Ketahui Faktor-faktor Kerjaya Penulisan Bukan Pilihan Utama

January 06, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Konvensional / Perniagaan

Jika dikira jumlah pembaca dengan jumlah penulis kita akan dapati satu nisbah jurang yang besar akan kita perolehi diantara penulis dan pembaca.

Seorang penulis mungkin akan mempunyai beribu pembaca namun dari beribu pembaca tersebut mungkin sukar untuk dapatkan seorang penulis.

Ada banyak perkara yang menahan dari seseorang itu menulis namun saya di sini hanya menyenarai alasan-alasan utama yang sering dihadapi oleh orang ramai tentang penulisan.

Penulis

1. Persepsi Diri Sendiri

Persepsi adalah anggapan terhadap sesuatu benda atau perkara.

Persepsi diri menganggap diri tiada bakat dan tidak tahu menulis serta merasakan diri bahawa bukan dan tidak akan menjadi seorang penulis merupakan satu anggapan yang hanya merugikan diri sendiri.

Cuba bayangkan dari darjah satu persekolahan kita mula belajar A,B,C, sehingga ke tingkatan lima ini bermakna anda telah bergiat dalam penulisan selama sepuluh tahun.

Jadi penulisan sebenarnya adalah sebahagian dari hidup kita dan tiada alasan untuk mengatakan yang anda tidak tahu menulis.

Oleh itu anda harus beri peluang kepada diri anda sendiri untuk mencuba menulis dan bukan setakat menulis malah mampu menjana keuntungan darinya.

write

2. Tiada Masa

Zaman sekarang merupakan zaman manusia terkejar-kejar dalam memenuhi keperluan hidup serta bagi mencapai cita-cita. Masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi.

Atas alasan ini ramai dari kita merasakan yang diri kita ini sibuk mengejar masa dan kesibukan inilah yang menyebabkan ramai orang tidak menulis walaupun mereka berkemampuan untuk melakukannya.

Namun begitu jika mereka tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai masa yang cukup untuk menulis serta ada teknik pantas untuk menulis dengan mudah pasti ramai yang memilih penulisan sebagai satu perkara yang diminati.

3. Tidak tahu teknik mudah menulis

Penulisan bukanlah satu perkara yang terlalu menyusahkan sebenarnya untuk dilakukan jika kita tahu teknik penulisan yang betul. Ramai diantara kita yang mempunyai keinginan untuk menulis namun terbantut atas beberapa sebab:

a)    Tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ramai yang tersangkut diawal penulisan. Apakah yang patut ditulis dahulu?

b)    Tidak tahu bagaimana menyusun segala idea dan isi penulisan dan tukarkannya dalam bentuk tulisan.

c)    Tidak tahu bagaimana teknik cepat untuk menulis. Bagi mereka penulisan merupakan satu proses yang mengambil masa yang panjang.

Namun jika mereka tahu betapa mudahnya mengikuti teknik penulisan yang betul sudah pasti mereka akan mula menulis.

writersblock

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik menulis yang betul?

Ia bermaksud mempelajari apa yang hendak ditulis, kenapa menulis, bagaimana merancang penulisan, bagaimana memulakan penulisan, apa format penulisan dan segala yang berkaitan dengan bagaimana boleh menulis dan boleh menulis dengan baik, cepat dan mudah.

4. Tidak tahu jenis-jenis penulisan

Ramai diantara kita tidak tahu membezakan jenis-jenis penulisan dan atas dasar itu apabila mereka membaca hasil-hasil tulisan dari penulis-penulis hebat terutamanya penulis-penulis novel maka mereka akan berkata di dalam hati

“Mustahil aku boleh menulis seperti ini…”.

Terus terang saya katakan saya tidak bagus dalam menulis penulisan seperti novel dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah penulisan fiksyen. Saya lebih gemar kepada penulisan bukan fiksyen kerana ianya mudah untuk dilakukan.

Untuk memberi contoh betapa mudahnya menulis adalah seperti buku resepi. Penulisannya amat mudah. Panduan langkah demi langkah dari A sampai Z.

Writer's Block

5. Tidak tahu potensi penulisan mampu memberi wang lumayan

Apabila anda tidak tahu potensi yang ada dalam penulisan yang mampu memberi satu satu keberuntungan yang besar buat anda maka ia tidak mampu memotivasikan diri anda untuk menulis.

Penulisan mampu memberikan satu penjanaan wang secara pasif buat anda. Bayangkanlah dengan sekali bekerja (sekali melakukan penulisan) sahaja anda mampu mendapat hasil berkali-kali.

Jika anda menulis buku fizikal maka anda akan segera dilihat sebagai pakar dalam bidang anda. Katakan anda menulis buku masakan Melayu maka anda akan dilihat sebagai seorang yang pakar dalam masakan Melayu.

Jika anda rajin menulis dan memasarkan ebook anda boleh dapatkan wang segera yang lumayan. Selalunya harga e-book melebihi harga pasaran buku fizikal namun jika kita dapat menulis e-book yang menengahkan isu atau topik yang sememangnya dicari pembaca sasaran ianya menjadi satu perniagaan yang amat menguntungkan.

duit-dan-penulisan

6. Tiada langsung pendedahan tentang penulisan

Saya sebenarnya memang tidak terbayangkan bahawa pada satu masa saya akan menjadi seorang penulis. Saya mula menulis sewaktu umur saya 34 tahun. Mungkin agak terlambat bukan. Namun saya pegang dengan kata-kata motivasi Inggeris yang berbunyi “ There is never too late…”.

Kenapa saya hanya bermula untuk menulis sewaktu berumur 34 tahun? Ini kerana saya tiada pendedahan tentang penulisan itu sendiri sebelum itu.

Di sekolah kita sememangnya belajar menulis namun tiada seorang guru pun yang mendedahkan bahawa penulisan mampu memberi satu yang besar kepada kita. Di sekolah kita hanya disogok untuk menjadi pandai supaya satu masa nanti kita mampu menjadi pekerja yang baik.

7. Malas

Inilah satu alasan yang mengatasi segala alasan. Jika kita tidak dapat mengatasi sifat malas yang ada di dalam diri anda maka pasti dan pasti anda tidak akan menulis.

Selagi masih ada sifat malas di dalam diri dan walaupun seorang SIFU atau GURU terkenal sekalipun menasihatkan kita agar menulis kita tetap tidak akan menulis.

Hanya ada satu cara sahaja bagi mengatasi masalah ini iaitu jangan malaas.

Anda boleh baca buku motivasi, dengar audio motivasi atau menghadiri seminar-seminar motivasi namun jika anda sendiri tidak menjadi seorang penggerak pada diri anda sendiri maka anda harus lupakan untuk melakukan kerja penulisan ini.

Bukan maksud saya anda tidak perlu untuk mencari bahan-bahan motivasi bagi memotivasikan diri anda kerana saya sendiri terpaksa mencari dengan samada membaca, mendengar atau menonton bahan-bahan motivasi bagi menaikkan motivasi saya kerana kadangkala sifat malas ini sekali-sekala datang mengganggu diri saya.

Oleh itu apa yang ingin saya sampaikan adalah semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

Kita sendirilah yang harus memberi keputusan kepada diri kita sendiri untuk menentukan hala tuju hidup kita dan yang lain hanya mampu memberi panduan serta dorongan sahaja. Jika sifat malas ini masih anda maka baik anda lupakan untuk berjaya bukan sahaja dalam penulisan tetapi juga dalam apa jua bidang yang anda ingin ceburi.

writing-perfection

Perlu ada Ilmu & Tindakan

Tak kenal maka tak cinta. Sekali jatuh cinta sukar untuk melupakannya.

Sesungguhnya penulisan merupakan satu perkara yang amat berkuasa tinggi. Penulisan mampu menghasilkan satu produk laris. Penulisan mampu melakukan pemasaran dan jualan dengan baik sekali dan penulisan mampu jadikan seseorang itu dilihat sebagai pakar dalam industrinya.

Mulalah menulis dan boleh bermula dengan hasil-hasil penulisan yang pendek dan yang penting carilah mentor yang boleh membuka jalan kepada anda akan bagaimana menulis boleh merubah hidup anda.

Kredit Foto: amethystafar, alancleaver,  drewcoffmanrblackhurstmindflashtodaymadeVictor_Dubreuil


Tags: , , , , ,

Komen (7)

  1. Pegalaman belajar nak menulis mula-mula dulu dihantui dengan persepsi seperti di atas. Bila berusaha bertanya dan bertanya dan membaca akhirnya ikut petua kawan yang banyak menulis. Dia pesan, tulis saja, jangan fikir panjang. Saya pun buat dan akhirnya baru perasa bahawa mudah saja menulis. Terima kasih berkongsikan artikel di atas.

  2. Assalam….

    Punca MALAS adalah sebab utama… penyakit yang sejak lahir teah sebati dengan kita.. ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh dengan ubat tetapi diri sendiri… Penyakit lan boleh semut dengan ubat boleh sembuh.

    Ini juga penulisan…. tiada terhad..tiada batasan

    Insya Allah saya kan menulis…. Portfolio Syarikat Lambang Syarikat Anda !

Leave a Reply to jamal Batal (Cancel)