Jana Trafik Melalui 3 Laman Social Bookmark

August 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Antara cara yang paling mudah untuk menjana trafik ke blog adalah dengan berkongsi pautan artikel di laman-laman social bookmark. Cara ini memang mudah kerana dalam tempoh masa kurang 30 saat, anda mampu menjana trafik, dengan berkongsi pautan artikel.

social bookmark

Untuk makluman anda, teknik ini merupakan teknik yang masih lagi relevan untuk menarik trafik ke blog, walaupun sekarang ini trend laman sosial seperti Facebook, Google Plus dan Twitter muncul. Boleh dikatakan bermula tahun 2000, laman social bookmark seperti Technorati, Digg, Reddit, Delicious muncul dan mula menjadi kegemaran para blogger sebagai medium untuk menjana traffik.

Terdapat bepuluh-puluh ribu laman social bookmark yang dibina sebagai medium untuk para blogger seluruh dunia berkongsi maklumat,  dan ada sesetengah daripadanya sudah tidak relevan disebabkan terlalu banyak persaingan. Setiap laman social bookmark yang dibina mempunyai ciri-ciri yang berbeza, termasuklah kadar trafik.

Disini saya kongsikan 3 laman social bookmark yang mampu membantu anda, untuk menjana trafik dengan cepat dan cukup mudah, tanpa memerlukan sebarang kerja yang memerlukan kemahiran tinggi .

#1 – Digg

digg social bookmark

Digg merupakan salah satu laman social bookmark yang mempunyai kadar trafik yang cukup banyak. Digg juga mempunyai kelebihan lain seperti mempunyai Pagerank tinggi iaitu 8. Selain dapat menarik trafik ke blog anda, ia juga mempunyai kelebihan dalam konteks optimasi enjin carian.

Maklumat mengenai Digg.com:

  • Alexa Rank: 145
  • Pagerank: 8
  • Inbound links:  267,000,000
  • Trafik bulanan mengikut data Quantcast: 23,900,000

#2 – Delicious

delicious

Laman social bookmark kepunyaan Yahoo ini juga tidak kurang hebatnya, jika berbanding dengan laman-laman lain. Selain dapat memberikan sumber trafik ke blog, laman social bookmark ini juga popular sebagai medium sesuai untuk para blogger mengkaji niche, topik yang sesuai untuk dikongsikan di blog.

Menurut kajian dari SecretLair.com, lebih 50 peratus topic hangat di Delicious adalah berkenaan topik teknologi, 8 peratus berkenaan topik bisnes dan buat duit, serta 8 peratus berkenaan topik tutorial serta entri ‘how-to’.

Maklumat mengenai Delicious:

  • Alexa rank: 288
  • Pagerank: 8
  • Inbound links: 154,000,000
  • Trafik bulanan mengikut data dari Quantcast.com: 325,000

#3 – Stumble Upon

stumble upon

Stumble Upon merupakan laman social bookmark milik laman lelongan online tersebar dunia iaitu Ebay. Mengikut data yang diambil dari DailyBlogTips.com, Stumble Upon mempunyai lebih 15  juta pengguna yang berkongsi pautan artikel setiap hari.

Kelainan yang terdapat pada Stumble Upon adalah mereka mempunyai browser toolbar tersendiri. Sekiranya pengguna suka dengan entri blog kita, maka mereka akan klik ‘Thumbs up’ button, dan jika sebaliknya, mereka akan klik pada ‘Thumbs down’ button.

Maklumat mengenai Stumble Upon :

  • Alexa Rank: 106
  • Pagerank: 8
  • Inbound Link: 119,000,000
  • Trafik bulanan mengikut data dari Quantcast.com: 978,000

Sekiranya blog kita mendapat klik yang banyak pada ‘Thumbs up’ button, maka entri blog kita akan diberi saranan kepada pengguna-pengguna lain seterus meningkatkan traffik.

Sekiranya tuan puan serius ingin mempelajari cara menjana trafik dengan mudah dan terbukti berkesan. Maka saya mengesyorkan tuan puan untuk memiliki panduan ini.

Ia adalah panduan langkah demi langkah cara untuk menjana trafik sekurang-kurangnya 100 setiap hari , tanpa memerlukan sebarang kos.

Rahsia Traffik di Majalah Niaga

Semestinya, panduan ini dihasilkan berdasarkan kajian kes kami mengendalikan blog Majalah Niaga sepanjang 8 bulan, sejak Januari yang lepas. Untuk memilikinya dengan harga serendah RM30, bolehlah klik pada pautan di bawah :

Buat Pembayaran Siri Formula Blogging – Rahsia Traffik

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (grahamsblogmysitemyway.com)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (10)

        1. Salam, mengikut pengalaman saya, ada juga perhatian, cuma tidak sehebat artikel bahasa inggeris. Biasanya mereka akan guna google translate untuk baca posting kita. Ataupun gunakan plugin translator.

          Kalau rujuk artikel di hasbulaqill.com ada 2-3 komen dari mat saleh ucapkan terima kasih di atas perkongsian saya disana 🙂

  1. Salam..

    Tak lama lagi saya akan membuka sebuah kedai. Dalam pd sama konsep perniagaan saya perlu membina jaring juga iaitu dimana seseorang itu perlu menyertai jaringan dan akan membuka konsep kedai yg sama.. jd soalan saya disini boleh kan saya guna konsep yg seperti diatas utk meluaskan perniagaan saya?

Pendapat anda?