Himpunan Artikel Majalah Niaga – 11 Mac 2011

June 10, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Minggu ini kami di Majalah Niaga sedang berusaha keras, untuk menyiapkan e-majalah eksklusif edisi yang ke-17. Jika tuan dan puan mengikuti perkembangan di Facebook Aqif Azizan atau Hasbul Aqill, kami telah mewawancara seorang tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Beliau adalah Dato’ Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk berjumpa dengan beliau, kerana begitu banyak input-input keusahawan dan tip perniagaan yang dikongsikan olehnya.

Ingin tahu lebih lanjut? Nantikan 15hb ini. Sambil-sambil itu, mari kita sama-sama luangkan masa untuk mendapatkan ilmu-ilmu, yang telah diterbitkan dalam blog Majalah Niaga, sehingga 11 Mac 2011.

Isnin:

Jelas Garis Mula – Mencapai Bebas Kewangan

Tuan Hafiszi Othman, penulis mengenai topik kewangan yang tidak asing lagi dalam blog Majalah Niaga, membawa kita ke dimensi baru mengenai isu bebas kewangan. Dalam entri ini, beliau akan menunjukkan cara-cara supaya kita jelas dengan kedudukan kewangan kita hari ini, dan memulakan enjin untuk mencapai bebas kewangan.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Selasa:

3 Tip Dr Azizan Osman Bagi Menarik Lebih Ramai Pelanggan

Beliau tidak perlu diperkenalkan. Nama Dr Azizan ini sudah cukup gah dengan ‘Seminar Marketing Power’, yang mendapat respon positif daripada peserta. Dalam entri ini, kita akan mempelajari teknik yang beliau gunakan, bagi menarik lebih ramai pelanggan. Sesuai diaplikasikan oleh semua pemilik bisnes.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Rabu:

8 Tip Kepimpinan Jose Mourinho (Bahagian 2)

Entri ini merupakan kesinambungan daripada contoh kepimpinan, yang ditunjukkan oleh pengurus kelab bola sepak terkemuka dunia, iaitu Jose Mourinho. Terdapat 3 lagi tip yang telah dibongkarkan oleh Tuan Mazlan Mohamad. Mari kita sama-sama mempelajarinya.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Khamis:

Apple dan Dunia Blog – 3 Elemen Menjadikan Blog Berpengaruh

Apakah elemen-elemen yang boleh diambil daripada syarikat bernilai bilion dolar ini? Entri ini akan menceritakan 3 jenis elemen, daripada syarikat Apple yang dapat menjadikan blog kita lebih hebat, gah dan berpengaruh.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Jumaat:

Bisnes & Nikmat Kerja Keras

Kurang motivasi? Mahukan inspirasi? Penulis solo wanita blog Majalah Niaga, Cikpuan Azzah AR, menulis mengenai nikmat kerja keras dalam dunia keusahawanan. Ia merupakan artikel yang mendapat sambutan hangat minggu ini, sama seperti artikel-artikel ‘Bisnes & Nikmat…’ beliau yang lain.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Entri Khas Untuk Bacaan Kalian:

Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

Ingin memulakan pelaburan emas? Tidak tahu bagaimana untuk membeli emas, dan melakukan transaksi yang sah di sisi undang-undang Islam? Artikel daripada Pak Di, penulis buku tempatan yang cukup dikenali mengenai isu kewangan ini, akan menunjukkan cara yang betul, agar emas perak yang dibeli adalah patuh syariah.

Baca entri sepenuhnya di sini.


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (3)

Pendapat anda?