Isu Hangat: Copywriting Itu Adalah Copyright?

May 20, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Penjenamaan

Tidak kira walau di mana kita berada, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai IKLAN.

Apabila kita bangun tidur, sama ada kita akan membuka radio mahupun televisyen, kita akan dihidangkan dengan iklan. Pendek kata, daripada celik mata di awal pagi sehingga kita menutup mata untuk tidur, semuanya iklan!

Ketika kita keluar memandu untuk pergi kerja, kita akan melihat pelbagai iklan besar dan kecil di sepanjang lebuhraya mahupun jalan yang kita lalui. Walaupun ada ketikanya kita tidak melihat iklan-iklan tersebut ketika memandu, jika anda buka radio maka akan ada banyak iklan yang akan didengari.

Jika kita buka internet atau mungkin melayari facebook, kita akan turut mendapati bahawa terdapat banyak promosi iklan di dalamnya!

advertising

Iklan mempunyai kuasa yang sangat kuat dalam menanam jenama di pemikiran pengguna serta mempunyai kuasa untuk menarik limpahan pelanggan kepada perniagaan.

Penggunaan iklan yang betul, tepat disasarkan kepada prospek yang betul serta medium iklan yang betul akan menjadikan sesuatu perniagaan berkembang maju dengan bertambahnya jumlah pelanggan.

Jadi anda boleh bayangkan sendiri betapa banyaknya iklan dihidangkan kepada kita dalam masa hanya 24 jam..

Tahukah anda bahawa iklan adalah satu perkara yang kecil yang berada di bawah payung ‘COPYWRITING’ yang besar. Ya iklan merupakan salah satu produk dibawah copywriting.

Tetapi apakah copywriting itu sebenar-benarnya?

 

Kebenaran Disebalik Copywriting

Sepanjang saya menjalankan seminar copywriting sejak beberapa tahun ini masih ramai lagi yang tidak tahu mahupun yang tidak pernah mendengar perkataan copywriting.

 copyright

Jika pernah pun mereka hanya mendengar perkataan..

Copyright (hak cipta)

Sebenarnya Copywriting tidak sama dengan Copyright. Dua perkara ini sememangnya tidak sama maknanya dan perbezaan kedua-duanya seumpama langit dengan bumi.

Copywriting adalah gabungan perkatan Inggeris COPY dan WRITING dimana COPY bermaksud apa sahaja penghasilan hasil samada yang dicetak ataupun dalam bentuk digital yang bertujuan untuk memasar atau menjual sesuatu manakala WRITING bermaksud apa sahaja penulisan yang ditulis ke atas COPY tersebut.

Jadi bolehlah kita katakan bahawa Copywriting adalah apa sahaja penulisan ke atas apa sahaja hasil cetakan fizikal mahupun digital yang bertujuan untuk memasar atau menjual sesuatau produk mahupun perkhidmatan.

Antara beberapa contoh hasil copywriting adalah seperti :

  • Surat jualan
  • Iklan
  • Flyer
  • Brosur
  • Banner & Bunting
  • Billboard
  • Advertorial
  • Artikel
  • Dan sebagainya

 

Dalam dunia internet juga penggunaan Copywriting banyak terdapat pada :

  • Laman Web Jualan atau Laman Web
  • E-mel jualan
  • Pengiklanan (Google Ads, facebook ads, Mudah.my, Blog, Forum )
  • Sosial media
  • Ebay
  • Banner
  • Dan sebagainya

Malah penggunaan iklan dan penyampaian mesej jualan seperti di televisyen mahupun di radio juga merupakan hasil ‘copywriting’.

Jadi ternyata Copywriting dan Copyright adalah berBEZA sama sekali. Jika kita bijak menggunakan hasil-hasil copywriting maka kita bakal memiliki segerombolan tentera-tentera pemasaran yang bukan sahaja mampu menghasilkan jualan malah yang paling penting mengembangkan perniagaan kita untuk pergi lebih jauh lagi.

Kredit foto: phil


Tags: , , , , ,

Komen (12)

  1. zuraini zainal
    October 1, 2013

    Assalam saudara. Terimakasih untuk info. Maaf saya nak bertanya. Siapakah target market untuk copywriter dan bagaimana nak market diri kita? Harap tak keberatan berkongsi. Terimakasih

    1. Zuraini Zainal,

      Untuk menjawabnya kita perlu tanya diri kita sendiri…

      Apakah jenis hasil copywriting yang kita buat ?
      Siapa yang memerlukan hasil copywriting ini ?

      Untuk soalan : Bagaimana nak marketkan diri kita ?

      Kena belajar ilmu marketing.

      Sebagai seorang copywriter wajib tahu marketing kerana copywriting ini adalah sebahagian dari marketing.

Pendapat anda?