Himpunan Artikel Mingguan – 9 Julai 2011

July 08, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Bagi seorang usahawan, kita dilatih untuk mempunyai gaya fikir kreatif dan inovatif. Setiap situasi yang berlaku di sekeliling, kita akan nampak peluang keemasan untuk melakukan sesuatu.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Ketika ini kita dikejutkan dengan perhimpunan bagi menuntut keadilan dalam sistem undian dan pemerintahan. Sebagai seorang usahawan, apakah peluang yang boleh kita ambil di sini?

Jual air ketika perhimpunan? Menjual baju khas untuk dipakai ketika perhimpunan berlangsung? Ini membuktikan setiap situasi yang berlaku mempunyai kelebihannya tersendiri, untuk setiap usahawan. Persoalannya, bagaimana untuk kita mempunyai gaya fikir seperti ini?

Jawapannya, ilmu. Oleh sebab itu kami menjemput tuan dan puan untuk mendapatkan pelbagai jenis ilmu keusahawanan dalam blog Majalah Niaga ini. Mudah-mudahan ia dapat melatih gaya fikir kita menjadi seorang usahawan kreatif dan inovatif.

Isnin:

8 Resepi Rahsia Kejayaan Secret Recipe

Tuan Mazlan Mohamad, yang terkenal dengan artikel Jose Mourinho di Majalah Niaga sekali lagi mencetuskan kontroversi. Dalam artikel kali ini, beliau akan membongkarkan 8 secret recipe kejayaan syarikat milik Steven Sim ini. Minat chocolate indulgens? Maka kita wajib baca artikel ini.

Baca entri sepenuhnya.

Selasa:

4 Petua Efektif Menjenamakan Bisnes Secara Online (Bahagian 2)

Jenama mewujudkan kepercayaan. Dalam dunia bisnes hari ini, kita perlu memperkukuhkan jenama jika mahu kekal dalam industri. Persoalannya, bagaimana untuk membina jenama tanpa kos? Artikel Tuan Aqif Azizan ini akan membongkarkan cara yang betul.

Baca entri sepenuhnya.

Rabu:

Trump Tower – Elemen Penjenamaan (Part II)

Sekali lagi, Tuan Nazri ‘Trump’ Kadir membuka mata kita dengan elemen-elemen penjenamaan yang dilakukan oleh Trump. Entri ini sesuai untuk tatapan para usahawan. Kerana penulis membongkarkan secara terperinci, mengenai elemen-elemen penjenamaan yang dilakukan terhadap Trump Tower.

 

Baca entri sepenuhnya.

Khamis:

3 Tip Kejayaan Pemasaran Emel Frank Kern

Ingin menjana pendapatan RM300,000 dalam masa 10 minit? Tuan Hasbul Aqill akan membongkarkan 3 rahsia kejayaan, berdasarkan kajian beliau terhadap usahawan internet terkemuka di dunia, iaitu Frank Kern. Ini adalah entri wajib dibaca oleh usahawan internet.

Baca entri sepenuhnya.

Jumaat:

Bisnes & Nikmat Memilih

Cikpuan Azzah, penulis dan pemilik bisnes yang sentiasa memberikan komitmen terbaik untuk berkongsi ilmu di blog ini, mempersembahkan satu lagi ilmu baru kepada kita. Kali ini, beliau menceritakan apakah nikmat yang diperoleh oleh para usahawan, jika kita sedar akan kelebihan untuk memilih.

Baca entri sepenuhnya.

Entri Khas Minggu Ini:

Cerita Novelis Ain Maisarah Dalam Majalah Niaga Edisi #16!

Ingin menjana pendapatan yang lumayan, dengan hanya menulis dan menggunakan komputer di rumah? Muat turun ezine Majalah Niaga edisi 16 untuk mengetahui bagaimana novelis terkenal tempatan, Puan Ain Maisarah menjadi seorang penulis jutawan. Ini merupakan temuramah eksklusif yang akan memberikan inspirasi, untuk kita menjadi seorang penulis jutawan.

Baca entri sepenuhnya.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?