Keusahawanan : Kepentingan Perkhidmatan Pelanggan Kepada Perniagaan Anda (Infografik)

May 17, 2013 — Penulis:

Kategori: Komunikasi / Pemasaran

“Customer satisfaction is worthless. Customer loyalty is priceless..”
– Jeffrey Gitomer

Sebagai usahawan, ramai diantara kita yang memandang enteng sahaja berkenaan dengan perkhidmatan pelanggan terutamanya selepas produk berjaya dijual kepada pelanggan.

Ramai yang menganggap tanggungjawab usahawan hanyalah sebelum dan ketika jualan dihasilkan, iaitu dari proses menjual produk sehinggalah produk tersebut diterima oleh para pelanggan sahaja. Ramai yang tidak tahu bahawa perkhidmatan selepas jualan juga penting dan merupakan tanggungjawab setiap usahawan.

Cuba anda bayangkan, apakah perasaan anda apabila..

Anda membeli satu produk kecantikan setelah terpujuk serta tergoda dengan kata-kata dan janji syurga oleh jurujual tersebut..

Setelah anda pulang ke rumah, anda dapati tiada panduan cara penggunaan serta pantang larang untuk menggunakan produk tersebut.

Jadi anda pun cuba menghubungi mereka.. Tetapi apabila anda cuba menelefon, jurujual tersebut tidak melayan panggilan anda..

Sudah pasti anda akan berasa sangat kecewa dengan jurujual tersebut dan merasa tertipu serta berjanji pada diri anda agar tidak lagi membeli apa juga produk daripada mereka!

Begitu jugalah yang dirasakan oleh para pelanggan anda jika anda tidak mementingkan perkhidmatan pelanggan ini. Anda bukan sahaja akan kehilangan kepercayaan pelanggan anda, anda juga bakal kehilangan bakal pelanggan setelah membaca mengenai keburukan perkhidmatan pelanggan anda daripada “bekas” pelanggan anda sendiri.

Pada hari ini, platform media sosial dibina untuk menghubungkan antara anda dengan para pelanggan anda dengan lebih mudah. Jadi, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengendahkan perkhidmatan pelanggan anda!

Infografik berikut menunjukkan apakah yang akan berlaku jika anda mengabaikan perkhidmatan pelanggan dalam urusan perniagaan anda.

khidmat pelanggan

(Sumber infografik: HelpScout)


Tags: , , , , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (1)

  1. Betul2.. Walaupun ada yang minta yang bukan-bukan, nak tak nak kena layan juga demi menjaga hubungan diantara pelanggan. :)

Pendapat anda?