Kisah Jutawan Fotografi Saiful Nang Dalam Edisi #18 Majalah Niaga!

September 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kurniaanNya, dapat kita berjumpa lagi dalam penerbitan e-majalah Majalah Niaga buat kali ke 18. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga untuk tahun ini, dan ternyata pembaca setia ternanti-nanti setiap kali ezine akan diterbitkan. Edisi kali ini kembali dengan penuh bergaya.

Klik untuk download Majalah Niaga Edisi 18

Untuk makluman semua, kami telah berjaya menemuramah seorang usahawan terkenal dalam industri fotografi tanah air, iaitu tuan Saiful Nang. Kami mengambil keputusan untuk memilih beliau untuk diketengahkan pada edisi 18 disebabkan ingin meluaskan lagi skop keusahawanan serta menarik pembaca di kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia.

Siapa Sebenarnya Saiful Nang?

Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.

Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.

Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.

Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.

Muat Turun Edisi 18 Majalah Niaga Sekarang

Cerita di atas adalah sebahagian daripada kisah kehidupan dan bisnes tuan Saiful Nang. Dalam edisi 18 ini juga dimuatkan dengan 13 artikel, hasil perkongsian dari 12 penulis kebanggaan kami. Untuk memuat turun Edisi 18 Majalah Niaga, tuan puan hanya klik pada pautan di bawah:

Muat Turun e-Majalah Niaga Edisi #18 Disini (klik)Β (13mb)

Semoga edisi kali ini dapat dimeriahkan lagi oleh para pembaca, dengan berkongsi kepada rakan-rakan, terutama melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Tuan puan juga digalakkan untuk mencetak e-majalah ini sebagai hard copy. Untuk kongsikan pautan muat turun dengan cara mudah dan ringkas, tuan puan hanya klik pautan di bawah.

Kongsikan kepada rakan di Facebook.

Kongsikan kepada rakan di Twitter.

Jutaan Terima Kasih Kepada Yang Terlibat

Di kesempatan ini juga, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang menjayakan edisi 18 Majalah Niaga, termasuk Cikpuan Siti Jamilah yang sudi mengatur pertemuan kami bersama pihak Saiful Nang.

Terima kasih juga kepada tuan Saiful Nang, Tuan Azman Salikin selaku Pengurus Pemasaran di atas kerjasama yang hebat bagi menjayakan projek amal ini. Sekalung penghargaan juga kepada desainer terhebat kami, Cikpuan Marlia Muhammad kerana bertungkus lumus untuk menghasilkan sentuhan emas pada desain e-majalah ini.

Akhir sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami ucapkan kepada para pembaca setia Majalah Niaga yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan perangsang kepada pihak kami, bagi menjayakan e-majalah kali ini. Insya Allah, kami akan bawakan perubahan demi perubahan yang baik bagi membawa portal keusahawanan ini sebagai rujukan utama buat para usahawan dan bakal usahawan.

Sekali lagi , terima kasih dan selamat membaca daripada kami!


Tags: , , , , , , ,

Komen (69)

  1. seronok baca majalah niaga edisi 18 nie. Penuh dengan pengisian yang powerful. Masih boleh dipertingkatkan lagi agar boleh menjadi setaraf majalah bercetak popular 1 hari nanti. Kami pembaca akan terus menyokong usaha Tim Majalah Niaga.

    Semoga terus berkembang Majalah Niaga ini…

      1. selagi penulisan Majalah Niaga memberi input menarik kepada usahawan, kami semua pasti akan terus menyokong segala usaha Tim Majalah Niaga.

  2. Alhmdllh, rase syukur and hepi once da bace Majalah Niaga ni… perkongsian yang padat dan sangat menarik… sume artikel saya suke, yg paling suke pasal ‘8 tip kepimpinan Jose Mourinho’ and of coz cover story…:) rase cm xcaye magazine ni free :)), xtra credit to all yg involve dlm magazine ni, moga tampil lebih hebat dengan tips2 menarik utk edisi akan dtg… semoga usaha kalian mendapat redha Allah amin…

  3. antara ikon yg disegani.. sya baru nk mengenali dunia bisnes fotography.. boleh jdi rujukan dan kata2 smangat.. πŸ™‚ al maklumlah.. bisnes ni memerlukan modal yg besar.. kan? πŸ™‚

    1. Yesza! Aah, tuan Saiful Nang merupakan ikon fotografi Malaysia yang kita patut contohi. Dan dalam edisi 8 ini, tip-tip yang diberikan bukan hanya boleh dipraktikkan dalam bisnes fotografi sahaja, bahkan juga bisnes yang ‘common’. heh!

  4. Saiful Nang memang memberi inspirasi… terutama kepada fotographi luar sana..
    kepada saya, memberi inspirasi untuk menjadi jutawan macam dia.. cuma bidang je lain

  5. Salam. Tiada yang perlu dibanggakan dengan hasil yang syubhah. Mengambil & menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat. Menutup aurat wajib bagi semua umat Islam. Adakah kamu ingin menjadi sebahagian dari penyebab2 lebih ramai melanggar hukum Allah? Insaflah. Hidup ini bukan semata kerana duit.

  6. salam..
    tahniah di ucapkan pde saudare saiful nang..
    anda mmg hebat…bangge dgn adenye anak melayu seprti tuan..
    moge kite dpt amik tip2 dan nasihat yg beliau utarakan…

  7. Saya mendoakan kejayaan peniaga seperti teamflaerbiz maju. Sb melalui penilaian saya, setiap design dan hasil amat kemas. Bersih saja. Semoga lg byk usahawan melayu membina perniagaan yg tampil kemas sprti anda.

  8. wah.meanrik tajuk kali ini. tidak terfikir majalah kali ini akan cerita tentang Saiful Nang.Terima kasih team majalahniaga forsharing.it’s really worth to read! πŸ™‚

  9. buah tangan terbaik dr MN….kalau dapat diselitkan kisah kejayaan segelintir pemuda kita yang berjaya dalam kategori masing-masing rasanya MN akan dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk turut sama menghargai kejayaan mereka.

    1. Terima kasih neo atas sokongan yang tidak berbelah lagi. Terima kasih juga kerana memberi cadangan baik. insyaAllah perkara ini akan disampaikan dalam miting pihak pengurusan nanti. πŸ™‚

  10. bro saiful nang buat saya teruja nk terjun dunia fotografi… inshaAllah tgh menunggu DSLR pertama x lama lagi.. mohon tunjuk ajar… hehee

  11. Terbaek..impian kita sama..dalam membantu golongan usahawan kat malaysia ni…hope majalah niaga semakin berkembang.. =)

  12. assalamualaikum…
    terima kasih di atas segala ilmu yang dikongsikan. walaupun agak lambat tapi saya bersyukur kerana saya dapat menemui satu ezine yang bernilai untuk menimba ilmu dalam dunia perniagaan dan pelaburan.
    terima kasih sekali lagi..

Pendapat anda?