Kepentingan Cap Dagangan Untuk Bisnes – 5 Fungsi Cap Dagangan

October 09, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Cap dagangan merupakan salah satu cabang daripada komponen-komponen harta intelek. Cap dagangan atau trade mark di dalam bahasa Inggeris adalah komponen cap dagangan yang paling mudah ditemui, kerana ia berada di sekeliling kita.

trademark mercedes benz

 

Setiap produk atau perkhidmatan yang kita gunakan seharian mempunyai cap dagangan tersendiri.

Secara umumnya, cap dagangan merujuk pada satu tanda yang dapat membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan pemilik lain. Dalam bahasa mudah, cap dagangan biasa dirujuk sebagai jenama atau logo sesuatu produk atau perkhidmatan.

Cap dagangan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memilih sesuatu barangan di dalam kategori yang sama.

kopi cak dagangan

Sebagai contoh, pemilik barangan kopi A menggunakan jenama CAP KERETA bagi membezakan barangan kopinya dengan pemilik barangan kopi B, yang mana pemilik kopi B menggunakan jenama CAP BASIKAL bagi kopinya. Maka di sini pelanggan akan dapat membezakan di antara kopi A dan kopi B menerusi jenama CAP KERETA dan CAP BASIKAL.

Cap dagangan tidak terhad kepada jenama atau logo semata-mata, ia merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, gambar, logo dan kombinasi antaranya.

5 Fungsi Cap Dagangan

#1 – Fungsi Identiti

Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh pengguna akan dapat mengenal pasti  Milo dan Nescafe dikeluarkan oleh syarikat Nestle. Jadi, Milo dan Nescafe merupakan identiti kepada syarikat Nestle.

#2 – Fungsi untuk membuat pilihan

Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah. Bayangkan jika semua produk telefon bimbit tidak mempunyai sebarang cap dagangan, bagaimana agaknya kita ingin memberitahu penjual, telefon jenis apa yang ingin kita beli.

#3 – Fungsi kualiti

Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan. Sebagai contoh, pengguna akan lebih yakin untuk membeli telefon berjenama Apple iPhone berbanding jenama-jenama lain walaupun harganya agak mahal.

apple iphone 4s
Di sini, cap dagangan Apple iPhone sendiri telah menggambarkan kualiti produk yang ditawarkan.

#4 – Fungsi pemasaran

Cap dagangan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.

#5 – Fungsi ekonomi

Cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai cap dagangan itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan mempunyai pilihan untuk melesenkan atau memindahkan hak milik cap dagangan dengan ganjaran yang tinggi.

walt disney

Sebagai contoh, banyak syarikat-syarikat besar seperti Disney melesenkan penggunaan cap dagangan mereka kepada syarikat lain, untuk mengeluarkan produk-produk seperti cenderahati dan sebagainya.
Disney tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mengeluarkan cenderahati tersebut, dan hanya perlu mengutip royalti hasil daripada perlesenan cap dagangannya

Pendaftaran Cap Dagangan

Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Permohonan untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

cap dagangan malaysia

Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap dagangan.

Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan.

Kredit imej yang diambil dari Flickr (mikeblogsthinhin_of_youjohnbeckericteoh)


Tags: , , , , , ,

Komen (4)

  1. cap dagangan mmg penting, tapi untuk menaikkan nama cap dagangan tu sukar pada awalnya jika kekurangan penghebahan dan pemasaran. Jadi, perlukan strategi yang betul dalam menaikkan cap dagangan.

Pendapat anda?