Haluan yang Berbeza

February 01, 2012 — Penulis:

Kategori: Perkhidmatan

Assalamualaikum, Afyan…” sapa satu suara.

“Waalaikumsalam, Eh…”, satu wajah yang dikenali, tapi saya agak lupa namanya.

“Apa awak buat di sini?”, tanya beliau. Saya masih belum cam namanya.

“Jumpa klien”, jawab saya ringkas. Otak saya ligat mengimbas kawan-kawan ketika belajar dahulu.

“Wah, mesti banyak kes awak ye?”, tanya beliau lagi. Namanya masih belum menjengah ke pemikiran saya.

“Kes? Adalah sikit-sikit..”, saya dapat rasakan yang perkataan “kes” di dalam pemikiran beliau, tidak seperti perkataan”kes” yang saya maksudkan.

“Wah, awak dengan firma mana sekarang?”, tanyanya lagi.

Betul jangkaan saya. Dia ada satu tanggapan awal kepada saya yang tidak tepat. Kali ini saya baru teringat namanya. Seorang kenalan yang pernah sekelas ketika menuntut di universiti dahulu.

Kami sama-sama mengambil jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kami tidaklah serapat mana dahulu.

“Hmm… sendiri”, saya tidak pasti sama ada jawapan saya menjawab soalannya.

“Oh, awak ada firma sendiri!?”, dia agak terkejut.

Saya hanya tersenyum. Tersenyum kerana dapat mengingati namanya. Tersenyum dengan ayat terakhir daripadanya. Tentu dia menyangka saya memiliki firma guaman sendiri.

“Awak tubuhkan firma lepas chambering-kah?”, betul tekaan saya. Dia menyangka saya memiliki firma guaman sendiri.

“Adalah…”, kata saya sambil tersenyum lagi. Sambil mengeluarkan dompet untuk mengambil bisnes kad. Lantas saya menunjukkan kad saya kepada beliau sambil menunggu reaksinya.

“Haaaaa…???!!!”, kaget sekali nampaknya kawan saya itu.

“Takaful??? Awak ejen takaful…???”, dahinya berkerut. Dia benar-benar terkejut. Melihat kad bisnes saya. Yang tertulis nama saya, dengan logo syarikat takaful dan di bawahnya tertera “perunding takaful”.

Dua kali dia tekejut. Kejutan pertama kerana disangkanya saya “memiliki firma guaman sendiri”.

Kejutan kedua, kerana “firma guaman” yang disangkanya, rupa-rupanya “firma takaful”!.

Lawyer Takaful

Tahun 2012 ini, masuk tahun ke lapan saya berkecimpung dalam bidang takaful, termasuk sebagai perunding sepenuh masa dari tahun 2009 hingga tahun 2011, separuh masa (2006 – 2008) dan tiada masa (2004-2006).

Tiada masa bermaksud saya hanya mendaftarkan diri sebagai wakil takaful tetapi tiada bisnes dijalankan. Oh!

Lebih tepat lagi, hampir lapan tahun saya bekerja sendiri atau self employ semenjak menamatkan pengajian ijazah pada Oktober 2003.

Di kalangan kawan-kawan, kadang-kadang ada yang menggelar saya dengan jolokan lawyer takaful. Saya tidak tersinggung dengan panggilan tersebut, kerana saya yang memilih jalan ini. Malah, ia secara tidak langsung menjadi bahan promosi.

Cuma kadang-kadang saya bimbang ia akan menyebabkan misleading orang lain apabila jolokan lawyer takaful memberi anggapan “seorang peguam yang menjalankan bisnes takaful”atau “seorang pegawai undang-undang di syarikat takaful”.

Saya hanya belajar ilmu law, tetapi saya bukan lawyer. Saya hanya belajar undang-undang, tetapi saya bukan pengamal undang-undang.

(Nota: Seorang lulusan undang-undang hanya layak digelar peguam setelah di menamatkan chambering atau di dalam bahasa Melayu: latihan di dalam kamar. Jangan silap faham takrifan kamar di sini, ia bukan bermaksud bilik sebagaimana yang sedang saudara pembaca fikirkan. Ia merujuk kepada kamar mahkamah)

Kamus Kehidupan

Sepanjang belajar di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM, banyak yang saya belajar. Saya belajar erti sebuah kehidupan. Bukan sekadar kuliah, tutorial, assignment, presentation, dan exam.

iium

Ilmu kehidupan saya perolehi melalui persatuan, jemaah, pilihanraya kampus, usrah, tamrin, mesyuarat dan sebagainya. Ia mematangkan saya.

Walaupun kadangkala terbabas dek kesuntukan masa untuk menyeimbangkan antara akademik dan persatuan, namun akhirnya saya bergelar graduan juga. Seperti rakan-rakan lain yang sama sekuliah dengan saya.

Alhamdulillah, dalam kekangan masa membahagikan antara akademik dengan persatuan, kelas dengan mesyuarat, tutorial dengan usrah, assignment dengan kertas kerja program, presentation dengan tamrin, pensyarah dengan naqib, akhirnya saya bergelar siswazah.

Siswazah undang-undang kelas kedua. Lebih baik sedikit daripada Karpal Singh, kalau tidak silap saya, beliau mendapat kelas ketiga :)

Frequently Asked Question (F.A.Q)

Kadang-kadang ada juga orang bertanya:

“Tidak menyesalkah menghabiskan masa kira-kira 6 tahun (termasuk matrikulasi), belajar undang-undang, tetapi akhirnya tidak mempraktiskan apa yang saya dipelajari?”.

Atau…

Sia-sia awak belajar tinggi-tinggi, hendnak belajar undang-undang ni bukan senang. Kena hafal kes itu kes ini, akta itu akta ini, seksyen itu seksyen ini. Orang lain susah payah nak dapat degre LL.B, nak jadi lawyer, awak senang-senang sahaja sia-siakannya.”

Jawapan klise saya ringkas, “Oh ya, saya belajar erti kehidupan sepanjang berada di kampus dahulu”. Noktah.

Tidak dinafikan dalam tiga tahun pertama saya menongkah arus, soalan-soalan (baca: kritikan-kritikan) seperti di atas banyak menjengah ke telinga saya.

Lama-lama ia menjadi semakin kalih malah mungkin boleh dibukukan menjadi FAQ (Frequently Asked Question) untuk saya berikan kepada mereka yang bertanya.

Sebuah Pencarian

Semenjak dari pusat matrikulasi pada 1998, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi peguam. Tetapi cita-cita lain yang ada kaitan dengan undang-undang masih di dalam perancangan saya.

Namun sepanjang pengajian, saya tidak sempat untuk memikirkan perancangan selepas grad, akibat disibukkan dengan aktiviti “kampus kehidupan”.

Hanyalah pada tahun akhir pengajian, saya memikirkan perancangan selepas grad. Sebenarnya sudah agak lewat pada usia 22 tahun untuk memikirkan hala tuju selepas grad.

Saya tercari-cari arah tuju saya selepas grad serta tercari-cari bakal pasangan hidup saya. Ya, pada tahun akhir, dengan dua pencarian.

Sedang dalam pencarian cari diperkenalkan sebuah buku tulisan Robert Kiyosaki, “Rich Dad Poor Dad”. Seorang rakan yang memperkenalkan saya buku tersebut.

Ternyata buku tersebut mengubah persepsi saya tentang kehidupan bekerjaya. Saya kira pencarian saya sudah berakhir.

Menyongsong Arus

Saya betul-betul terpengaruh dengan tulisan Robert Kiyosaki.

robert1

Ia membawa satu pandangan terbalik: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi usahawan. 

Berbanding dengan pandangan biasa: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi chambering dan menjadi peguam, atau menjadi pegawai PTD atau paling tidak memohon KPLI atau JQAF.

Akibat terpengaruh dengan saranan inilah saya melawan arus, konon-konon ingin menjadi usahawan.

Aduh, memang penat kerja melawan arus ini. Di kala orang lain selepas grad menulis resume, saya merangkak-rangkak menulis business plan. Ketika orang lain menghadiri temu duga kerja, saya terhegeh-hegeh ditemuduga klien.

Ketika orang lain membelek akhbar mencari kerja kosong, saya membelek akhbar mencari peluang berniaga. Ketika orang lain hujung bulan mendapat gaji bulanan, saya belum tentu…

Itulah padahnya belajar daripada buku semata-mata (padan muka saya!).

Dari 6 Bisnes Menjadi Satu

Daripada bisnes kad pra-bayar, percetakan, membekal bahan bantu mengajar, konsultan latihan, menjual bunga, menjual dadih, hinggalah yang saya komited sehingga hari ini; bisnes takaful.

Pengalaman-pengalaman seperti jualan tidak laku, dimarahi pegawai keselamatan kerana tidak mempunyai lesen (ketika menjual bunga waktu konvokesyen), mengutip hutang lapuk, modal RM1,000 untung RM10, dan pelbagai lagi, betul-betul membuat saya hampir serik.

Mujurlah pembelajaran di “kampus kehidupan” mengajar saya erti tabah, jika tidak, tentu saya sekarang seorang peguam.

Dan ternyata bisnes dan kerjaya sebagai perunding takaful benar-benar mencabar minda, emosi, jasmani malah  rohani. Mana tidaknya, bisnes ini merupakan bisnes yang paling banyak penolakan atau rejection berbanding bisnes-bisnes lain di muka bumi ini.

Daripada sepuluh panggilan telefon yang dibuat, hanya lima sahaja yang sudi untuk menerima untuk diadakan temujanji. Daripada sepuluh temujanji, mungkin lima orang sahaja yang  menepatinya.

Daripada sepuluh orang yang ditemui, selalunya tiga sahaja yang menjadi pelanggan. Mujurlah pembelajaran di “kampus kehidupan” mengajar saya erti tabah, jika tidak, tentu saya sekarang seorang peguam.

Apapun, pelayaran ini masih jauh. Sekarang ini mungkin hanya suku palayaran hidup yang sudah saya tempuhi. Banyak lagi liku pelayaran hidup yang bakal menjengah tiba.

Saya tidak mampu untuk mengawal angin yang bertiup atau badai yang melanda dalam arus yang saya tempuhi ini, namun saya boleh mengawal arah layar dan dayungan kapal yang saya naiki.

Alhamdulillah, nasib saya tidaklah seteruk KassimSelamat:)

Kredit: (25067529 @ N07, esrapike, shahirfauzan92. smartinspire)


Tags: , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (27)

  1. Teringat zaman universiti dulu, sekuliah dengan Tuan dan graduat pada sesi yang sama. Syabas kerana istiqamah dalam pemilihan Tuan :)

  2. Terima kasih kepada Team Majalah Niaga kerana sudi menyiarkan tulisan saya di majalah yang penuh informasi ini.

    Terharu rasanya :)

  3. Tahniah kerana menjumpai ‘apa yg saya mahu buat dalam hidup’. Saya juga seperti saudara, belajar accountancy tetapi memilih untuk bekerja sendiri. Ilmu memilih kerjaya seharusnya dipelajari semasa di universiti, jika tidak dalam kuliah formal pun barangkali melalui seminar dan kuliah anjuran persatuan pelajar. Kawan-kawan profesional pun banyak yg bertukar kerjaya apabila sampai ke tahap bosan. Ada yg jadi penterjemah sepenuhmasa walaupun dia seorang akauntan bertauliah.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini :)
      Sebaiknya, kita lakukan apa yang kita sukai jika tidak dapat suka apa yang kita lakukan.

  4. Dalam seribu mungkin ada satu macam saudara kot.Memang nak senang kena susah dahulu.Yang penting ilmu “kampus kehidupan”.Alhamdulillah masih muda lagi kita susah dan Allah masih bagi badan sihat.Yang penting apa yang kita usahakan adalah jalan yang betul .Jangan putus asa dan saya juga berharap saya juga tidak akan putus asa.Yang penting jangan putus nyawa.Yang 2 tak boleh buat apa.Doa, tawakkkal,usaha dan tidak putus asa atas matlamat kita.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini :)

      Bukan saya seorang, ramai lagi. Sudirman pun grad LL.B. Begitu juga Lisa Surihani :)

  5. Salam Tuan, kita berkongsi inspirasi yang sama yakni terkesan dengan buku Robert Kiyosaki. Seperti kata beliau juga, belajar di universiti bukan untuk makan gaji tapi berusaha menjadi usahan dan ultimately berada dalam quadrant “I” (investor). Jikalau ditakdirkan tuan menjadi peguam belum tentu tuan akan berjaya seperti Karpal Singh walau pun beliau memperolehi Kelas 3. Akademik dan dunia kerjaya/usahawan amat berbeda, waima Ijazah kelas pertama bukan syarat menjanjikan kejayaan.

    Satu lagi, Tuan perlu bandingkan epal dengan epal, tuan universiti mana? zaman/tahun bila?A1/ siapa lecturernya …… sama juga masa saya SRP/SPM susah nak cari pelajar 8A1/10A1/20A1??????? zaman sekarang bersepah………..tuan.

  6. Saya pernah terbaca bahawa ada 8 jenis model usahawan, antaranya ialah menjadi pengurus profesional (bekerja makan gaji). Kita ambil contoh pengurusan tertinggi di sebuah GLC, cth CEO TNB, adakah beliau bukan seorang usahawan. Ya, memang dia bekerja dgn orang tetapi lihatlah income beliau, mengalahkan byk usahawan kebanyakan. Jika beliau bukan berjiwa usahawan, beliau agak sukar menjual idea kepada org di TNB.

    Apa yg penting ialah menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi. Ultimately, kita mahu setiap gerak kerja kita mendapat pahala yang menjadi saham bekalan di akhirat.

    1. Saya amat setuju, contoh yang diberi adalah contoh minda usahawan.

      Itulah bezanya antara “entrepreneurship” dengan “intrapreneurship”.

      Entrepreneurship – usahawan yang menguruskan bisnesnya sendiri.

      Intrapreneurship – usahawan yang menguruskan bisnes orang lain.

      Pengalaman saya, tidak semestinya seorang yang intrapreneurship mampu berjaya apabila menceburkan diri ke dalam entrepreneurship.

  7. Salam,

    Terima kasih di atas perkongsian yang bermakna ini. Somehow saya rasa connected apabila membaca artikel ini. Saya juga merupakan seorang graduan jurusan engineering tetapi setelah 7 tahun bekerja dalam bidang IT di salah sebuah GLC, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menongkah arus sendiri.

    Memang bukan senanng nak buat haluan sendiri. Banyak kritikan dan pandangan negatif yang kita terima. Malah kadang2 keluarga sendiri pun tidak begitu menyokong.

    Di sini kita perlu cekal dan kuatkan semangat. Kena banyak bergaul dengan rakan2 yang memahami dan sehaluan dengan kita.

    Tahniah sekali lagi diucapkan.

    Masih ramai lagi rakan2 kita di luar sana yang inginkan apa yang kita lakukan sekarang, tetapi belum ada cukup kekuatan untuk bertindak.

  8. tahniah kerana tabah menempuhi kehidupan sebagai seorang usahawan yang cekal. Tidak semua orang sanggup jadi apa yang Tuan lakukan.

    teruskan usaha :D

      1. bisnes takaful adalah sangat baik kerana training dan program pembangunan kendiri yang mereka sediakan. Dahulu saya dgn PruBSN sebelum mengorak ke bidang lain. Walaupun saya agak anti kepada framework bisnes ini, namun kawan2 yg mahu menceburi biz saya akan suruh mereka bermula di sini, sama seperti saya dahulu.

Pendapat anda?