Kamus Bisnes: Hapus Perkataan Putus Asa

May 12, 2014 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

Ada sebuah kisah tentang penciptaan telefon yang kebanyakan kita tidak ketahui. Pada suatu masa, seorang yang bernama Philip Rice telah mencabar dakwaan bahawa Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon.  Beliau sebaliknya mendakwa bahawa beliau adalah orang pertama yang mencipta telefon kerana telah mampu menghantar not dan ton muzik melalui dawai.

Untuk mencari penyelesaian, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak, hakim akhirnya memutuskan Bell adalah pencipta telefon sebenar kerana ciptaan Rice hanya mampu menghantar not dan ton muzik, bukannya suara.

Untitled-5

Jangan Berhenti Mencuba

Besar sangatkah perbezaan ciptaan Rice dan Bell? Tidak. Perbezaan ciptaan Rice dan Bell hanya terletak pada sebatang skru yang menukar ton menjadi suara. Sebenarnya Rice tidak gagal, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan lebih baik untuk alat ciptaannya berfungsi, berkemungkinan besar nama beliaulah yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon.

Bell, sebagai perbandingan, lebih tabah dalam usaha beliau. Rakan-rakan pernah mencadangkan beliau dihantar ke rumah sakit jiwa semasa beliau dalam proses untuk mencipta telefon. Presiden Rutherford Hayes sendiri pernah mengatakan bahawa tiada orang yang akan menggunakan ciptaan Bell. Tetapi dengan ketabahan Bell, hari ini terciptalah telefon yang memberi manfaat kepada ramai orang di seluruh dunia.

Putus Asa

Terlalu Banyak Beralasan Melemahkan Minda dan Jiwa

Dalam hidup ini ramai orang mempunyai impian dan seterusnya menterjemahkan impian kepada tindakan. Tetapi dalam kita berusaha untuk mencapai matlamat, ramai daripada kita tidak berjaya mencapainya pada percubaan-percubaan awal. Oleh sebab usaha mereka tidak berhasil, ramai yang berputus asa. Mereka memberikan banyak alasan seperti “saya tak cukup bagus”, “nasib tak menyebelahi saya” dan seribu satu macam lagi alasan.

Adakah memberikan alasan akan menyelesaikan masalah atau membantu kita lebih dekat kepada matlamat?  Tentu sekali tidak. Memberikan alasan hanya akan meragut kuasa yang kita ada iaitu kuasa untuk membuat pilihan. Apabila usaha kita tidak berhasil, kita boleh memberi alasan atau mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Sebagai contoh, apabila seorang ahli perniagaan gagal dalam usaha beliau, pelbagai alasan yang muncul apabila ditanyakan tentang sebab-sebab kegagalan beliau. Alasan seperti kegawatan ekonomi, persaingan yang kotor, dasar kerajaan dan sebagainya.  Segala-gala alasan beliau berkisar tentang orang lain dan bukannya tentang diri sendiri.

Apakah hasil akhirnya? Adakah perniagaan beliau akan kembali naik? Jelas sekali tidak. Dengan menyalahkan orang dan faktor-kator lain, beliau hilang kuasa untuk mengubah situasi buruk dalam perniagaan. Walaupun pahit, adalah lebih baik ahli perniagaan tersebut mengambil tanggungjawab sepenuhnya masalah perniagaan beliau berpunca daripada dirinya sendiri. Kadang-kadang kejayaan itu terletak hanya sedikit sahaja selepas kesulitan.

Puncak Kejayaann

Buang Terus Perkataan (sifat) Putus Asa Dari Kamus Bisnes (hidup) Anda

Ada sebuah kisah benar yang difilemkan tentang bagaimana sifat putus asa merugikan. Ada beberapa orang sahabat yang melakukan pencarian emas di sebuah kawasan. Selepas beberapa ketika melakukan proses tersebut mereka menemui sedikit emas. Oleh itu, mereka yakin bahawa lebih banyak emas tersembunyi untuk digali.

Untuk maksud tersebut, sahabat tersebut membelanjakan sejumlah besar wang untuk membeli peralatan yang lebih canggih untuk menggali kawasan tersebut dengan lebih dalam. Setelah mereka memperolehi perlatan-peralatan tersebut, mereka dengan teruja memulakan proses penggalian.

Setelah beberapa lama melakukan proses penggalian, mereka masih tidak menemui emas seperti yang mereka sangkakan pada awalnya. Namun mereka masih tidak putus asa dan terus melakukan proses penggalian. Hari demi hari berlalu tetapi mereka masih tidak menemui emas yang disangkakan, dan akhirnya mereka berputus asa.

Untuk mendapatkan kembali wang yang telah dilaburkan, mereka menyewakan perlatan-peralatan yang telah dibeli kepada sekumpulan penggali emas yang lain. Selepas membuat perjanjian penyewaan, kumpulan penggali emas tersebut pun memulakan kerja-kerja mereka di tempat yang telah digali sebelumnya. Hanya selepas beberapa kaki memulakan penggalian, mereka menemui kawasan yang mempunyai sumber emas yang sangat banyak.

Apabila usaha kita tidak berhasil, teruskan berusaha kerana kejayaan biasanya tidak jauh dari kegagalan terbesar kita. Inilah pengajarannya untuk kita.

Untuk info-info yang unik dan spsesifik, lawati FB: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

Kredit foto: beccapetersonmichaeljoshDespairorysySh


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (3)

  1. Alhamdulillah..terbaik artikel ini buat kita semakin bersemangat untuk komen. Terus Hasilkan Aritkel ini untuk tingkat motivasi peniagaan masing-masing. 🙂

Pendapat anda?