Kepentingan Perkhidmatan Pelanggan di eBay

July 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Sebagai seorang usahawan eBay, kita perlu sedar tentang kepentingan perkhidmatan pelanggan yang baik untuk para pelanggan. Ramai usahawan baru mempunyai tanggapan yang salah mengenai cara perniagaan internet yang sebenar.

kepentingan menjaga pelanggan di ebay

Walaupun kita sedang menjual secara online, ia tidak bermaksud kita boleh mengambil mudah mengenai isu perkhidmatan pelanggan. Kita harus faham, sekiranya pelanggan-pelanggan kita di portal eBay mendapat layanan perkhidmatan pelanggan yang hebat, mereka pasti akan melakukan salah satu daripada perkara berikut (atau mungkin kedua-duanya sekali):

  1. Memberikan kita feedback positif.
  2. Membeli lagi secara berterusan daripada kita pada masa hadapan.

Oleh itu, apabila kita bercadang untuk menjadikan portal eBay sebagai salah satu cabang perniagaan internet yang lumayan, perkhidmatan pelanggan yang baik sepatutnya menjadi fokus utama.

Lupakan Hobi – Jadikan Ia Perniagaan Sebenar

Kita perlu berhenti mengendalikan perniagaan seperti satu hobi masa lapang, tetapi perlu mengendalikannya seperti sebuah perniagaan yang sebenar, dan setiap perniagaan yang sebenar akan menumpukan usaha menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Sebagai contoh, jika kita merupakan seorang pemilik kedai fizikal, bagaimana cara untuk kita melayan pelanggan-pelanggan semasa mereka sedang menunggu kita di kaunter jualan?

kaunter jualan

Sudah pasti kita akan melayan mereka dengan sebaik mungkin, seperti berbual dengan mereka, mempercepatkan urusan pembungkusan, dan seterusnya memberikan barang yang telah dibeli kepada pelanggan. Kita tidak ingin membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu barang mereka.

Untuk itu, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengembirakan hati pelanggan, supaya mereka datang semula ke kedai. Fokus dan usaha yang sama perlu dibawa ke dalam dunia perniagaan online, iaitu ke dalam perniagaan kita di portal eBay. Berikut adalah beberapa tip mudah yang boleh dilakukan, untuk meningkatkan status perkhidmatan pelanggan yang kita berikan ke tahap yang lebih tinggi:

#1 - Hubungan Pantas Selepas Tamat Lelongan

Perkara pertama yang boleh kita lakukan adalah menghubungi para pemenang lelongan, atau jualan kita di portal eBay dengan pantas. Hubungi pemenang atau pembeli selepas tamat lelongan, atau jualan dan berikan ucapan tahniah kepada mereka kerana memenangi atau membeli barang kita.

Hubungan pantas selepas lelongan

Berikan penjelasan dengan terperinci barang yang telah mereka menangi, dan maklumkan dengan jelas cara untuk kita menghantar barang itu kepada mereka – walaupun perkara ini telah dijelaskan dalam deskripsi barang jualan.

Ingatkan mereka berkenaan jumlah yang perlu mereka bayar, cara pembayaran yang kita terima dan masa bayaran itu perlu dibuat. Maklumkan juga kepada mereka barang tersebut akan dihantar selepas pembayaran dibuat.

#2 – Berikan Maklumat Penghantaran

Selepas pembayaran dibuat oleh pelanggan, tugas kita yang seterusnya adalah menyampaikan maklumat terperinci mengenai penghantaran. Maklumkan kepada mereka apabila barang mereka telah dipos – masa dan waktunya dengan tepat. Maklumkan juga kepada mereka tarikh anggaran barang akan sampai di tempat mereka.

berikan maklumat penghantaran kepada pelanggan

Jika kita menghantar dengan menggunakan pos berdaftar, atau menggunakan perkhidmatan syarikat kurier, berikan maklumat nombor trackingkepada mereka, dan juga pautan ke laman web syarikat penghantaran. Ini bagi membolehkan mereka memeriksa pergerakan barang mereka dengan mudah.

Selain itu, kita juga perlu memberikan maklumat untuk dihubungi. Ini adalah untuk memudahkan mereka menghubungi kita, sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan atau masalah selepas pembelian. Jika mereka ada menghantar persoalan, ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjawab soalan itu dengan sepantas dan sebaik mungkin.

#3 - Hubungan Lanjutan

Selepas 2 atau 3 minggu barang sampai di tempat pembeli, satu tip perkhidmatan pelanggan yang baik adalah dengan menghantar email lanjutan kepada pelanggan. Dalam email, kita boleh bertanyakan pendapat pelanggan sekiranya mereka berpuashati dengan pembelian mereka.

positive feedback

Kita juga boleh minta mereka untuk meninggalkan feedback positif, apabila mereka berpuashati dengan urusniaga sebelum ini. Selain itu, ia juga merupakan satu peluang yang baik untuk kita menyarankan barang jualan yang lain, kepada mereka agar menarik minat untuk membeli lagi daripada kita.

Begitulah 3 tip mudah yang boleh kita gunakan sekarang, untuk membantu meningkatkan status perkhidmatan pelanggan di portal eBay. Secara ringkasnya, perkhidmatan pelanggan yang kita berikan bergantung pada kreativiti. Apa yang penting, di akhir urusniaga kita di portal eBay, pelanggan-pelanggan perlulah mempunyai pengalaman pembelian yang baik.

Pelanggan yang gembira dengan perkhidmatan pelanggan kita, akan kembali lagi untuk membeli produk kita pada masa hadapan. Sehingga berjumpa di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. :)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (swellxelle, ipjmike)


Tags: , , , , , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (3)

  1. Pandangan saya, bukan hanya ebay sahaja, tetapi semua jenis perniagaan… sekurang-kurangnya ada bantuan forum supaya pelanggan senang nak contact kita lepas jualan…dan kita pun mudah nak layan ramai pelanggan sekali gus…

  2. Terima kasih ats panduan yang diberikan. Pelanggan ini kita perlu anggap sebagai raja kepada kita.Jadi secara automatik kita pikir akan lakukan yang terbaik ke atas pelanggan kita. Pastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kepada kita. Kemenangan itu menjadi milik kita apabila pelanggan memberikan positive feedback kepada kita. Jangan lupa dan panggil penting bagi saya ialah sentiasalah berhubung dgn pelanggan kita utk memberikan maklumat2 penting kpd beliau. Terima kasih sekali lagi atas perkorkongsian.

  3. Zulhilmi Zainudin
    July 15, 2011

    Satu perkongsian yang bermanfaat. Benar. Saya juga mempraktikkan salah satu tips di atas. Setiap satu barangan yang saya hantar, saya akan rekod kod kuriernya dan saya akan pastikan pelanggan saya menerima kod kurier untuk barangan mereka :)

    Great tips!

Pendapat anda?