ISI KANDUNGAN
Dalam artikel yang terdahulu, Mark Zuckerberg menjelaskan yang semasa dia membangunkan Facebook, banyak syarikat besar mahu membeli startupnya itu. Semua orang di sekelilingnya menasihatkan beliau utnuk menjualnya akan tetapi beliau enggan.
Mark memutuskan untuk terus mengusahakannya sendiri. Beliau rasa yang Facebook ada masa depan yang lebih jauh dan cerah, tetapi pada waktu yang sama dia meragui visinya sendiri. Itu adalah momen yang paling sukar dalam hidup Mark semasa menerajui Facebook.
Dia percaya yang mereka boleh pergi jauh tetapi itu hanyalah kepercayaannya sendiri sedangkan orang lain tidak mempercayainya.
Mark meragui dirinya sendiri kerana tiada orang sependapat dengannya. Dia hanyalah berusia 22 tahun ketika itu.
Rasa was-was atau meragui diri sendiri bukanlah hanya berlaku kepada usahawan yang baru bermula tetapi menurut kajian semua usahawan akan mengalaminya pada satu-satu masa yang tertentu dan ini adalah saat kritikal bukan hanya bagi individu akan tetapi kritikal untuk sesuatu perniagaan juga.
Berikut adalah bagaimana dia melalui waktu yang sukar semasa meragui kepercayaan dan keupayaannya sendiri.
#1- Keyakinan Perlukan Masa Untuk Dibina.
Keyakinan selalunya datang dengan kejayaan. Akan tetapi untuk berjaya, anda harus gagal terlebih dahulu. Bersabarlah dan apabila anda menghadapi masalah, jangan pernah menganggapnya sebagai pengakhiran dunia tetapi itu adalah perhentian yang harus kita singgahi sebelum meneruskan lagi perjalanan kearah kejayaan.
Dalam sesebuah syarikat atau perniagaan, kita akan sentiasa didatangkan dengan cabaran. Ada masalah kita yang kecil, ada yang besar sehingga boleh menggugat kestabilan bisnes.
Contohnya, kita mungkin akan terlebih belanja untuk marketing produk baru. Kesilapan ini merisikokan bisnes kita. Daripada hilang keyakinan kerana telah membuat keputusan yang silap, sewajarnya kita muhasabah dan ubah perancangan dan strategi.
Barulah kita akan pulih. Tidak ada guna menunding jari, perkara yang sudah terjadi, lakukan sahaja perkara yang termampu sekarang daripada mengenang yang silam.Bila sahaja ada cabaran yang datang dalam syarikatnya, beliau hadapi bersama pekerja dan itu menguatkan semangat pasukan dalam Facebook.
#2- Utamakan Kesihatan Diri.
Mungkin selalu sangat dengar dan macam perkara yang dah basi. Selalu orang pesan jaga kesihatan dengan bersenam, jaga pemakanan, jaga imej diri dan kesihatan minda.
Ikut kajian, banyakkan makan seperti buah dan sayur akan bantu anda berasa bagus, fokus dan kreatif. Walaupun susah nak kekalkan ketika sibuk akan tetapi Mark sendiri akan pastikan yang aktiviti yang baik untuk kesihatan dilakukan 3-4 kali seminggu.
Bila tubuh dan mida berda dalam keadaan yang sihat, kita akan mampu membuat keputusan dengan lebih elok dan tegas tanpa ragu-ragu.
#3-Sentiasa Lihat Gambaran Yang Lebih Besar.
Mark sentiasa percaya akan misi dan visi syarikat. Apabila dia rasa ragu-ragu, apa yang dia percaya pada mulanya adalah apa yang dia pegang dalam apa jua keadaan.
Walaupun ketika itu seluruh tim pengurusannya meninggalkannya kerana mereka tidak percaya dengan apa yang dia percaya dan mereka tidak lihat gambaran yang besar seperti mana yang dia lihat.
Dalam startup, kejayaan akan datang dalam pelbagai episod. Akan ada siri kejayaan dan akan ada siri kegagalan. Tetapi sentiasa berpegang teguh kepada prinsip awal perniagaan dan sentiasa bayangkan kejayaan syarikat dengan gambaran yang lebih besar.
Apabila ada keraguan datang melintas, sentiasalah berpegang kepada kedua-dua tali ini.