Komen (24)

  1. terima kasih dengan tips.
    memang ada sedikit perasaan malu tu tapi yang lebih adalah takut dengan risiko..memang kelemahan ketara ni.
    tahun ni memang berazam nak berniaga produk secara online. masih mencari produk yang sesuai..

    1. azri zulkornain
      May 9, 2013

      salam cik zool saya sedang mencari seorang yang ingin menjadi saudagar emas yang boleh dijadikan keuntungan yang berlipat kali ganda dan potensi nya sngat memberangsangkan jadi jika berminat call/msg saya 0175291914

  2. zulhfreelancer.com
    January 14, 2011

    malu itu perlu. itu naluri seorang insan. kita memang tidak boleh lari daripada sifat malu itu. tapi, memang benar seperti apa yang diperkatakan dalam topik di atas. untuk menjadi orang HEBAT, kita kena HEBAT! Ketepikan malu itu seketika jika mahu berjaya! 🙂 Yakin pada diri sendiri!

  3. Pada pandangan saya berdasarkan pengalaman, mulalah untuk meletak gambar anda di laman web atau facebook, biar rakan-rakan atau org di luarsana mengenali anda…satu masa nanti, secara sedar atau tidak, anda akan di tengur dan di sapa…insyaAllah keyakinan anda akan meningkat… Nasihat ini pun dari rakan usahawan saya….

    1. salam sham, terima kasih atas perkongsian tip yang cukup bernas. benar sekali, dan itulah satu perkara untuk meningkatkan keyakinan kita serta dipercayai oleh pelanggan. cheers 😉

  4. proses malu ini saya telah tempuhi dengan giat sekali sebab sebelum melibatkan diri dengan internet marketing saya telah menjalankan direct marketing, langsung tak boleh malu….

  5. malu…memang la…selalu jika terpaksa barulah perasaan malu ini ditolak tepi,Terima kasih
    dengan tip-tip di artikel ini…selalu beri keyakinan pada murid untuk menjadi yakin diri,
    malu …dalam perniagaan bukan kerana bentuk perniagaan…tapi lebih kepada…saingan
    yang …mantop bebanding diri sendiri….

    1. sama-sama. untuk meyakinkan diri sendiri. ia memerlukan proses yang lama. yang penting, kita sendiri kena selalu tampil ke hadapan, serta yakin apa yang kita ketengahkan.
      selalu juga bernetworking, serta sekiranya ada peluang untuk memberi ceramah di seminar-seminar, radio ataupun TV, itu peluang yang baik!

  6. perasaan malu hilang apabila terdapat desakkan untuk keluar dari zon selesa. Sebelum ini, selalu melakukan kerja dalam pejabat, apabila sudah naik pangkat kena selalu keluar jumpa pelanggan.
    Malu-malu kucing masih ada 🙂

  7. Saya teringat dengan kata-kata seorang Pakar Motivasi yang mengatakan bahawa dengan penguasaan perniagaan, kita sebenarnya menguasai dunia. Sekiranya kita masih gagal menguasai perniagaan, maka gagal jugalah untuk kita menguasai dunia.

    Jadi, untuk meningkatkan rasa yakin dan juga berani dalam perniagaan ini, hendaklah kita menguasai sebanyak mungkin ilmu. Kerana dengan ilmu, kita akan berasa lebih yakin dan tenang dalam semua perkara. Insya-Allah.

    p.s : Mohon berkongsi informasi ini 🙂

  8. owh perasaan malu ini sukar utk dibuang..terutama bile baru kali pertama bertemu pelanggan..gugp dan tidak tahu utk bercakap apa..lepas beredar barulah rase mnyesal sbb xdapat berborak bykk..adess

    1. perlu usahakan lagi , dominasi topik perbualan dengan pelanggan, supaya mereka yakin apa yang kita jual, sekiranya malu, bagaimana kita nak yakinkan produk kita kepada mereka. tepuk dada, tanya selera 🙂

  9. Memang tidak dapat dinafikan perasaan malu akan sentiasa wujud tambah-tambah lagi bagi mereka yang menjalankan perniagaaan internet dan tidak biasa bertemu dengan prospek serta pelanggan. Mungkin bila sudah biasa lalunya dan sudah lali berjumpa pelanggan. rasa malu & Skill komunikasi kita akan lebih meningkat.

  10. Carmine Gallo, pakar komunikasi mengatakan, untuk mengelakkan kita daripada berasa malu, maka elakkan daripada berfikiran kritis.

    Fikiran kritis adalah seseorang yang sentiasa, mementingkan pendapat orang lain. Sebagai contoh, “Nanti apa yang dia akan kata?”. Sebagai umat Islam, lakukan apa yang Allah suka. Jika ia disertakan dengan niat yang baik (lebih-lebih lagi dalam urusan perniagaan), maka Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan. 🙂

  11. Terima kasih di atas informasi yang diberikan..

    Sebenarnya perasaan malu untuk berniaga sememangnya wujud dalam diri saya.. Sampai sekarang pun saya masih malu-malu untuk berniaga..

    Saudara penulis, Saya memohon keizinan untuk berkongsikan sedikit tips untuk meredakan sedikit perasaan malu untuk berniaga.. Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mempunyai perasaan tersebut.. 😉

    Pertama sekali kita perlu mengenal pasti apa yang menyebabkan kita berasa malu untuk berniaga.

    Biasanya kita malu untuk memberitahu secara bersemuka kepada rakan atau orang ramai tentang barangan yang kita jual..

    Jadi cara mudah untuk mengurangkan perasaan malu kita adalah dengan mengiklankan barangan tersebut di internet. Beri sebanyak mungkin informasi tentang barangan yang kita jual.. Buat permulaan mungkin kita boleh mengguakan blog percuma..

    Kemudian letakkan URL blog kita di laman web sosial seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya..

    Setelah itu, kita perlu rajin-rajin bersosial dengan rakan-rakan kita di laman web tersebut.. Sekali sekala, update blog kita dan masukkan update terbaru tersebut di wall facebook kita..Lambat laun pasti ada rakan-rakan kita yang bertanyakan tentang barangan tersebut kepada kita..

    Pada masa tersebut secara tidak langsung kita “didesak” oleh pelanggan kita untuk memasarkan perniagaan secara tidak langsung.. dan bukan menceritakan perniagaan kita kepada orang yang belum tentu berminat dengan perniagaan kita..

    Ianya merupakan dua situasi yang berbeza.. Bila pelanggan sendiri yang berminat untuk bertanya, ianya merupakan satu isyarat yang terbaik kepada kita yang menunjukkan barangan jualan kita mempunyai tarikan di hati pelanggan..

    Jadi secara tidak langsung, bila perkara ini kerap berlaku kepada kita ianya akan dapat melatih kita untuk mengurangkan perasaan malu tersebut..

Pendapat anda?