Himpunan Artikel Majalah Niaga – 6 Ogos 2011

August 05, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Kita diberi peluang sekali lagi untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia. Peluang ini boleh digunakan oleh seluruh umat Islam, untuk menambahkan lebih banyak saham pahala, untuk dibawa ke alam akhirat kelak.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Para pembaca yang budiman, sukacitanya kami ingin berterima kasih kepada kalian kerana terus menyokong perjuangan kami menerusi blog Majalah Niaga dan Komik Niaga. Ilmu-ilmu ini disampaikan bagi tujuan mendidik kita semua, apa yang berlaku disebalik dunia keusahawanan.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, mentor kami pernah berpesan, keberanian membuat sesuatu berlandaskan kepercayaan adalah kunci kejayaan. Biar pun hanya kita seorang sahaja yang percaya pada visi. Kerana diri kita yang akan merealisasikannya, bukan orang lain.

Tuan dan puan, kami kini dalam proses untuk menyelesaikan amanah yang telah kami rancang sebelum ini, iaitu menerbitkan sebuah ebook berbentuk ilmiah. Di mana ebook ini akan membantu kita bagi mencantikkan lagi nilai blog, menerusi peningkatan jumlah pelawat yang drastik.

Mudah-mudahan ia dapat dilancarkan seperti mana tarikh yang kami tetapkan, yakni pada 8 Ogos 2011, bersamaan dengan hari Isnin ini.

Justeru itu, mari kita muhasabah diri kita menerusi perkongsian ilmu-ilmu yang telah diterbitkan sepanjang minggu ini.

Isnin:

Bisnes & Nikmat Menahan Diri

Pejuang dan usahawan hebat ini sentiasa mempunyai sentuhan magiknya yang tersendiri. Cikpuan Azzah Abdul Rahman sekali lagi menyentuh hati para pembacanya, menerusi perkongsian mengenai nikmat ibadah puasa dalam diri umat Islam, dan kaitannya dengan dunia bisnes.

Baca entri sepenuhnya.

Selasa:

Ikut Cara Ini – Dapatkan 1,000 Pelawat Bulan Hadapan

Sebuah entri pra-promosi ebook kami, iaitu Siri Formula Blogging -Rahsia Trafik. Kami kongsikan pautan khas bagi kita semua mempelajari 3 rahsia, untuk memperoleh 1,000 pelawat ke blog secara percuma.

Baca entri sepenuhnya.

Rabu:

Pemasaran Online 2012 – Blogging dan Laman Sosial

Mari rehatkan diri dengan ilmu visual. Infografik yang dikongsikan ini memberikan kajian terperinci, dan solusi bagi menjawab persoalan setiap usahawan bagi menggunakan internet sebagai medium promosi yang baru. Kos rendah, tindakan efesien, hasilnya maksima.

Baca entri sepenuhnya.

Khamis:

Membina Komuniti – Cara Membina Kepercayaan Mutlak

Apa itu komuniti? Lebih penting, apakah kegunaan komuniti dalam dunia blog? Bagaimana untuk mewujudkan kepercayaan yang dapat mendorong kepada pembentukan komuniti yang teguh? Semuanya telah dibongkarkan oleh Tuan Hasbul Aqill.

Baca entri sepenuhnya.

Jumaat:

Laporan Perjalanan Majalah Niaga Sepanjang Julai 2011

Buat pertama kali dalam entri blog Majalah Niaga (sebelum ini di Facebook Pages), kami berkongsi perjalanan dan hasil kami membangunkan blog ini setiap bulan. Mudah-mudahan setiap strategi yang kami gunakan, dapat dimanfaatkan oleh para pembaca ini yang jauh lebih hebat.

Baca entri sepenuhnya.

Masih Belum Terlewat – 3 Rahsia 1,000 Trafik Percuma

Meskipun pelancaran ebook kami pada 8 Ogos 2011, ruangan masih lagi dibuka untuk tuan dan puan memperoleh 3 rahsia untuk menjana 1,000 trafik, bermula 30 hari dari sekarang. Ia akan ditutup sehingga kuota mencukupi 500 orang.

Sila layari laman web Siri Formula Blogging untuk maklumat lanjut.


Tags: , , , , , , , , ,

Pendapat anda?