Himpunan Artikel Mingguan – 2 Julai 2011

July 01, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Ketika ini pihak Majalah Niaga sedang merangka lebih banyak aktiviti, khas untuk para pembaca yang budiman. Ini bagi membalas jasa tuan dan puan, kerana masih terus menyokong kami untuk menjadi platfom blog pertama di Malaysia, yang membincangkan mengenai isu-isu dunia keusahawanan.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Antara perancangan kami yang sudah dimulakan adalah menyediakan servis SEO (Search Engine Optimization), bagi membantu lebih banyak usahawan internet tempatan mendominasi laman web mereka di enjin carian.

Semoga perancangan ini akan dipermudahkan oleh-NYA. Justeru itu, kami menjemput tuan dan puan untuk menikmati artikel-artikel, yang telah kami terbitkan sepanjang minggu lepas.

Isnin:

Berjudilah, Pasti Kita Miskin

Pakar kewangan Islamik tempatan, Pak Di sekali lagi berkongsi artikel yang mudah difahami, tetapi ilmu yang terperinci. Dalam artikel terkini beliau, Pak Di menjelaskan konsep-konsep perjudian yang kebanyakan kita tidak sedar telah melakukannya? Ingin tahu maklumat lanjut?

Baca entri sepenuhnya di sini.

Selasa:

KL Gangster dan RM11 Juta – Formula Kejayaan Syamsul Yusof

Siapa tidak kenal Syamsul Yusof? Anak pengarah filem terkenal Yusof Haslam ini sekali lagi membuktikan rakyat Malaysia mampu untuk mencapai kegemilangan, dalam industri filem tempatan, selepas berjaya mengumpul kutipan untuk filem terbarunya, iaitu KL Gangster sebanyak RM11 juta.

Mahu tahu rahsianya?

Baca entri sepenuhnya di sini.

Rabu:

Kepentingan Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Perniagaan

Penulis baru Majalah Niaga, Tuan Azizi Zulfkefli merupakan pakar dalam hal-hal cap dagang dan juga berpengalaman luas dalam bisnes. Dalam artikel kali ini, beliau akan menghuraikan secara spesifik, mengapa syarikat-syarikat kecil perlu mempunyai kreativiti dalam perniagaan yang mereka jalankan.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Khamis:

7 Cara Efektif Membina Senarai Emel Melalui Blog (Part 2)

Hasbul Aqill, seorang usahawan muda sekali lagi menghimpunkan ilmu-ilmu mengenai pemasaran internet, menerusi kesinambungan artikel beliau sebelum ini. Kali ini, Hasbul Aqill akan membongkarkan lebih banyak teknik pemasaran emel, yang dahulunya dianggap ‘rahsia’.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Jumaat:

Trump Tower – Elemen Penjenamaan (Part 1)

Bulan ini kami begitu teruja untuk berkongsi lebih banyak artikel daripada Tuan Nazri Kadir, yang sentiasa menghuraikan ilmu-ilmu menerusi kajian terperinci, yang diambil daripada Donald Trump. Seperti biasa, ia akan melibatkan rahsia-rahsia untuk membina jenama bisnes yang kukuh.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Entri Khas Untuk Bacaan Kita Minggu Ini:

Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?

Tahukah kita, Air Asia memperoleh keuntungan tambahan RM200 juta dengan menggunakan satu konsep yang simpel? Ia boleh diaplikasikan dalam bisnes kita pada bila-bila masa. Mari kita sama-sama pelajari teknik kreatif dan inovatif Tony Fernandes ini.

Baca entri sepenuhnya di sini.


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Pendapat anda?