The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Kembara Angkasawan Negara – Majlis Memorandum Bernilai RM43.78 Juta

    Pertama-tama, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus pemasaran syarikat Premier Aims Sdn Bhd, Tuan Wan Shafizal Darli kerana menjemput tim Majalah Niaga, yang dianggotai oleh Aqif Azizan, Hasbul ‘Aqill dan Hasbul Ariff.

    Kembara Angkasawan Negara - Majlis

    Kami dijemput sebagai rakan media bagi menjayakan Sidang Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) Rakan Niaga Kembara Angkasawan Negara Bernilai RM43.78 Juta.

    Majlis ini diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 25hb Oktober 2011, jam 3.00 sehingga 5.00 petang. Secara keseluruhan, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memeterai perjanjian bersama rakan niaga yang terdiri daripada:

    • Majlis Belia Malaysia (MBM).
    • Usahanita Johor.
    • Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM).
    • Malaysia Franchise Association (MFA).

    Berdasarkan maklumat yang kami terima, perjanjian bersama ini bernilai RM43.78 juta.

    Program Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor – Dari Shanghai Ke Hangzhou, China

    Pelancaran Program Kembara Angkasawan Negara ini dapat memberikan manfaat terhadap masyarakat tempatan, khususnya untuk golongan:

    • Usahawan.
    • Pelajar.
    • Belia.
    • Kaum wanita.
    Kembara Angkasawan Negara - Datuk Dr Sheikh Muszaphar

    Ini kerana, program ini akan disertai oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Beliau akan berkongsi pengalamannya mengembara di seluruh pelusuk dunia, bersama para peserta yang menyertai rombongan pelancongan ke negara China selama 5 hari 4 malam.

    Dalam masa sama, negara China cukup terkenal dengan destinasi pelancongan dan peluang untuk menjana lebih banyak idea perniagaan kepada usahawan dan bakal usahawan. Selain daripada itu, pengembaraan bersama Angkasawan Negara ini juga dapat memberikan manfaat kepada kita seperti:

    • Mengenali warga Islam tempatan – Seramai 40 juta orang (Antara teramai di dunia).
    • Mengetahui budaya masyarakat negara China.
    • Membeli belah dengan harga yang murah dan berpatutan.
    • Merasai menu makanan halal negara China.
    • Mengetahui situasi ekonomi, perindustrian dan perusahaan negara ini.

    Pada pendapat kami, secara keseluruhannya, peluang untuk melancong ke negara China ini boleh dijadikan sebagai peluang besar untuk kita mengenal pasti potensi pasaran, dan menjana wang sampingan dengan membawa masuk produk-produk baru dari negara China ke negara Malaysia.

    Pakej Perlancongan 5 Hari 4 Malam – RM199 Sahaja

    Pada awalnya, kami juga terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Cuti Bagus Holiday Sdn. Bhd., bagi kos pelancongan ke negara China (Shanghai dan Hangzhou) iaitu RM199 sahaja. Di mana ia merangkumi:

    • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang.
    • Lokasi ke pusat makanan yang halal.
    • Kos pengangkutan.
    • Pemandu pelancong yang mahir di Shanghai dan Hangzhou.

    Berikut adalah maklumat ringkas mengenai aktiviti yang akan dilakukan oleh peserta, selain daripada meneroka idea-idea bisnes, apabila berada di China menerusi pakej 5 hari 4 malam ini:

    LED Sky Screen - China

    • Hari pertama – Melawat Yuan Rong Times Square, LED Sky Screen, serta Suzhou Bird Nest.
    • Hari kedua dan ketiga – Melawat dan menimba pengalaman di pusat industri pembuatan kain sutera, dan destinasi perindustrian perusahaan yang lain.
    • Hari keempat – Melawat tempat-tempat bersejarah seperti masjid-masjid tempatan yang penuh dengan keunikan dan keindahan seperti Phoenix Mosque.
    • Hari kelima – Melawat ke Haining Yanguan Town dan Haining International Leather City.

    Bagaimana Untuk Menyertai Program Kembara Angkasawan Negara?

    Kami sebagai rakan media hanya bertindak sebagai penulis untuk menwar-warkan program ini. Di mana kami tidak mempunyai sebarang kuasa khas untuk memberikan akses kepada tuan dan cikpuan untuk menyertai program bernilai RM199 sahaja ini.

    Kembara Angkasawan Negara - Rakan Niaga

    Namun begitu, bagi usahawan yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan berkos rendah ini, sila ke laman web Cuti Bagus atau hubungi Premier Aims Sdn. Bhd. di 03-77811341.

    Harapan kami adalah program seperti ini mendapat publisiti yang lebih meluas di masa akan datang. Kerana ia adalah peluang terbaik untuk para usahawan dan bakal usahawan melihat sendiri, betapa besarnya potensi bisnes untuk dibawa masuk dari negara China.

    Peluang Publisiti 13 Ribu Orang Secara Percuma

    Sekiranya tuan dan cikpuan mempunyai bisnes, seminar atau bengkel yang ingin memperoleh publisiti percuma kepada 13 ribu pembaca blog Majalah Niaga, mohon hubungi kami. Tim Majalah Niaga berbesar hati untuk bekerjasama.

    Kredit gambar: (Lo M)

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline. Matlamat kami adalah menjadi medium perkongsian ilmu berkaitan dunia keusahawanan dari para usahawan kepada masyarakat.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. ahmadyani pada 26 Oct 2011

      Jemputan ini membuktikan MajalahNiaga semakin diiktiraf sebagai media dalam talian yang berpengaruh. Jangan pula melencong ke jemputan majlis politik.

      • Aqif Azizan pada 26 Oct 2011

        Mudah-mudahan. Terima kasih atas peringatan. :)

    2. Udin pada 26 Oct 2011

      http://www.cutibagus.com.my/
      This website is under construction
      Estimated Time Remaining Before Launch:
      431 Days, 1 Hour, 2 Minutes, and 34 Seconds

      Camno?

      • Aqif Azizan pada 26 Oct 2011

        Tuan, kami baru dapat makluman. Laman web masih dalam kemas kini. Ia berkemungkinan akan mula beroperasi pada minggu hadapan. Terima kasih. :)

      • ejam pada 31 Oct 2011

        laman web yg SANGAT tidak meyakinkan orang ramai.

        • Hasbul Aqill pada 31 Oct 2011

          insyaallah mereka akan mempertingkatkan kualiti laman web ini. Baik buat satu permulaan :)


    Tinggalkan Komen Anda