Jual Blog Bernilai RM150,000 – Mitos Atau Kebetulan?

October 20, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Chris adalah pemilik blog The Traffic Blogger.

darren rowse

Beliau juga merupakan pemberi kejutan dan penghapus mitos dalam dunia blogging. Kami agak terkejut dengan artikel yang disampaikan, menerusi ruangan guest blogging di blog Darren Rowse, yakni Problogger.net.

Menurut artikel yang ditulis, Chris mendakwa beliau telah berjaya menjual sebuah blog dengan harga RM150,000 (USD50,000). Apa yang lebih menarik, blog itu hanya menggunakan platfom blogspot.

Tidak cukup dengan itu. Lebih mengejutkan, individu yang membeli blog beliau dengan jumlah 5 angka itu adalah rakyat Malaysia sendiri.

Ini dijelaskan dalam ayat berikut yang diperoleh dari artikel beliau:

β€œGiven the time difference between the buyer and myself (I was on the US East coast; he was in Malaysia), Google docs provided us with a convenient method for storing information and communicating, and it worked out far better than hundreds of small emails would have”

Ayat di atas membawa maksud penerimaan dunia blog juga sedang berkembang dalam kalangan rakyat tempatan. Di mana ada sesetengah mereka dapat lihat potensi blog. Kemudian membuat segala perincian sebelum membeli blog itu.

Sekiranya situasi ini terjadi pada Chris, maka tidak mustahil juga ia boleh berlaku kepada kita.

Dalam masa sama, ia telah menghapuskan beberapa mitos dalam dunia jual beli blog iaitu…

Jualan 6 Angka Dengan Platfom Blogspot

Ketika kita menekankan betapa mudah dan pentingnya menggunakan platfom WordPress, Chris bertindak dengan berlawan arus.

Beliau menggunakan platfom blogspot sahaja untuk membangunkan dan menjual blog. Malah jumlah yang diperoleh itu seperti tidak masuk akal. Bayangkan, dengan menggunakan platfom percuma, tanpa perlu membayar sebarang kos, ROI (Return of Investment) Chris melebihi 100%.

wordpress vs blogger

Beliau hanya melaburkan masa untuk mengemaskini entri-entri blog. Menurut beliau, semua itu hanya mengambil masa sekitar 2 hingga 5 jam sehari.

Kes beliau membuktikan blogging mampu memberikan pendapatan lumayan sebanyak 4 hingga 5 angka, dengan hanya memerlukan gerak kerja sebanyak 14 jam seminggu, minimum.

Ilmu Itu Penting dan Lumayan

Selain daripada peluang untuk menjana pendapatan, kajian terhadap pemilik blog The Traffic Blogger yang berjaya menjual blognya sebanyak RM150,000 ini membuktikan betapa tingginya nilai penulisan dan ilmu.

Tanpa entri-entri yang diterbitkan, ia akan mengurangkan nilai sesebuah blog. Justeru itu, untuk menjual blog dengan nilai harga yang tinggi, di manakah fokus kita?

Fokusnya, adalah menghasilkan:

  • Entri blog yang berkualiti, yakni unik, mudah difahami dan memenuhi keperluan sasaran pembaca kita.
  • Entri blog yang konsisten.
  • Entri blog yang interaktif, iaitu tidak terlalu formal dan mengekalkan personaliti kita sebagai penulis.

Apabila kita berjaya memenuhi keperluan pembaca, ia akan mencerminkan nilai blog kita secara natural di mata pembeli. Itu yang berlaku pada blog Chris yang telah dijual. Namun ia tidak mustahil akan berlaku pada blog kita.

Bagaimana Menjadikan Blog Kita Bernilai Tinggi?

Selain daripada menghasilkan entri dan artikel yang berkualiti, terdapat beberapa aspek lain bagi meningkatkan nilai di mata pembeli. Ini bagi menonjolkan sejauh mana blog kita mampu memberikan pulangan kepada mereka.

Antara salah satu contoh adalah kewujudan sales funnel. Sales funnel ibarat saluran yang memberikan pendapatan kepada blog. Lebih banyak sales funnel, maka lebih tinggi kita boleh caj kepada pembeli.

flippa chris thetrafficblogger

Contohnya, kita mempunyai 4 slot pengiklanan di sidebar blog. Harga setiap satu slot adalah RM100 setiap bulan. Ini bermakna blog kita mampu memberikan pulangan RM400 setiap bulan.

Apabila membuat penilaian terhadap harga yang ditawarkan pembeli, lakukan pengiraan nilai blog untuk jangka masa satu tahun.

Sebagai contoh, sekiranya blog kita memberikan pulangan RM400 setiap bulan, maka pulangan dalam tempoh masa setahun adalah RM4,800 (RM400 x 12 bulan). Oleh itu, sekiranya pembeli menawarkan harga yang kurang daripada RM4,800, maka keputusan yang terbaik adalah menolak tawaran itu.

Antara sales funnel lain yang boleh ditambah dalam blog kita adalah:

  • Produk informasi (ebook / video / audio dan sebagainya).
  • Reviu artikel.
  • Paid membership site (Ruangan ahli berbayar).

Mula Menjana 10,000 Pelawat Dalam Masa 30 Hari Dari Sekarang

Teringin untuk membina aset menerusi aktiviti blogging dan menjual blog bernilai RM150,000 seperti Chris? Maka langkah pertama adalah memahami cara untuk meningkatkan pelawat sebanyak 333 orang setiap hari.

Kami akan tunjukkan caranya. Langkah demi langkah.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Muat Turun Kajian Kes Blog Majalah Niaga – 10,000 Pelawat Sebulan (Diskaun 50%)


Tags: , , , , , ,

Komen (7)

    1. Wah, sudah letak di Flippa? Sekiranya belum, lakukan sekarang. Boleh jual dengan harga yang lebih mahal sekiranya ada ‘source of income’. Jual dengan harga untung laman web selama 12 bulan.

      Berkongsi berdasarkan pengalaman. πŸ™‚

Pendapat anda?