Ketahui Tip Mudah Elak Pembelian yang Tidak Perlu

January 08, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kewangan / Pengurusan Kewangan

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, setiap orang sudah pasti akan memikirkan tentang apa yang perlu dibelanjakan. Semuanya bergantung kepada kos yang diperuntukan.

Sedikit sebanyak apabila memikirkan tentang kos kehidupan, harga merupakan aspek utama . Tidak ada gunanya jika berbelanja besar tapi hendak makan dan menjalani kehidupan sehari-harian amat perit dan menyukarkan kehidupan pula.

Bagi kita yang melakukan jualan, kehidupan sehari-harian prospek atau pelanggan perlu di ambil tahu agar kita sentiasa sensitif dengan apa yang berlaku. Segala perubahan diri, kadar inflasi, perubahan gaya hidup kena ambil tahu.

Kerana itu sebelum melakukan jualan dan penawaran boleh di lakukan kena ketahui ragam prospek/pelanggan terlebih dahulu. Mungkin perkara-perkara sebegini akan diambil kira oleh mereka si pembeli sebelum apa-apa juga tawaran dan penawaran boleh diterima iaitu

1. Berhati-hati dan Berwaspada

Tindakan berhati-hati pembeli sememangnya perlu diambil kira. Waspada dalam segala tindakan terutama dalam pengurusan wang.

Melayan keinginan sudah pasti sesak nafas pula untuk perbelanjaan sepatutnya. Sememangnya kedudukan kewangan pembeli perlu turut sama kita ambil berat dan ketahui sebaik mungkin akan berapa banyak bajet mereka.

Rancang Belanja

2. Utamakan Keperluan Asas

Setiap manusia pasti akan mengutamakan keperluan asas mereka seperti makan, minum, tempat tidur dan menjalani kehidupan sehari-hari. Ada lebihan baru boleh difikirkan sama ada boleh ataupun tidak untuk membeli produk lain pula.

Itu pun mengikut keperluan. Bagi yang berkeluarga pendidikan anak-anak menjadi syarat utama untuk dijaga dan memastikan apa juga anak-anak mahukan di tunaikan dengan segera.

Kalau kita meniaga produk-produk keperluan asas mungkin tidak mengapa tapi bagaimana kalau kita hendak menjual barangan yang bukan keperluan asas. Semuanya perlu difikirkan bagaimana untuk menarik perhatian mereka.

Berjimat

3. Elakkan daripada Menanggung Kerugian

Pembeli pasti tidak mahu leka dan mudah terpedaya. Walaupun terdapat pelbagai promosi yang diadakan langsung tidak diambil peduli. Semuanya kerana keperluan harian yang pasti menghalangi untuk mudah terpikat dengan segala macam promosi dan tawaran yang timbul.

Tiada seorang pun yang sanggup untuk dijual beli melainkan diri sendiri yang sanggup untuk membeli apa yang diperlukannya sahaja. Carilah kaedah dan caranya menawarkan apa juga produk yang dijual agak kerugian tidak dialami oleh mereka sebagai pelanggan kita nanti.

Berjimat Cermat

4. Menyelesaikan atau Menambah Masalah?

Berilah dan wujudkan kefahaman kepada pembeli bagaimana produk yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini.

Tunjukkan secara berfakta dan logik akal agar apa juga yang ditawarkan nanti mempunyai nilai kepada mereka sebelum tawaran diterima. Selagi penerangan yang betul tidak diberikan selagi itulah prospek/pelanggan akan meragui dan waswas akan apa yang kita tawarkan.

Kita yang menjual kena fikirkan seperti mereka dan bukan fikirkan kemahuan kita. Berada dalam situasi mereka agar boleh kita ketahui apa masalah mereka. Kerana itu banyakkan bertanya dari banyakkan bercakap. Kenal pasti dahulu apa yang mereka mahukan agar kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan.

Tak guna produk kita paling baik, terhebat dan mendapat pujian ramai tapi sayangnya kehendak pasaran langsung tidak kita ambil tahu dan peka. Seimbangkan agar jualan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Kredit foto: iamtonyangWOdog62A4ZInabung7623249624


Tags: , , , , ,

Komen (3)

Pendapat anda?