Inspirasi Bisnes : Pejabat Idaman Setiap Usahawan

June 28, 2013 — Penulis:

Kategori: Dekorasi / Pejabat

Menyediakan sebuah pejabat yang selesa untuk diri sendiri serta para pekerja merupakan antara tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seorang usahawan yang berjiwa besar.

Para pekerja adalah aset penting dalam sesebuah syarikat. Jadi jika kita menyediakan tempat bekerja yang selesa dan menyeronokkan untuk mereka bekerja, secara tidak langsung ia menyumbang kepada peningkatan kepada produktiviti syarikat.

Bayangkanlah jika anda bekerja di sebuah syarikat yang sangat sempit dan berasak-asak serta mempunyai persekitaran yang agak membosankan sudah tentu anda berasa malas untuk bekerja.

Berlainan pula jika anda bekerja di sebuah syarikat yang sangat selesa, sejuk mata memandang serta mempunyai persekitaran yang menyeronokkan, sudah tentu anda tidak berasa penat walaupun seharian anda bekerja di situ.

Ini menunjukkan bahawa keselesaan, suasana serta persekitaran merupakan antara faktor penting yang mampu membuatkan para pekerja bekerja dengan lebih gembira. Apabila mereka berasa gembira dan bahagia, mereka akan berkerja dengan lebih gigih.

Banyak syarikat besar dan kecil pada hari ini semakin mengambil berat berkenaan dengan persekitaran kerja. Jika suatu masa dahulu pejabat hanyalah sekadar untuk bekerja semata dengan meja dan kerusi, kini ia sudah berubah menjadi tempat untuk bekerja dengan lebih gembira.

Antara suasana persekitaran kerja yang selesa dan kasual dengan suasana persekitaran yang selesa lagi menghiburkan, yang mana satukan pilihan anda?

Berikut antara 5 suasana tempat kerja atau syarikat yang sangat terkenal pada hari ini untuk dijadikan inspirasi dalam menyediakan suasana tempat kerja yang lebih selesa dan menyeronokkan.

#1 – Google

google1

google2

google3

#2 – Facebook

facebook1

facebook2

facebook3

#3 – Youtube

youtube1

youtube2

youtube3

#4 – LivingSocial

living1

living2

living3

#5 – MindValley

mindvalley1

mindvalley2

mindvalley3

 

 

(Sumber gambar: OS, Mindvalleykbeallkc)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (8)

  1. Saya suka dengan konsep yang dibawakan oleh MindValley. Mereka bekerja dalam keadaan santai dan tidak nampak begitu stress.

    Saya pilih persekitaran yang kasual & menghiburkan!

  2. Memang cantik pejabat syarikat-syarikat gergasi seperti Facebook, Youtube dan lain-lain. Sudah tentu kosnya besar tetapi staf atau kakitangan mesti seronok datang ofis. Hihi.

  3. Company luar pandai attract staff mereka untuk seronok bekerja dengan facilities macam nih walaupun keadaan kerja agak stress. Sekurang2nya dapat release stress dengan opis yang santai nih.

  4. MindValley is a company founded by a Malaysian -Vishen Lakhiani. Based in USA but have operation office somewhere near Langkawi if not mistaken. No wonder on its relax concept as it business is focus on a soul/mind/spiritual development.

Pendapat anda?