Himpunan Artikel Mingguan – 18 Jun 2011

June 17, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Kami ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kepada-NYA, kerana atas berkat dan kerahmatan yang diberikan, kami di seluruh tim Flarebiz dan Majalah Niaga berjaya untuk menerbitkan ezine Majalah Niaga edisi ke 17.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Pertemuan kami bersama Dato’ Dr Rusly Abdullah, atau lebih mesra dipanggil Chef Li ini, merupakan satu pertemuan yang kami idamkan. Banyak perkongsian bermanfaat yang beliau sampaikan kepada kami, dengan harapan ilmu-ilmu ini dapat dikongsikan bersama para pembaca Majalah Niaga yang lain.

Semoga usaha kami untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan tercapai. Tuan dan puan yang dihormati, gunakanlah ilmu yang kami kongsikan dalam blog ini sebaik mungkin.

Mari kita teruskan dengan penyenaraian artikel yang telah diterbitkan pada minggu ini:

Isnin:

Permainan – Meningkatkan Produktiviti Syarikat

Tuan Hazlam Anuar, individu yang dikenali dengan kebolehan desain reka bentuk dalaman, berkongsikan kepada kita mengenai tip produktiviti syarikat. Dalam artikel ini, beliau akan kupas mengenai isu permainan. Bagaimana ia dapat membantu syarikat kita, untuk memotivasikan para pekerja untuk bekerja dengan lebih kuat.

Dalam masa sama, mereka turut seronok bekerja dalam syarikat kita.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Selasa:

3 Rahsia Mempengaruhi Pelanggan

Siapa tidak kenal penulis yang popular dengan tip jampi berpengaruh ini. Tuan Syahrul Nizam Junaini sekali lagi membongkarkan bagaimana untuk kita mempengaruhi pelanggan. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan, dan membawa kepada jualan yang kita inginkan.

Jika tuan dan puan mahukan pelanggan mengeluarkan wang mereka, untuk membeli produk kita tanpa ragu-ragu, maka artikel ini wajar dibaca pada hari ini.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Rabu:

Kisah Jutawan Senyap Dalam Majalah Niaga Edisi #17!

Tidak lain tidak bukan, pelancaran ezine Majalah Niaga edisi ke 17. Muat turun audio temubual eksklusif kami bersama Dato’ Chef Li, serta transkrip temubual yang bernilai lebih daripada RM97 ini. Jangan lupa juga untuk sertai pertandingan reviu eksklusif daripada Majalah Niaga.

Nilai hadiah ini adalah lebih daripada RM1,000 dan ditaja oleh syarikat penyedia hosting terkemuka Malaysia, iaitu Server Freak.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Jumaat:

3 Teknik Asas Pembungkusan Produk Fizikal

Tidak tahu kaedah yang betul untuk membungkus produk kita, dan menghantarnya kepada pelanggan? Maka baca entri perkongsian daripada Tuan Eruwan Gerry ini. Beliau adalah individu autoriti yang dirujuk dalam perniagaan eBay.

Kami pun teruja dengan artikel ini kerana penerangan beliau sudah cukup, untuk membuatkan kami rasa pembungkusan ini merupakan aspek penting dalam bisnes kita.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Entri Khas Untuk Bacaan Kita Minggu Ini:

10 Senarai Individu Terkaya Dunia Tahun 2011

Bill Gates sudah ditewaskan. Warren Buffet jatuh ke tangga kedua dalam senarai bilionair terkaya di dunia. Siapakah yang mendominasi carta pada tahun 2011? Mari kita sama-sama saksikan perkongsian daripada tim kami, mengenai senarai bilionair terkaya di dunia pada tahun 2011.

Baca entri sepenuhnya di sini.


Tags: , , , , ,

Pendapat anda?