Himpunan Minda Jutawan – Majlis Berbuka Puasa PUIM & Wangcyber

July 23, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Majoriti para jutawan lahir daripada jutawan sendiri. Prosesnya bermula dari berkenalan dengan seorang jutawan. Dari situ, minda sebagai seorang jutawan akan diterapkan secara berperingkat dalam diri.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia

Maka munculnya idea untuk mengubah dunia, wujudnya inspirasi dan motivasi untuk memilih perniagaan sebagai satu kerjaya. Kemudian transformasi 360 darjah berlaku dalam diri individu itu menjadi seorang jutawan.

Dalam konteks ini, kita maksudkan jutawan Internet.

Dalam program kerjasama pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan Wangcyber, mereka mengambil inisiatif untuk memajukan ekonomi umat menerusi,

Majlis Eksklusif Berbuka Puasa (MEBP)

Fokus utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat bakal usahawan dan para usahawan berpengalaman pada bulan Ramadhan yang mulia.

Majlis Berbuka Dengan Usahawan Internet

Program ini akan mengumpulkan usahawan yang mempunyai minda jutawan Internet untuk berada dalam satu bumbung khas. Malah Persatuan Usahawan Internet Malaysia juga meletakkan fokus untuk mewujudkan satu ruangan komuniti yang kukuh.

Supaya perjalanan meningkatkan ekonomi berlaku secara konsisten dan sentiasa berada pada peringkat yang terbaik.

Apa Peluang Keemasan Untuk Hadirin?

Sebagai media rasmi, kami peroleh beberapa maklumat penting untuk disampaikan bagi para pembaca yang berminat untuk hadir. Berikut adalah pengisian program yang diterapkan sepanjang berlangsungnya program:

#1 – Belajar Dengan Pakar Percuma

Individu yang berpengalaman dan pakar dalam bidang perniagaan masing-masing akan turut hadir ke program berbuka puasa ini. Secara tidak langsung membuka peluang kepada kita untuk berjumpa dan menuntut ilmu secara berhadapan.

Lebih menarik, bertemu dengan mereka tidak memerlukan kita untuk membayar wang satu sen. Hanya komitmen dan kemahuan kita yang menentukan.

#2 – Berkenalan Dengan Duit-duit

Pesan mentor,

“Manusia di sekeliling kita adalah pemberi duit. Jika kita tahu bagaimana untuk menjemput duit itu daripada mereka.”

Setiap kali berjumpa para hadirin yang berada dalam majlis ini, ia meningkatkan peluang untuk kita menjemput lebih banyak duit. Potensinya cukup luas. Kita tidak akan tahu berapa ribu yang boleh kita bawa di sini.

Siap sedia dengan kad bisnes dan berlatih cara memperkenalkan diri gaya pakar. Pikat para hadirin lain dengan kehadiran kita di Majlis Eksklusif Berbuka Puasa (MEBP) pada 4 Ogos 2012 ini.

#3 – Kenyang Dengan 200 Burger Bakar

Percuma.

Burger Bakar - Burgernizer

Sebagai tanda penghargaan mereka memberikan burger bakar percuma (terhad untuk 200 orang terawal yang mendaftar dalam program), tugas kita adalah tangkap gambar mereka dan muat naik gambar itu di ruangan Facebook milik peribadi.

Tugas yang mudah untuk kenyang sepanjang malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengisian program ini, sila klik di sini.

Berapa Pelaburan Kekayaan Saya?

Tiket pelaburan kekayaan kita untuk bertemu dengan para hadirin yang lain adalah serendah RM90. Untuk lebih spesifik, kita hanya perlu melaburkan wang sebanyak RM30 sahaja.

Majlis Berbuka Puasa PUIM

Sertai program ini pada 4hb Ogos 2012, maka kita berpeluang untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik. Kerana terdapat banyak ruang untuk kita menambah ilmu dalam Majlis Eksklusif Berbuka Puasa anjuran pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia & Wangcyber.

Klik pada pautan di bawah untuk melakukan pendaftaran. Ia terhad untuk 200 orang terawal sahaja.

Daftar Majlis Berbuka Puasa PUIM (Klik Di Sini)

Siapa lambat, rugi. Siapa cepat, dia dapat manfaat.


Tags: , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?