Alhamdulillah, Tim Majalah Niaga sebulat suara membuat keputusan untuk menghentikan penyiaran artikel pada Sabtu. Keputusan ini dibuat untuk menghantar pemberitahuan senarai artikel mingguan menerusi emel pada setiap seminggu.

Maka, penerbitan entri himpunan artikel mingguan akan dimansuhkan manakala entri infografik pula diteruskan seperti biasa. Mudah-mudahan, keputusan ini dipermudahkan dan buat masa ini, kami sedang melalukan percubaan pada blog broadcast di Aweber.
Dalam masa yang sama, mari kita luangkan masa untuk membaca artikel-artikel yang disiarkan sepanjang minggu ini.
Isnin :
Bilangan penjual di laman portal di eBay meningkat mendadak tahun demi tahun. Secara tidak langsung, para penjual akan bersaing sama sendiri terutama jika barangan lelongan juga turut dijual oleh pesaing. Maka, bagi memenangi hati pembeli, penjual ini boleh menawarkan bonus bagi menampakkan kelebihan berbanding penjual-penjual lain. Tuan Eruwan Gerry, pakar lelongan online berkongsi strategi ini melalui entri yang bertajuk ‘Strategi Bonus di eBay’.
Selasa :
Produk Informasi – Bagaimana Melakukan Transformasi ‘Next Level’?
Model bisnes dengan penghasilan produk informasi merupakan pilihan utama bagi individu yang memulakan perniagaan internet. Namun, rata rata hingga ke hari ini, masih ramai usahawan internet menjalankan perniagaan online berdasarkan penjualan produk informasi secara berseorangan. Mampukan mereka ini mengekalkan dan meningkatkan tahap penjualan produk informasi ini pada 10 tahun akan datang? Tuan Aqif Azizan mempunyai perspektifnya tersendiri pada entri ini.
Rabu :
Infografik – Bedah Siasat Kad Bisnes
Seringkali kad bisnes dikaitkan dengan usahawan. Malahan tidak keterlaluan jika kami katakana kad bisnes dijadikan alat perhubungan antara usahawan ketika dan selepas pertemuan bersama mereka. Ini kerana mereka akan menghubungi kita semula selepas pertemuan dengan merujuk kepada maklumat seperti no. telefon, alamat emel serta laman profil Facebook. Infografik ini menerangkan sepenuhnya peranan dan idea desain kad bisnes supaya kita dapat memanfaat sepenuhnya kegunaannya.
Khamis :
Tutorial Menambahkan Trafik Blog Menerusi Blog Commenting
Umumnya, teknik blog commenting merupakan teknik yang mendatangkan trafik kepada blog kita. Namun, jika teknik ini diguna pakai dengan cara yang lebih bijak, ia juga boleh membantu kita untuk membina hubungan rapat bersama pemilik blog tersebut. Tuan Hasbul Aqill berkongsi 5 langkah menjana trafik melalui teknik blog commenting.
Jumaat :
Rahsia Menjadi Agen Dropship Bestseller
Dalam perniagaan di eBay, kita diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada ingin memulakan perniagaan di eBay dengan modal yang besar . Yakni membeli stok produk, membuat proses pembungkusan dan penghantaran. Atau memilih untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil melalui konsep dropship. Kami telah mendedahkan 5 rahsia yang digunakan Tuan Najib Assadok, untuk menjana pendapatan sehingga mencecah 4 angka melalui peluang dropship eBay.
Entri Khas Untuk Tuan Puan Sekalian :
Clickbank merupakan laman yang memberi peluang kepada pengguna internet, untuk menjual produk informasi. Dalam pada itu juga, laman Clickbank juga membuka peluang kepada pengguna internet untuk menjana pendapatan sampingan, dengan mempromosi produk informasi tersebut. Yakni dikenali sebagai affiliate. Dalam artikel reviu ini, kami telah membuat bedah siasat ke atas produk Teknik Clickbank, yang telah dilancarkan oleh tuan Azian Bin Usman.
Jika tuan puan ingin mengetahui adakah pelaburan untuk memiliki produk yang berharga RM50 berbaloi atau tidak. Maka, artikel reviu ini akan membantu tuan puan sekalian. Semoga bermanfaat.