Kisah 5 Usahawan Yang Beri Inspirasi Kepada Kita Untuk Buka Bisnes Seawal Yang Mungkin | Majalah Niaga
ISI KANDUNGAN
Introduction Ruangan Komen

Zaman ini, golongan usahawan milenia yang sudah berjaya semakin ramai dan bisnes mereka ada di merata-rata. Seolah-olah menjadi trend di mana golongan muda mula berniaga sejak di zaman universiti lagi.

Mereka bermula kecil-kecilan, sama ada dengan menjadi freelancer ataupun membuat bisnes kecil di samping belajar. Berikut adalah kisah inspirasi 5 orang usahawan yang bermula dari zaman mereka di universiti lagi.

1#Pat Flynn

Pat Flynn adalah lelaki yang membuat 300,000 dolar setahun dengan medium perniagaan online. Pat adalah usahawan yang membina website iaitu ‘Smart Passive Income’. Beliau turut menjadi coach kepada beberapa program, mempunyai beberapa podcasts dan buku. Apa yang menarik tentang cara Pat berniaga adalah beliau seorang yang sangat transparen dengan kerjanya.
Beliau sentiasa kongsikan pendapatan bulanannya dengan para pembaca websitenya. Menariknya, dia dengan jujur memberitahu pembaca, cara menjana pendapatan apa yang berkesan untuknya dan cara apa yang tidak.
Ramai usahawan malu untuk mengaku kegagalan dan hanya mahu bercerita mengenai kejayaan. Pat berkongsi kedua-dua kejayaan dan kegagalannya dan menggelarkannya sebagai “the crash test dummy of online business” agar orang lain boleh belajar daripada kedua-duanya.
Ternyata dia bukan seorang yang kedekut ilmu. Pat memulakan projek bisnesnya semasa dia bekerja sepenuh masa dengan orang lain. Apabila dia diberhentikan kerana dasar pengecilan syarikat, Pat terus terjun ke bidang bisnes sepenuh masa walaupun dia sendiri akui itu adalah tindakan yang menakutkan.

#2-Tim Ferriss

Tim Ferris adalah bapa gaya hidup yang terkenal kerana bukunya The Four Hour Workweek mendapat sambutan yang luar biasa. Tim berkongsi strategi untuk gaya hidup yang sihat dimana banyak perkara boleh dilakukan dalam masa yang lebih pendek.

Buku ini sangat membantu para usahawan kerana mereka mampu menggunakan masa mereka dengan semaksimum yang mungkin terutama sekali para usahawan yang masih lagi belajar dan bekerja sepenuh masa.

Dalam bukunya, Tim berkongsi strategi untuk pembahagian tugas, penyingkiran dan sebagainya yang sangat berguna bagi kita yang asyik rasa tak cukup masa.

#3-Noah Kagan

 

Noah merupakan pengasas AppSumo, satu perisian online yang fokus terhadap tool pemudah cara untuk usahawan. Noah merupakan bekas pekerja di Facebook. Apa yang menarik tentang Noah adalah dia hanya buka bisnesnya dalam masa 24jam.

Dia telah dicabar untuk, mulakan satu bisnes dalam masa 24 jam dengan modal sebanyak 1000 dolar. Ia adalah tindakan yang berani dan berisiko tetapi bijak dan rancangannya perniagaan kilatnya berjalan dengan lancar.

#4-Nick Loper

 

Nick Loper asalnya adalah seorang tukang cat rumah di kawasan kediaman kolej. Pendapatan dia tidaklah sebesar mana dan hanya selain mengecat rumah, dia juga turut buat jualan dari rumah ke rumah.

Walaupun selepas tamat pengajian di universiti, dia masih meneruskan aktiviti perniagaan keicl-kecilan di samping melakukan pekerjaan tetapnya.

Podcast dan blognya mendapat sambutan ramai. Matlamatnya bukan sahaja untuk bantu orang mula berniaga akan tetapi untuk bantu mereka bebas daripada pinjaman peribadi.

Usaha dan matlamat bisnesnya sangat berguna untuk para usahawan universiti terutamanya pelajar yang sering bergelut dengan masalah kewangan.

#5-Ava Anderson

 

Ava memulakan syarikatnya semasa dia berusaha 14 tahun. Pada ketika itu dia mempunyai satu masalah yang dia ingin selesaikan maka di situ tercetuslah idea untuk syarikat Ava Anderson Non Toxic.

Ava meneruskan bisnes kosmetik ini semasa menyambung pengajian ke kolej dalam jurusan bisnes dan keusahawanan.

Kata Ava, dia sentiasa menguruskan masa dengan menyusun jadual dan peruntukkan beberapa jam untuk beri fokus kepada kerja setiap hari.

Apa yang kita boleh belajar daripada Ava adalah, kalau ada minat dan semangat yang tinggi, usia bukan penghalang dan ukuran untuk kita buat bisnes dan berjaya.


Tags: , ,
Artikel Berkaitan
Komen & Lain-lain