Jualan Runtuh Atau Bisnes Yang Runtuh?

Ramai yang beranggapan kalau jual murah baru lah laku. Baru lah ada sales. Betul ke? Kadang-kadang pemilik bisnes buntu nak naikkan sales bagaimana dan mengambil jalan mudah untuk membuat jualan runtuh sehingga bisnes pun boleh runtuh. Mari kita tinjau sejauh mana relevan harga murah dengan jualan terhadap bisnes.

Sumber informasi diinspirasikan dari FB Live Speaker Majalah Niaga, Hasbul Aqill.

  • Ambil Kira Pengiraan Kos Produk

  • Sebelum membuat keputusan untuk meletakkan harga murah atau mahal sila ambil kira kos seperti kos postage, kos overhed, kos pengangkutan, kos iklan dan kos-kos lain yang terlibat. Jangan terlalu asyik kejarkan orang membeli produk/servis anda sehingga tidak sedar anda sedang berniaga dalam kerugian. Minta dielakkan.

 

  • Murah Itu Subjektif

  • Tidak semua orang menganggap sesuatu harga itu murah atau mahal. Poket orang lain-lain. Ada orang anggap sepasang baju kurung RM150 itu mahal. Ada orang menganggap ia murah. Jadi jangan samakan tanggapan semua orang terhadap nilai sesuatu harga itu.

 

  • Tidak Semua Orang Membeli Kerana Murah

  • Ada orang yang membeli sesuatu produk atau servis itu kerana kualiti dan aspek lain yang menjadi faktor mereka membeli. Sesetengah pelanggan lebih mementingkan kualiti daripada harga barang. Ada yang sanggup laburkan duit sedikit asalkan mereka berpuas hati dengan kualiti produk atau servis.

  • Risiko Bila Meletakkan Harga Murah Sebagai Sebab Pelanggan Membeli.

  • Maka kita lebih tertumpu kepada pelanggan yang membeli kerana harga murah sahaja. Risikonya pelanggan akan terus mencari produk yang lebih murah daripada harga kita dan sentiasa perlu mencari pelangggan baru kerana pelanggan tidak setia.

 

  • Kena Tahu Kenapa Pelanggan Membeli (Why People Buy)

  • Kenalpasti siapa pelanggan kita dengan melakukan survey ke atas pelanggan sedia ada
  • Ketahui sebab mereka membeli produk/servis anda. Apa masalah yang mereka ingin selesaikan.
  • Nilai dan manfaat pada produk/servis. Bukan kerana murah semata-mata.
  • Ketahui tahap kepercayaan pelanggan yang setia dengan bisnes kita dengan melakukan survey kepada pelanggan yang membeli lebih 3 kali.

# Akhir kata dari penulis fikirlah dengan bijak adakah memang patut anda jual dengan harga murah semata-mata untuk menarik pelanggan walaupun tidak membawa kebaikan kepada perkembangan bisnes untuk jangka masa panjang atau anda hanya mahu keuntungan jangka masa pendek dan akhirnya tewas di pertengahan bisnes kerana masalah kewangan? Renung-renungkan dan selamat berbisnes.


Tags: , , , , , , ,

Pendapat anda?