Himpunan Artikel Majalah Niaga – 16 Julai 2011

July 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Segala puji bagi Allah, yang sentiasa mempermudahkan urusan kami untuk menyiapkan satu lagi projek, yang diberi nama Komik Niaga. Pada 15hb Julai 2011, kami telah melancarkan ezine Komik Niaga untuk edisi yang kelima.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Dalam isu kali ini, kami membawakan Dato’ Chef Li khas sebagai ikon ezine Komik Niaga edisi kelima. Pengalaman kami bersama Dato Chef Li banyak mengajar kami erti keusahawanan, dalam perspektif Islam. Justeru itu, kami berbesar hati kerana dapat berkongsi dengan tuan dan puan semua.

Sebagai seorang usahawan, pengorbanan dan cabaran itu adalah perkara normal. Ia akan dilalui sebaik sahaja kita berkata, “Aku mahu menjadi usahawan!” Situasi ini juga dapat menguji kita sebelum merasa kenikmatannya. Benar kata orang bisnes berpengalaman, cuba dahulu baru tahu, rasa sendiri baru jadi.

Mudah-mudahan ilmu-ilmu keusahawanan yang dikongsikan dalam Majalah Niaga dan Komik Niaga ini, akan dapat terus membantu kita memecut untuk menjadi seorang usahawan, yang mempunyai harta dunia dan harta akhirat.

Isnin:

5 Permainan Indoor Pilihan Dalam Pejabat

Kajian menunjukkan permainan dapat mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kreativiti pekerja. Tetapi permainan jenis apkah yang sesuai? Artikel daripada pakar rekaan dalaman blog Majalah Niaga, Tuan Hazlam Anuar akan tunjukkan 5 jenis permainan dalaman yang boleh diletakkan dalam pejabat.

Baca entri sepenuhnya:

Selasa:

Bagaimana Mempengaruhi Prospek Menjadi Pembeli

Kita sudah lakukan pemasaran, kita sudah mencipta ruang promosi. Tetapi jualannya masih mendatar? Di mana salahnya? Dalam artikel Tuan Aqif Azizan kali ini, kita akan mempelajari teknik-teknik untuk mempengaruhi prospek, supaya mereka bertukar menjadi pembeli. Bukan santau, tetapi persuasif.

Baca entri sepenuhnya.

Rabu:

7 Rahsia Publisiti Oprah Winfrey

Dia pernah mengalami peristiwa hitam. Dia hampir pernah berputus asa dalam hidupnya. Tetapi Tuhan itu lebih berkuasa, beliau bangkit dan kini merupakan ikon pembangunan diri di seluruh dunia. Sebut sahaja The Oprah Winfrey Show, semua orang tahu, ia adalah program yang dikelolai oleh wanita hebat bernama Oprah.

Baca entri sepenuhnya.

Khamis:

3 Tip Efektif  Menjenamakan Bisnes Melalui Blog

Statistik Technorati menunjukkan, syarikat-syarikat korporat kini menggunakan blog bagi beberapa tujuan. Antaranya adalah penjenamaan bisnes. Tetapi bagaimana mereka melakukannya? Tuan Hasbul Aqill akan bongkarkan 3 tip dalam entri ini.

Baca entri sepenuhnya.

Jumaat:

Kepentingan Perkhidmatan Pelanggan di eBay

Dalam seminar Akademi Usahawan, anjuran Flarebiz Network, Tuan Adly Mukhtar pernah berpesan, sesebuah perniagaan itu dianggap terbaik di mata pelanggan kerana bantuan sokongan yang disediakan. Sama juga seperti bisnes ebay. Tetapi bagaimana untuk kita berikan sokongan pelanggan yang terbaik? Tuan Eruwan Gerry akan bongkarkan.

Baca entri sepenuhnya.

Sertai Seminar Fenomena Bisnes:

Masih mencari-cari alternatif untuk buat duit di internet? Pihak Majalah Niaga sebagai media rasmi menyarankan tuan dan puan, untuk menyertai satu lagi seminar yang dianjurkan oleh Flarebiz Network, yang diberi nama Fenomena Bisnes.

Dalam seminar ini, Tuan Adly Mukhtar dan Tuan Sidry dari syarikat Sinar Inspirasi akan membongkarkan kaedah untuk memulakan perniagaan, dengan kos yang rendah. Malah tanpa perlu simpan stok. Tetapi keuntungan yang diperoleh adalah luar jangkaan.

Seminar selama 3 jam ini akan diadakan percuma di sekitar kawasan Kuala Lumpur ketika ini. Yuran penyertaan adalah percuma.

Klik di sini untuk daftar ke seminar Fenomena Bisnes.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?