Impak Keseronokan Pada Produktiviti & Hasil Kerja (Infografik)

October 09, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Secara purata individu menghabiskan lebih banyak masa bekerja berbanding melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati hanya 2 daripada 3 orang pekerja di Amerika Syarikat dan Kanada tidak gembira ketika berada di tempat kerja. Fakta ini diperkukuhkan lagi dengan kajian daripada penulis Shawn Achor mendapati pekerja yang gembira meningkatkan peratus jualan sebanyak 31%, produktiviti meningkat sebanyak 37% dan kualiti hasil kerja bertambah baik sebanyak 19%.

Benarkah dengan bekerja keras kita akan berjaya dan gembira atau perasaan gembira menjadikan individu lebih berjaya?

Infografik berikut menerangkan dengan lebih jelas faktor situasi ini berlaku dan tip menjadi individu yang  bekerjaya dan gembira dengan tanggungjawabnya.

 happiness--career-success-infographic_52480ce5b8b1f

Kredit gambar (aaronteng)


Komen (6)

  1. Nampaknya kita kena berusaha untuk bahagia dulu sebelum mengejar apa-apa kejayaan lain. Tak ada cara lebih mudah selain dari bahagia dengan apa yang dah ada terlebih dulu. Ertinya menerima hakikat keadaan semasa tanpa menghukum baik atau tidak.

  2. Sebenarnya, sy jadi tertarik nak buat part terakhir tu. Huhu. Kena kumpulkan ni bahan2 yang membuatkan aku happy setiap hari. And love the new theory. Instead of go linear dia jd spiral now. It’s true I think. Bila kita makin happy, makin nak buat kerja. Main buat kerja makin happy bila nampak hasil & kejayaannya. Dan makin berusaha lagi gigih lah. Tak terasa kesukarannya sbb tgh happy. Hee..

  3. Keseronokan dalam bekerja adalah perkara yang penting. Ia membuatkan kita lebih semangat dan produktiviti meningkat. Walau bagaimanapun, ada waktunya kita perlu buat sesuatu yang kita tidak suka.

    Untuk berjaya kita perlu buat apa yang kita suka, dan belajar untuk sukai apa yang kita tidak suka. 🙂

Pendapat anda?