturut-turut, pembeli boleh membatalkan perjanjian jual beli dan pemaju boleh didakwa melakukan kesalahan jenayah.

  2. Terima kasih Cikpuan Rohaniah Noor atas perkongsian berkenaan isu rumah berisiko untuk terbengkalai terutamanya projek perumahan yang masih dalam pembinaan.

    Selalu keluar dalam berita tv dengan pembeli-pembeli yang teraniaya di mana kadangkala projek tersebut hampir siap tetapi disebabkan masalah tertentu yang dihadapi oleh pemaju, maka pemaju menghilangkan diri. Kasihan pada pembeli2 malang ini.

    Selepas ini mungkin bakal pembeli2 perlu membuat sedikit ‘homework’ berkenaan rekod pemaju dan contoh projek yang berjaya disiapkan untuk mengurangkan risiko projek terbengkalai.

    Wslm.

    1. betul tu tuan Akmal,
      latar belakang pemaju dan track record mereka sangat penting.
      Jika projek-projek terdahulu ada yang lambat disiapkan dan kualiti kerja tak bagus, kita boleh agak apa akan berlaku pada projek akan datang.
      Jika pemaju belum ada rekod pula, lebih tinggi risikonya.

      1. Ya setuju Cikpuan Rohaniah. Cuma kadangkala masyarakat tidak ada banyak pilihan ataupun bila hati dah teruja, terus booking saja. Anyway thank Cikpuan for the best article. Wslm.

  3. rumah terbengkalai memang menyakitkan pembeli.. banyak kes rumah tak disiapkan yang memberi kesan kewangan kepada pembeli

  4. Pembelian rumah bukan sahaja mengambil masa lama. Malah lebih teruk jika pemaju lewat menyiapkan projek tersebut. Sebagai pengguna ramai yang berdiam diri dengan harapan pemaju akan membayar pampasan atas kelewatan.

    TAPI hati-hati kerana pemaju akan sedaya upaya akan cuba mengurangkan bayaran pampasan tersebut dan create seakan win-win situation sedangkan yang win cuma si pemaju. Tak ramai yang sanggup bawa ke mahkamah kerana takut tanggung cost lain yang akan timbul.

    Sekadar pendapat dan pengalaman saya secara peribadi sahaja. Terima kasih.

  5. Stephanie
    July 9, 2013

    Saya telah membayar deposit RM20,000 untuk membeli rumah kos rendah daripada seorang kenalan sementara menunggu kelulusan pinjaman dari bank. Bagaimanapun, pinjaman tidak diluluskan menyebabkan niat membeli rumah tersebut dibatalkan. Tetapi wang deposit tidak dikembalikan dengan alasan telah dibelanjakan.

    Apakah tindakan dalam akta perumahan untuk membolehkan kami mendapatkan semula wang deposit yang telah dibayar?

  6. salam puan….

    lebih kurang 4-5 tahun lepas, saya ada membuat surat perjanjian jual beli rumah dengan pemaju di pejabat peguam dan dimatikan stem. w/bagaimanapun, tiada sebarang ‘booking fees’ @ bayaran pendahuluan yg diminta oleh pemaju. Rumah tersebut terbengkalai dan disambung oleh kontraktor lain. adakah surat perjanjian jual beli tersebut masih sah dan terpakai.

  7. Salam,

    Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapat kunci rumah setelah lewat selama 4 bulan. Baru-baru ni saya pergi ke pejabat pemaju untuk membuat tuntutan LAD dan pemaju hanya setuju untuk membayar 40% sahaja dari jumlah yang sepatutnya. Jika membawa perkara ini ke tribunal, kos apakah yang boleh saya tuntut selain LAD? Adakah saya dibenarkan untuk menuntut kos 4 bulan sewa rumah, kos perjalanan dan sebagainya?

  8. Salam..!saya memang sedang mencari info berkenaan rumah lewat siap .
    Mohon penjelasan berkenaan soalan2 saya ini :
    1)Saya ada beberapa kali menerima surat denda bayaran lewat.mengikut “stage” pengeluaran bayaran daripada BPP.(loan kerajaan).puncanya adalah kerana dokumen tidak lengkap daripada pemaju & lawyer.contoh: stage 1=RM100.Saya tidak membuat bayaran atas nasihat salesman…check telah saya pos dipulangkan semula.Dia kata nanti kira masa ambil kunci kerana akan ada lagi interest stage2 yg lain.(kumpul interest).Adakah interest stage 1= RM100 tersebut akan terus bertambah sehingga serahan kunci…?setiap stage saya dikenakan interest.
    2)Mengikut S&P pemaju telah lewat serah milikan kosong selama 8 bulan.Harga rumah RM141k.Adakah saya boleh menuntut bayaran sedangkan rumah masih belum siap.Semasa pengambilan kunci jika tiada CF adakah saya boleh menolak untuk terima kunci?Bagaimanakah bentuk CF..?(kertas sijil?)
    Sekian, pertanyaan saya yg panjang lebar.Harap dapat beri penjelasan dan amat hargai pertolongan puan.Terima Kasih.

  9. Nasib baik ada akta.. sekarang rumah yang saya beli sudah masuk 17 bulan dalam pembinaan.
    Harap pemaju dapat siapkan rumah dengan cepat tampa ada masalah yang akan menyusahkan pembeli..

  10. Rumah yg dibeli lewat selama 7 tahun.Saya pergi ke pejabat pemaju untuk membuat tuntutan kelewatan dan pemaju hanya setuju untuk membayar 40% sahaja dari jumlahnya, tetapi saya tidak setuju dan membuat rayuan, akhirnya pemaju membayar 70%. Tetapi saya masih tidak berpuashati kerana saya perlukan 100% Jika membawa perkara ini ke tribunal, bagaimana caranya untuk dapatkan 100%.?

  11. Salam 1 Malaysia

    Saya ada membeli sebuah Rumah, melihat pemerhatian saya Rumah tersebut tidak akan siap pada tarikh yang ditetapkan dalam SNP.

    Saya menghubungi pihak pemaju untuk bertanyakan pampasan kelewatan dan mereka memberi maklum balas bahawa sekiranya tidak siap seperti yang ditetapkan mereka menyuruh untuk membuat surat tuntutan pampasan kepada mereka setelah kunci rumah diberikan.

    Soalan saya adakah saranan itu langkah yang sepatutnya atau ada alternatif lain?

  12. sape boleh bantu saya. tribunal telah perintahkan
    pemaju bayar pd sy sebanyak RM 7,500 berserta 8% kelewatan. tetapi dah 6 thn pemaju buat tak tau satu sen pun tak dapat…nak bawa ke mahkamah kos bukan sikit… silapx klu duit yg dapat tak cukup bayar kos guaman…..nasibx….. jerung gak yg untung. 016-6001238

  13. Assalamualaikum…Saya sabaruddin b samat.Nak buat pertanyaan tentang pembelian rumah.Lebih kurang 6-7 Tahun lepas saya ada merbeli satu rumah dan telah membuat satu penjangian jual beli dgn pehak pemaju.Pinjaman melaluai Bank Cimb.Rrmah dibeli dgn harga RM51.000Ribu.Saya telah membuat pembayaran sebnyak RM12.000Ribu dalam masa lbih kurang 3tahun prmbelian.tapi sampai SEKARANG rumah belim siap.Bila tanya pemsju Berbagai alasan diberi CF belum dililuskan.Pecawang letrik krcil..buat masa sekarang saya telah HENTIKAN buat pembayaran.Disini saya ingin bertanyaBOLEH

  14. Assalamualaikum…Saya sabaruddin b samat.Nak buat pertanyaan tentang pembelian rumah.Lebih kurang 6-7 Tahun lepas saya ada merbeli satu rumah dan telah membuat satu penjangian jual beli dgn pehak pemaju.Pinjaman melaluai Bank Cimb.Rrmah dibeli dgn harga RM51.000Ribu.Saya telah membuat pembayaran sebnyak RM12.000Ribu dalam masa lbih kurang 3tahun prmbelian.tapi sampai SEKARANG rumah belim siap.Bila tanya pemsju Berbagai alasan diberi CF belum dililuskan.Pecawang letrik krcil..buat masa sekarang saya telah HENTIKAN buat pembayaran.Disini saya ingin bertanyaBOLEH

  15. Sabaruddin b Samat
    February 21, 2014

    Assalamualaikum..Saya ada membeli rumah sudah lama lebih kurang 7/8 tahun dah.Dalam pejangian jual beli degan permaju rumah akan disiapkan dalam masa 2 tahun.dalam masa itu saya telah membuat pembayaran lebih kurang Rm12.000 ribu.degan Bank CIMB.Tetapi masa yang dijangikan telah sampai dan buat masa ini telah pun melebihi dari pjngian.bila saya tanya pemaju bila penyerahan rumah akan dibuat.Bermacan2 Alasan diberi.CF belum siap.Bilik janarito (bilik letrik kecil kena buat semila)SAMPAI SEKARANG BELUM ADA PENYERAHAN.Buat masa ini saya tidak lagi membuat pembayaran.Adakah saya boleh membuat TUNTUTAAN melaluai TTPR.

  16. Assalammualaikum,
    Masalah saya sama dgn en.sabarudin, rumah terbengkalai 8 thn, sy dah berhenti bayar pd bank…. dan akan dikenakan tindakan bankruptcy oleh pihak bank, pemaju gulung tikar dan telah buat company baru….mungkin ada pihak yang boleh bantu saya . Soalan saya adakah saya boleh menang kes jika… saya buat tuntutan dimakamah,.. atau tribunal… bagaimana…. kalau ikut syarat tribunal 1 thn selepas pemilikan kosong…. sekrg sudah 8 thn…. masih layak atau tidak buat tuntutan….

  17. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya..situasi yg berlaku kepada sekarang.

    suami saya meninggal dunia pada 19 oktober 2013, dengan serta merta nya, pinjaman bank yg saya lakukan dibatal serta merta juga pada hari suami saya meninggal dunia, dan saya menerima surat pembatalan tersebut pada 26 Februari 2014 tetapi, masalahnya, bank tempt telah approve pinjamn pda 23 julai 2013 dengan bayaran deposit perumahan kos rendah sebanyak RM680 pada 4 September 2012 setelah kami membuat byaran deposit bank sebanyak RM1000, setelah kami membuat byaran lagi kepada C H William Talhar Wong & Yeo (Jurukur Berkanun Perunding Harta Antarabangsa) sebanyak RM704, setelah itu, byaran kepada lawyer perumahan sbnyk RM250..masalah…semua bayaran dan dokumen telah ditandatangani sebelum suami saya meninggal dunia..tetapi masalahnya..pihak bank tidak mahu bertanggungjawab ats pinjmn dengn alsan suami sy telah meninggal dunia…masih layak kah saya memiliki dan menuntut hak rumah tersebut? dan dimanakah saya ingin menuntut hak dengan masalah yang saya hadapi sekarang…

  18. salam…puan, saye mohon bantuan puan untuk memberi cadangan dan pandangan berhubung pembelian rumah. pada 2012, saya telah membeli rumah dan pada 25 jan 2013 saya telah mendapat kunci rumah … sebarang aduan kerosakan dan kecacatan rumah telah diadu dengan mengisi borang yang pemaju telah sediakan. Aduan tersebut lebih kepada perkara-perkara kecil sahaja seperti air di toilet slow, ade retak sedikit di bahagian pagar dan seumpanya. Namun begitu, pada April 2014 saya mendapati rumah yang sepatutnya kami duduki itu mengalamai kerosakan teruk seperti mozek kosong, saluran paip jatuh, tanah di bawah mendap mnyebabkan pemaju menebuk semula rumah dan masukkan simen dan pasir kedalam lantai rumah…. disebabkan itu kami terpaksa berpindah keluar dan barang-barang… ia berlanjutan sehingga sekarang…. bial kami membuat aduan mereka memaklumkan stok mozek yang sama belum sampai…. persoalannya, bolehkah kami menuntut kos pindah rumah, sewa rumah dan kerosakan keatas cat yang kami telah buat…. kepada siapa sepatutnya kami mengadu masalah ini untuk mendapatkan ganti rugi tersebut…..

    1. Masalah saya hampir sama dengan Pn Aida. Selepas mendapat kunci pada tahun lepas sudah hampir setahun saya dan keluarga mendiami rumah tersebut. Vacant posesion lambat diberikan dan liabiliti defect akan tamat pada Disember ini. Apa yang sangat menganggu saya adalah semua aduan kerosakan yang dihantar hanya satu dua yang mereka baiki malahan kerosakkan tersebut menjadi semakin teruk selepas dibaiki. Syiling yang bocor kerana atap bocor masih berterusan. Apabila saya meminta mereka tukar atap kerana atap yang mereka pasang sebelumnya rosak adan kemek berpunca dari proses pembinaan rumah, mereka enggan. Mereka juga enggan membaiki dinding yang bengkok dan beralun walaupun keadaan itu sangat ketara. Setelah di siasat saya mendapati kontraktor pembinaan mereka sebelumnya telah melarikan diri, bagi memastikan pembinaan dapat disiapkan dengan cepat untuk mengurangkan kerugian mereka telah melantik subkontraktor dari kampung berdekatan yang dtidak berpengalaman untuk menyiapkanya. Lebih teruk lagi garaj rumah akan banjir pada musim hujan dan ini sangat menyedihkan kami sekeluarga. Rumah yang kami beli ini berharga RM 258888 namun terlalu banyak kecacatan. Adakah saya masih boleh mengadukan kes saya ini kepada tribunal tuntutan perumahan memandangkan sijil rumah sudah tamat pada April 2014. Sehingga kini tidak sampai 1/10 daripada aduan kami yang telah dibaiki. Lebih menyedihkan lagi, rumah yang baru dibeli sudahpenuh dengan kesan retakan di seluruh rumah. malahan terdapat retakan yang kelihatannya sudah ditutup dengan cat sebelum kami mengambil kunci. Dalam kata lain retakan sudah bermula sebelum kunci di ambil daripada pemaju.

    2. BURHAN BIN NOORDIN
      December 3, 2014

      Asalamualaikum Puan Rohaniah
      .Saya Burhan B.Noordin. Saya ada beli sebuah rumah teres 2 tkt 3 bilek dgn harga Rm 90.000 pada tahun 1998.rumah dijanka siap tahun 2000.Bayaran pendahuluan termasuk insuran dan surat penjanjian jual beli saya bayar Rm11.000.pihak bank hanya memberi pinjaman Rm80.000 sahaja.Tahun 2000 rumah masih 50 peratus siap.pihak pemaju memberitahu rumah akan siap pada 2002.atas sebab tak dapat dielakkan.saya maseh meneruskan bayaran
      hingga 2002.yg berjumlah lebih kurang Rm14.000.keseluruhan wang yg telah saya keluarkan Rm25,000.walau bagaimanapun projek perumahan tsb maseh terbengkalai dan saya berhenti membayar
      nya.dlm tempoh tsb macam2 berlaku,antaranya mohon tukar tpt kerja dan sekolah anak2,ingatkan rumah dah nak siap,kemudian surat peringatan dari bank,hinggalah saya buat lapuran polis mengatakan yg saya telah ditipu pemaju.utk maklumat pemaju dah
      bankrap.sehinggalah tahun 2013 pemaju baru ambil alih,pemaju tsb telah membuat perjumpaan dgn pembeli dan memberitahu keputusan drp mahkamah tinggi kpd pembeli samaada hendak meneruskan atau menarik diri,jika ingin meneruskan pembelian tsb pembeli dikehendaki menambah 30 peratus dari harga asal,mungkin dlm Rm30.000,jika ingin menarik diri,bayaran yg telah dibayar kpd pemaju akan pulangkan selepas menolak 30 peratus tidak termasuk duit proses ins,perjanjian jual beli dsn.Saya telah dipanggil utk menanda tangan surat perjanjian,samaada utk menerus atau sebaliknya.Saya mengambil keputusan utk meneruskanya.dlm tempoh tsb tiada bayaran dibuat,nak cari dimana Rm27,000 dan duit interes yg tidak dibayar sebelum ini,Baru2 ini pemaju telah memaklomkan mereka telah membayar /cek Rm58.000 kpd bank atas nama saya dan saya telah menghubungi bank tanya tentang status saya.,pehak bank menyuruh saya buat surat utk mendapatkan duit saguhati.Soalan saya dimanakah boleh saya dapat bantuan/cadangan utk menyelesaikan kes ini,selain drp TTPR ini Terima Kasih Puan

  19. Saya telah membeli rumah melalui pemaju BINARAYA PKINK di Kelantan. Rumah telah diduduki pada tahun lepas. Oleh kerana kelewatan menyiapakan rumah, saya telah telah membuat tuntutan pampasan lewat siap dari pemaju dan telah diluluskan sebanyak rm14000.00. Namun begitu bayaran dilakukan sebnayak 8 kali dan tiada tarikh tetap untuk pembayaran. Saya ingin bertanya, betulkah tindakan pemaju tersebut membuat pembayaran berulangkali tanpa tarikh yang pasti atau konsisten?

  20. As’kum Puan Rohaniah.

    Saya amat berterima kasih sekiranya puan dapat membantu.

    ‘Bagi transaksi jualan rumah bertanah seperti rumah teres atau banglo, perjanjian jual-beli hendaklah menggunapakai apa yang disediakan dalam Jadual G. Peruntukan di dalam perjanjian ini menetapkan bahawa rumah tersebut mesti siap dan pemilikan kosong iaitu penyerahan kunci mesti diserahkan kepada pembeli dalam masa 24 bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jual beli.

    Berkenaan maklumat di atas bagi pemilikan kosong rumah bertanah dalam masa 24 bulan baru boleh dikenakan LAD.

    Tapi sekiranya saya merupakan membeli setahun selepas pembinaan dimulakan, contohnya :-

    1) pembinaan mula pada Januari 2012 dan sepatutnya disiapkan pada Januari 2014.
    2) Saya pula membuat pembelian pada Jun 2013.
    3) Kunci rumah hanya diserahkan pada bulan Mei 2014

    Adakah saya layak untuk menuntut LAD dari Pemaju? Mohon pandangan dan bantuan Puan.
    Terima kasih.

  21. salam,saya nk Tanya,maaf klu lari dari topik,saya ada beli Tanah tapi geran kongsi,payment dah habis bayar sbb saya beli secara tunai,dlm perjanjian masa beli tu sekiranya pemaju lewat menyerahkan Tanah tersebut dalam masa 12 bln pemaju mestilah membayar 5.0% penalty dari harga Tanah kepada pembeli.tarikh perjanjian pada januari 2013.sampai sekarang masih belum siap,adakah saya layak utk tuntut 5% tu..mohon pandangan yer..terima kasih.

  22. salam. boleh tak saya dapatkan senarai peguam untuk membantu saya membuat tuntutan LAD? agak buntu untuk mencari peguam. Terima kasih

  23. FARIDAH IBRAHIM
    September 25, 2014

    As salam Puan Rohaniah, nak tumpang tanya…kalau saya beli rumah dari orang dan saya guna duit refinance rumah yg lagi satu. duit cash nya delay so sekarang dah delay 3 bulan untuk bayar rumah baru tu, soalan akak..boleh ke owner batalkan penjualan rumah nye kepada akak ? sedangkan lawyer dah bayar, dan urusan dengan Majlis pun dah lulus.

    terima kasih Puan.

  24. salam satu malaysia,
    Saya telah mendapat kunci ttp masih belum mendapat sambungan letrik dan air.. bolehkah saya membuat tuntutan?? apakah jenis tuntutan yang boleh saya dapat??

  25. Salam sejahtera… apakah yang saya boleh buat sekiranya rumah mengalami keretakan dalam tempoh kurang dari 5 tahun. Bukan saya seorang sahaja tetapi rumah jiran-jiran yang lain pun sama

  26. salam puan,
    kalau sesebuah perumahan taman tu statusnya kontraktor bangkrup..ada masalah tak untuk pembeli membeli rumah di situ..mohon penjelasan.tq

  27. Assalam,
    mohon pendapat puan untuk projek bangunan pejabat terbengkalai…apakah hak pembeli?
    :'(

  28. M Surif A Wahab
    December 22, 2014

    Salam Pn,

    Saya ingin bertanya berkaitan rumah yg telah siap dan diserahkan kunci tetapi bermasalah dari segi binaan dan kualiti. Pemaju telah memulakan kerja2 pemeriksaan dan didapati hampir 90% rumah yg telah siap (sebahagiannya telah menerima kunci dan sebahagian lagi belum) rosak dan perlu pembaikan yang berstatus major.

    Sebagai penghuni yg telah menerima kunci dan terpaksa berhadapan dengan kerja2 pembaikan yg major ini, sedikit sebanyak ia menjejaskan kehidupan harian, kesihatan dan keselamatan. Ini disebabkan kawasan perumahan yg dihuni menjadi seolah2 kawasan pembinaan perumahan yg baru. Untuk yg demikian dimanakah aduan patut saya utarakan? Kami juga mengalami masalah utk tidak dapat keluar dari rumah memandangkan segala barangan berharga yg disimpan. Apakah tuntutan yg layak kami mohon? Apakah yg dapat kami lakukan pada pemaju? Pihak mana yg harus kami majukan aduan dan tuntutan permasalahan yg dihadapi ini?

    Terima kasih.

  29. Assalam Tuan dan kawan kawan.
    Saya ingin tahu samaada saya layak mbuat tuntutan rumah lewat siap oleh pemaju..
    Saya mnandatangani beli rumah bulan Jun 2014 dan mgikut S & P rumah tsebut akan siap diduki 31 Jan 2015. Saya diberitahu rumah itu hanya akan siap pada April 2015.
    Apakah hak saya sebagai pembeli di mana sewaktu membeli rumah tersebut saya di kenakan bayaran tambahan atas harga asal jualan.
    Adakah hak saya sama spt pbeli yg beli rumah pada harga asal sewaktu perumahan tu dilancarkan dan siap melebihi 24 bulan . Dalam kes saya ni jelas blm sampai jangka masa tu, tetapi bayaran lebihan RM10 ribu tu seolah olah saya juga mbeli di peringkat awal. Bayaran excess ini mbuatkan saya rasa berhak pasai kos tu sama juga di tanggung oleh pbeli awal.

  30. Baik. Saya ingin bertanya pasal bayaran peguam jika saya membeli rumah berharga 450000 terus dari pemaju.adakah saya berhak mendapat diskaun 70% walaupun peguam saya bukan partner kelada pemaju itu?terima kasih.

  31. Saya bru sahaja membeli sebuah rumah dan masih belum dpt kunci..dan rumah belum siap sepenuhnye..yg membimbnagkan saya rumah dh ade retak luar dan dalam..adakah saya perlu buat aduan awal atau tunggu rumah tu diluluskn utk diduduki dahulu? Saya risau pemaju main duit dlm memohon kelulusan utk diduduki..

  32. bu saya memiliki nasib dipermainkan penjual salah satu perumahan di jakarta, bgm menyikapinya mohon contak agar bisa consultasi secara pribadi, terima kasih

  33. assalam tuan…saya telah membeli sebuah rumah di tapah.dan apa yang menjadi masalah..kami diarah oleh pemaju untuk ambil kunci dan diberitahu ccc/cfo telah diluluskan sedangkan rumah masih belum siap sepenuhnya dengan keadaan tiada jalan,pengairan/saliran peparitan tidak sempurna dan rumah buruh/pekerja betul dihadapan rumah kami.Pertanyaan saya adakah CFO/CCC/milikan kosong boleh dikeluarkan sekiranya keselamatan dan kemudahan sekeliling rumah belum disiapkan sepenuhnya.

  34. Saya pembeli rumah baru…. dan baru saje dapat kunci pada 1.8.2015…… malangnya rumah saya bayak retak boleh dikatakan d sekeliling rumah… jiran 2 saya pon sama….. sudah banyak kali dia pecah dan baiki namun ia tetap jugak retak…. saya tanya pemaju kenapa rumah jadi macam tu dia kata bahan binaan tidak kualiti…. ape yang patut kami buat sampai sekarang kami tidak dpt lagi duduk rumah kami sedang kan kunci rumah sudah diberi… bagaimana cf boleh d keluarkan sedangkan keadaan rumah tidak selamat diduduki….

  35. As salam…boleh x nak hubungi tuan secara personal? Berkait dgn pelaburan hartanah… saya berikan no Wasap saya yep… 019 953 8012

  36. Salam puan….

    Saya telah membeli rumah pada tahun 2013 yang berharga 300k (tandatangan S&P pada bulan 11, 2013) namun sehingga ke hari ini (20.01.2016) rumah belum lagi siap dan potongan pinjaman perumahan telah pun dibuat pada bulan 11, 2015. Saya nak tanya, apakah yang patut saya buat dan dimanakah patut saya rujuk?

    Terima kasih.

  37. sekiranya pembeli telah menjual rumah tersebut pada pembeli kedua, masih bolehkah pembeli pertama menuntut kerugian daripada pemaju kerana kelewatan penyerahan milikan kosong?adakah terdapat sebarang rules yang mengatakan pembeli rumah pertama tiada hak utk menuntut drpd developer krn telah mnjual rumah tersebut kpd pembeli kedua?

  38. A’salam

    Saya nk tya mengenai projeck perumahan yang di senaraikan di bawah projek sakit dan saya telah mendapat maklumat bahawa account pinjaman telah pon di tutup di sesabkan kelewatan projek ni.

    apa tindakan yg patut saya buat.

  39. projek rumah terbengkalai saya telah diambil alih oleh syarikat lain yang menawarkan dirinya tetapi lebih memburukkan keadaan lokasi unit telah dipinda dari perjajian asal… kami juga diminta menambahkan wang tambahan

  40. Salam PuAn
    Project rumah saya sepatutnya siap pada 2010, malangnya telah bertukar pemaju dan tidak disiapkan.
    Pemaju terkini masih menanguh nangguh kerja yg ada
    Apakah yg perlu saya lakukan
    Tkasih

  41. Salam
    Pemaju kata boleh ambil kunci rumah, masuk air tapi belum boleh masuk elektrik.
    Apakah ini juga dikira sebagai serah milikan kosong?

  42. Tq puan,sy ada membeli rumah teres setingkat,rumah tlh siap berserta CCC,namun BAYARAN DEPOSIT TINGGI rm2800,(cukai pintu /tanah)=360,TNB=250+100 proses,syabas 75+100 proses,taman 550,bil lampu jalan =370,penyelenggaraan =1000,?adakah mana2 peruntukan undang2 yg menyatakan perihal deposit itu.

  43. As salam puan….saya nk bertanya….rumah sy dh siap…CF pun dh lulus….cuma masalah dr segi pintu depan yg senget….dan pintu pagar yg sangkut lantai jika buka ke dalam…adakah masalah ini boleh sy buat aduan…sbb sy dh adu pada pemaju tp jawapannya hampa

Pendapat anda?