Infografik – Meledakkan Jualan Produk Dengan Seni Penceritaan

November 25, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Manusia akan terpengaruh apabila kita berjaya mengawal emosi mereka. Dalam dunia perniagaan, mempengaruhi prospek untuk mencintai dan menanam sikap setia terhadap produk kita berkait rapat dengan strategi penjenamaan.

Tip Penjenamaan Perniagaan

Jenama adalah identiti dan mesej kita. Jenama-jenama syarikat besar sanggup melaburkan wang sehingga berjuta-juta ringgit, melakukan kajian dari pelbagai aspek agar mereka dapat mengeluarkan satu mesej yang dapat mencerminkan keupayaan syarikat mereka.

Salah satu daripada cara untuk mereka mempengaruhi kita adalah menguasai seni penceritaan (story telling).

Seni penceritaan adalah situasi di mana syarikat merangka sebuah jalan cerita yang tulen, bersifat kreatif dan memasukkan elemen penting, iaitu emosi bagi membina personaliti yang kukuh terhadap jenama syarikat itu di mata prospek.

Dengan kata lain, prospek akan jatuh cinta dengan syarikat kita.

Meskipun seni penceritaan ini penting, tetapi hanya segelintir jenama sahaja yang berjaya memahat cerita mereka di dalam akal manusia di muka bumi ini.

Rahsia Seni Penceritaan Dalam Jualan

Persoalannya, bagaimana mereka melakukannya?

Semua itu dikongsikan dalam infografik di bawah. Mudah-mudahan kita dapat memahami sedikit sebanyak rahsia, dalam seni penceritaan yang berpengaruh.

Infografik - Penjenamaan dan Seni Penceritaan yang Berpengaruh

Kredit: Fathom Business Events


Tags: , , , , ,

Komen (4)

Pendapat anda?