Ketua bahagian ekonomi J.P Morgan’s Chief, Michael Feroli mendakwa iPhone 5 yang bakal dilancarkan pada bulan ini bakal mengubah keadaan ekonomi di Amerika Syarikat.
Berdasarkan kenyatannya, telefon pintar milik Apple itu bakal meledakkan jualan sebanyak 8 juta unit. Situasi ini diyakini oleh Michael Feroli selepas melihat perkembangan jualan yang pesat berlaku terhadap produk sebelum ini iaitu iPhone 4S.
Selain daripada Apple akan mengaut keuntungan yang dijangka mencecah USD12.8 bilion setahun selepas pelancaran produk terbarunya. Ia secara tidak langsung memberikan impak yang positif kepada perkembangan ekonomi di negara Amerika Syarikat.

Komen (1)