#StatusPilihan Kisah Benar – Pengajaran Setelah Tersontot Emas

February 02, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Jika sebelum ini artikel mengenai tersontot emas menjadi antara bacaan tertinggi pada minggu lepas, kali ini kami kongsikan kisah benar pelabur yang tersontot tapi berjaya mendapatkan semula wang pelaburannya.

Melalui status Facebook Brado Kapak pada 28 Januari 2015, beliau berkongsi dengan pembaca 7 pengajaran yang diperolehi setelah tersontot emas.

Perkongsian status beliau boleh didapati disini:

Alhamdulillah. Kesemua modal yang tersangkut dalam dunia emas telah berjaya diterima kembali walaupun ada kerugian dari sudut spread harga. 100% berjaya menuntut hak saya daripada sontotan sebelum ini.

Walaupun tak dapat full 100% seperti modal asal dan rugi banyak disebabkan spread harga emas yang floating, tapi saya bersyukur kerana berjaya terima pemulangan semula disaat orang lain masih ramai merintih mengemis wang sendiri.

Pelajaran paling utama yang saya terima:

1. Kalau nak serta apa-apa jenis skim, jadilah orang terawal dan exit game sebelum 3 bulan skim pelaburan tu ada dalam market. Sebab selepas 3 bulan, dijamin setiap skim itu akan goyah melainkan real business.

2. Jangan sesekali main menggunakan Other People’s Money (OPM)  jika kita tak mampu cover balik modal OPM itu tadi dengan modal sendiri. Natijahnya, ramai ejen yang dipersalahkan dan menanggung rugi akibat terlebih kejar untung.

3.  Sentiasa jujur dalam meniaga dan kalau nak menipu, jangan sampai terkantoi dengan pelabur. Banyak pengelola cuba tipu saya tapi gagal. Mereka kata tidak  park pada orang lain dan tiada barang dah, Rupa-rupanya barang berkilo-kilo  lagi simpan kat proksi.

4.  Berfikir jauh dalam setiap perkara dan bijak dalam mengambil tindakan. Jangan mudah percaya kata-kata orang yang menipu kita lebih dari dua kali. Jika pengelola tipu dua kali, ambil terus tindakan kepada mereka jangan bagi peluang lagi kerana janji yang ketiga dan seterusnya adalah palsu.

5. Pastikan dalam apa jua bisnes yang melibatkan angka melebihi 6,7, 8 angka, anda sudah ada undang-undang di kiri dan kanan anda. Jika tidak, anda mudah diperkotak-katikkan.

6. Jika ada sesuatu bisnes ditawarkan kepada anda dgn pulangan melebihi 40% profit ROI dlm sebulan, itu semua tipu belaka melainkan anda sendiri yang menguruskan bisnes tersebut.

7. Ingat 9/10 daripada rezeki itu datang daripada bisnes. 10/9 masalah juga datang daripada bisnes. Dan pelaburan paling cepat memberi pulangan sudah pasti emas kerana dalam forex, graf gold juga yang paling cepat pergerakannya.

Jangan sesekali mempermainkan emas kerana emas ini adalah makhluk yg hidup dan boleh mempermainkan kita semula saat kita menyalahgunakannya.

Alhamdulillah, pujian syukur ke HadratNya.

P/s: Jangan tanya saya macam mana saya tuntut hak saya. Sebab saya dah penat dari dunia emas dan nak mula beransur ke dunia yg lebih luas. Sekarang adalah masa utk sy recover income sendiri untuk bayar semula hutang-hutang OPM yang telah saya kutip. Beri saya peluang untuk selesaikannya sebelum pertengahan tahun ini.

Apapun, tahun ini saya akan lebih proaktif dan berkembang maju dikala tahun sengsara ini tiba. Bersiap sedialah kamu dengan tahun dimana akan dtg 6 bulan kemarau kepada kita. Kemarau panas dan kemarau ekonomi.

Outside there, still lot more real business to do. Explore it, you will success !

“Den dah penat…. den nak berehat.”

Sekian.


Komen (2)

Pendapat anda?