Kajian – Statistik Jual Beli Secara Online Di Malaysia 2012 (Infografik)

February 22, 2013 — Penulis:

Kategori: Online / Perniagaan

Aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.

online

Ini turut dibantu dengan kehadiran laman web gergasi yang mampu meningkatkan lagi serta mendorong kepada peningkatan aktiviti jual beli secara online di internet ini. Antara laman web tersebut ialah Zalora.com.my, Lazada.com.my, SuperBuy.my dan banyak lagi.

Menurut kajian OpenMindsResources.com, 29% dari pengguna internet di Malaysia lebih suka menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk membeli-belah di internet. Antara barangan yang biasa dibeli ialah pakaian & hiasan, barangan elektronik, barangan komputer, buku dan sebagainya.

Lebih mengejutkan lagi ialah pengguna internet di Malaysia rata-ratanya tidak kisah berbelanja RM100-RM300 untuk membeli-belah di internet. Malahan kebanyakan daripada mereka turut gemar membayar barangan yang dibeli tersebut dengan Kad Kredit dan mereka juga lebih gemar membeli melalui laman web berbanding membeli di Facebook.

Infografik berikut ada huraian yang lebih lengkap berkenaan dengan aktiviti jual-beli secara online di internet hasil kajian OpenMindsResources.com.

 

Online-Shopping

 (Sila klik pada gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas)

 


Tags: ,

Komen (10)

  1. Kajian yang dijalankan oleh OpenMindsResources.com adalah cukup comprehensive, nampaknya perniagaan yang dijalankan secara online melalui internet adalah cukup mengguntungkan. Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan internet… clothing dan accessories merupakan pilihan yang terbaik terutamanya clothing dan accessories kaum lelaki kerana mereka ni paling rajin membeli melalui internet berbandingkan kaum perempuan.

  2. Info yang berguna terutama bagi usahawan baru. Sebelum ini saya tertanya-tanya, apakah kategori produk yang paling laris di internet. Segala puji bagi Allah, akhir terjawab dalam artikel ini. 🙂

  3. Memang benar …. tambahan laman jualan sekarang dah mudah untuk membeli kerana payment gateway yang terus ke akaun untuk pembayaran , sungguh mudah dan cepat. Dari Smart phone pun boleh.

    krizal
    SST Network

  4. info yang membantu saya untuk selesaikan kajian mengenai pembelian dalam talian. terima kasih 😉

  5. info yang sangat berguna dalam membantu saya membuat tesis mengenai kajian pembelian secara dalam talian

Pendapat anda?