Ia adalah sebuah kacamata yang mempunyai ciri-ciri futuristik seperti menukarkan pandangan sekeliling kepada imej digital, bagi tujuan melayari Internet, laman social media dan pelbagai lagi.

Gajet yang diberi nama Project Glass ini dijangka akan diperkenalkan kepada masyarakat di Amerika Syarikat dalam Minggu Fesyen New York, bermula 5 September hingga 13 September 2012.
Berdasarkan arus teknologi terkini, kaca mata Google ini dilihat sebagai teknologi yang mengubah persepsi dan tingkah laku manusia, untuk berkomunikasi dalam dunia digital.
Ia membenarkan penggunanya untuk melayari Internet dan juga memberikan maklumat untuk menunjukkan lokasi yang kita mahukan.