Infografik – Bagaimana Pemasaran Online Dapat Membangunkan Bisnes Offline

September 27, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Pernah tidak anda terfikir bagaimana pemasaran online dapat membangunkan bisnes offline? Persoalan seperti ini pasti terlintas memandangkan banyak syarikat offline sudah menggunakan medium online sebagai pilihan mereka. Sebagai contoh terdekat, adalah syarikat gergasi penerbangan tambang murah, iaitu Air Asia.

air asia

Dengan menggunakan medium online, mereka dapat berhubung dengan pelanggan mereka melalui laman sosial Facebook, Twitter, laman web semakan dan pengiklanan bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.

Contoh lain juga syarikat perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia, Celcom. Melalui laman rasmi mereka, iaitu www.Celcom.com.my . Mereka dapat memberi perkhidmatan pelanggan, memberi kemudahan pelanggan untuk menyemak bil, baki penggunaan kredit , serta mengadakan tawaran terkini.

Oleh itu, kami bawakan infografik yang telah dihasilkan KISSMetrics. Dalam infografik ini, KISSMetrics telah mengeluarkan statistik-statistik kajian kes disebalik penggunaan medium online oleh syarikat offline di serata dunia. Untuk maklumat penuh, tuan puan disarankan merujuk infografik di bawah :

How Online Marketing Drives Offline Success

Klik disini untuk imej yang lebih jelas.

Persoalan Menarik Untuk Dibincangkan

Sekiranya anda memiliki bisnes offline, sejauh manakah keberkesanan pemasaran online membantu memperkembangkan bisnes offline anda?

Apakah medium yang anda gunakan bagi menghubungkan anda dengan pelanggan , selain daripada laman sosial Facebook , Twitter?


Komen (1)

Pendapat anda?