Kawal Kos Pembungkusan & Penghantaran di eBay

November 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Artikel saya pada kali ini ditujukan kepada mereka yang baru sahaja menceburkan diri sebagai seorang penjual di portal eBay.

eBay

Kebanyakan masa, sebagai seorang penjual di portal eBay anda perlu melakukan pembungkusan dan penghantaran untuk barang jualan fizikal anda (kecuali jika anda menjual produk digital atau menjual perkhidmatan di eBay).

Semua barangan fizikal yang anda jual sendiri perlu dihantar kepada si pembeli.

Kepada anda yang masih baru di dalam arena jualan di portal eBay, di antara kos paling besar yang perlu anda tangani adalah kos pembungkusan dan penghantaran untuk barang jualan anda.

Perkara pertama yang harus anda faham adalah anda tidak boleh mengenakan kos pembungkusan dan penghantaran yang melampau kepada para pembeli anda.

Tindakan yang Melenyapkan Pelanggan

Bukan sahaja perbuatan ini salah di sisi peraturan eBay, malah anda juga bakal kehilangan pelanggan buat selama-lamanya kerana perbuatan anda itu. Silap hari bulan, anda mungkin juga akan diberikan feedback negatif oleh pelanggan-pelanggan anda yang tidak berpuashati.

bungkusan

Walaupun saya menasihatkan anda untuk tidak mengenakan kos pembungkusan dan penghantaran yang melampau kepada pelanggan-pelanggan anda, saya masih mahukan anda mengenakan kos pembungkusan dan penghantaran yang berpatutan kepada mereka.

Ini kerana jika anda tidak menangani kos pembungkusan dan penghantaran dengan sewajarnya, ia boleh melibatkan kos yang tinggi di dalam perniagaan eBay anda.

Jika anda menjalankan perniagaan secara berseorangan, anda perlu membuat penghantaran ke pejabat pos atau ke cawangan kurier untuk membuat penghantaran. Perbuatan ini masih memerlukan tenaga dan masa anda.

Oleh itu, anda sewajarnya mendapat ganjaran yang sepatutnya daripada usaha anda itu, dan mengenakan kos yang berpatutan kepada para pelanggan.

Kos pembungkusan dan penghantaran merupakan di antara kos konsisten yang perlu anda keluarkan untuk setiap barang jualan. Jika dikira jumlah kos yang perlu anda keluarkan dalam jangka masa setahun untuk pembungkusan dan penghantaran, sudah pasti ia akan menjadi di antara kos tertinggi untuk perniagaan anda.

Pasti akan ada penjual yang tersilap dalam membuat anggaran berat dan jumlah pembungkusan yang mereka perlukan untuk sesuatu barang, sehingga mereka terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk menampung kos setiap pembungkusan dan penghantaran barang.

Dalam pada itu, bagaimana caranya supaya anda boleh berlaku adil terhadap pembeli?

Berikut adalah beberapa tip yang ingin saya kongsikan untuk membantu anda:

5 Cara Mengawal Kos Penghantaran di eBay

#1 – Beli Penimbang

Dengan memiliki penimbang sendiri, anda boleh menentukan dengan tepat berat barang jualan anda yang perlu dihantar. Tanpa maklumat berat yang tepat, anda mungkin terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk membayar kos penghantaran apabila berat bungkusan anda melebihi apa yang anda jangkakan.

penimbang berat

Justeru itu, dengan menggunakan penimbang, anda boleh menentukan berat barang dan bungkusan anda dan kos tersebut boleh anda kenakan kepada pelanggan anda dengan sewajarnya.

#2 – Kenal Pasti Dimensi Barang

Dalam kes-kes tertentu, dimensi barang yang ingin anda hantar akan mempengaruhi kos penghantaran yang perlu anda bayar. Oleh itu, adalah satu strategi yang baik untuk anda mengetahui secara spesifik dimensi barang dan bungkusan anda.

Ia bagi memberikan kemudahan untuk anda mendapatkan maklumat kos penghantaran daripada syarikat pemberi perkhidmatan penghantaran anda.

#3 – Tawaran Penghantaran Pelbagai

Jika syarikat penghantaran anda menawarkan cara penghantaran yang pelbagai daripada yang paling murah kepada yang paling mahal atau yang paling pantas, maka anda boleh memberikan tawaran tersebut kepada pelanggan-pelanggan anda.

fedex

Pasti ada pelanggan yang mahukan penghantaran segera. Manakala ada yang inginkan kos penghantaran yang lebih murah. Oleh itu, dengan menawarkan tawaran penghantaran yang pelbagai, maka anda boleh menyesuaikan cara penghantaran anda mengikut keinginan pembeli anda.

Cuma anda perlu menjelaskan dengan terperinci kepada pelanggan-pelanggan anda, apakah perbezaan di antara cara-cara penghantaran tersebut agar mereka membuat pemilihan yang terbaik berdasarkan keinginan mereka.

#4 – Strategi Guna Semula

Anda boleh menjimatkan kos pembungkusan anda dengan menggunakan kotak-kotak yang telah digunakan. Anda boleh menggunakan semula kotak-kotak yang masih elok keadaannya untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan anda.

Ramai pemilik kedai akan memberikan kepada anda kotak-kotak mereka yang tidak lagi digunakan. Daripada dibuang begitu sahaja, anda boleh meminta kotak-kotak tersebut daripada mereka.

Asalkan kotak-kotak tersebut masih elok keadaannya dan masih mampu menampung barang yang ingin anda hantar, maka tiada masalah untuk anda menggunakan kotak-kotak terpakai itu.

#5 – Kos Pengendalian

Anda boleh menambahkan kos pengendalian atau lebih dikenali sebagai handling fee di dalam kos pembungkusan dan penghantaran yang akan anda kenakan kepada pelanggan-pelanggan anda.

bungkusan barangan

Kebanyakan masa, para pembeli tidak akan kisah jika anda mengenakan kos pengendalian kepada mereka di dalam jumlah kos pembungkusan dan penghantaran yang perlu mereka bayar kepada anda.

Ramai yang faham terdapat kos untuk mengendalikan pembungkusan dan penghantaran barangan mereka. Oleh itu, mereka tidak terlalu berkira sekiranya anda mengenakan kos tersebut.

Sebagai contoh, jika kos pembungkusan dan penghantaran untuk barang adalah RM13 anda boleh mengenakan kos pengendalian sebanyak RM2 kepada kos tersebut. Ini bermakna jumlah keseluruhan adalah RM15.

Jumlah RM15 ini yang perlu dibayar oleh pembeli barang tersebut.

Urus Kos Dengan Bijak – Maksimumkan Keuntungan

Sebagai seorang usahawan, anda pasti mahu perniagaan anda menjana keuntungan. Oleh kerana itu, anda perlu menguruskan kos pembungkusan dan penghantaran anda dengan sebaik mungkin agar ia tidak “memakan” keuntungan keseluruhan perniagaan anda akibat kos-kos tambahan atau hidden cost yang tidak anda kenal pasti dari awal.

Video Lubuk Duit - Tuan Noorizam Shah

Anda perlu berlaku adil kepada diri anda sambil terus berlaku adil kepada pelanggan-pelanggan anda agar perniagaan anda akan terus maju dan berjaya.

Salam hormat dan salam kejayaan!

PS: Sebuah panduan eBay dalam bentuk video sudah dilancarkan dan menceah ratusan jualan sehingga kini. Dapatkannya di sini sebelum jualan ditutup.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (angelxmusicpuuikibeacherik-leenaarsmarshallthedog) , Videolubukduit.com)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (2)

  1. Guna semula, idea hebat yang cukup praktikal. Bukan sekadar dalam lingkaran perniagaan, namun kehidupan seharian kita. Pembaziran perlu ditegah dan dielakkan. Sayangilah hidup dan alam ini.

Leave a Reply to Firdaus Manaf Batal (Cancel)