-
Pengiklanan Premium
Kisah Jutawan Senyap Dalam Majalah Niaga Edisi #17!
Ditulis oleh Tim Majalah Niaga pada 14 Jun 2011 dalam Umum
Alhamdulillah, selepas berhempas pulas menyiapkan e-majalah Edisi 17 Majalah Niaga selama 3 bulan, hari ini tiba masanya untuk kami melancarkannya. Sedar tak sedar, sudah 6 bulan kami menerbitkan Majalah Niaga, kami berharap segala perkongsian selama ini dijadikan panduan dan rujukan sepenuhnya oleh para pembaca .

Kami cuba sedaya upaya menjaga kualiti artikel dan sentiasa meluaskan lagi topik keusahawanan , bagi memperbanyakkan lagi perkongsian di Majalah Niaga.
Untuk edisi kali ini, pertama kalinya kami menemuramah seorang jutawan yang cukup terkemuka di Malaysia, iaitu Dato’ Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Li. Temuramah ini sudah tentu membongkarkan kisah beliau yang sering menjadi inspirasi para usahawan sejak dahulu lagi.
Buat makluman para pembaca , beliau amat terkenal dengan penghasilan buku-bukunya yang merupakan buku best-seller, seperti Orang Kaya Bertaqwa, Menjejaki Jutawan Senyap, Aku Tak Nak Miskin, dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik tentang Dato’ Chef Li adalah kisah kehidupan dan perjalanan bisnes beliau.
Beliau pernah gagal ketika awal pembabitan dalam dunia bisnes, iaitu ketika menubuhkan Kilang Burger Rusly 10 setahun yang lalu. Ketika itu, hidupnya mula dengan dikelilingi dengan hutang mencecah ratusan ribu ringgit. Sehinggakan beliau dikejar oleh pihak bank & diistyiharkan sebagai muflis.
Beliau mula sedari kesilapan lalu dan segera bangkit dengan merantau ke nusantara, untuk mencari mentor. Selepas meneruskan perjuangan beliau dalam dunia bisnes, Dato’ Chef li telah memulakan bisnes pasar malam.
Hasilnya, beliau dapat melangsaikan kesemua hutang hampir setengah juta ringgit, dan jumlah simpanannya sudah mencecah RM 1 juta, sekaligus beliau digelar jutawan senyap!
Sehingga kini, Dato’ Chef Li telah menempuh dunia perniagaan selama 20 tahun dan memiliki kolej sendiri, yang diberi nama Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU), serta mengadakan seminar-seminar keusahawanan, bagi membongkarkan resepi kejayaan beliau.
Selain itu, ezine Edisi 17 juga dimuatkan dengan 10 artikel keusahawanan yang dipilih sebagai bahan bacaan terbaik kepada para pembaca.
Terima Kasih Atas Sokongan Semua
Di kesempatan ini , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Chef Li kerana sudi untuk meluangkan masa, berkongsi pengalaman & pengetahuan kepada para pembaca Majalah Niaga.
Juga tidak ketinggalan kepada saudara Mohd Saidin kerana memberi kerjasama sepenuhnya, bagi mengatur masa dan tempat untuk sesi temuramah kami. Terima kasih juga kepada para penulis kerana memberi kerjasama sepenuhnya.
Kami juga menghargai sokongan moral daripada para pembaca, yang tidak putus-putus memberi sokongan sepenuhnya kepada kami untuk terus menerbitkan artikel berkualiti di Majalah Niaga.
Semoga pelancaran ezine Edisi 17 Majalah Niaga ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama kepada para usahawan, dan bakal usahawan yang tercari-cari bahan bacaan keusahawanan di medium maya ini.
Muat Turun Edisi 17 Majalah Niaga Sekarang Juga!
Untuk memuat turun ezine Edisi 17 Majalah Niaga, hanya perlu klik pada pautan di bawah :
Download Ezine Edisi 7 Majalah Niaga & Audio Temuramah Dato’ Chef Li (Saiz File 20.4MB)
Download Ezine Edisi 7 Majalah Niaga (Saiz File 9.3 MB)
Download Audio Temuramah Dato’ Chef Li (Saiz File 11.1 MB)
Semoga perkongsian ini tersebar luas dan kami harap para pembaca dapat kongsikan kepada rakan-rakan, untuk bahan bacaan bersama. Biarlah bahan bacaan ini tersebar luas, dan tercapailah hasrat kami untuk mendidik masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai keusahawanan yang betul.
Pertandingan Review dan Hosting Bernilai RM1,000
Bagi merancakkan lagi pelancaran ezine Edisi 17 ini, pihak kami mengadakan pertandingan review , khas untuk para blogger. Kami akan memilih 3 review terbaik untuk dinobatkan sebagai pemenang, dan kami menyediakan saguhati yang telah ditaja oleh Server Freak.

Saguhati adalah 3 akaun Elite Hosting, yang bernilai RM300/setahun. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej hosting ini disini : http://www.web-hosting.net.my/linux-shared-hosting-cpanel.html
Bagi memastikan kualiti ezine Majalah Niaga terjamin, kami menetapkan beberapa syarat sebelum anda menulis reviu di blog.
Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan :
- Artikel mestilah menerangkan sekurang-kurangnya 5 sebab kenapa pembaca perlu memuat turun edisi 17 Majalah Niaga
- Tajuk artikel mestilah mempunyai perkataan ‘Edisi 17 Majalah Niaga’.
- Tarikh pertandingan bermula 16/06/2011 sehingga 1/07/2011. Keputusan pertandingan kami akan maklumkan melalui Twitter ataupun Fan Page rasmi Majalah Niaga
- Hantarkan link artikel ke majalahniaga[at]gmail.com untuk proses pengadilan. Pihak kami berhak untuk menolak artikel reviu yang tidak menepati mana-mana syarat di atas.
- Keputusan adalah muktamad.
Dalam kesempatan ini juga, pihak Majalah Niaga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Serverfreak, atas kesudian mereka untuk menaja pakej hosting yang nilainya lebih daripada RM1,000.
Semoga kita semua dapat manfaatkan peluang ini, untuk menggunakan salah satu perkhidmatan hosting yang terbaik di Malaysia, bagi membina perniagaan internet. Sentiasa fokus untuk berikan reviu yang terbaik, mengenai blog kami iaitu Majalah Niaga (dot) com.
Sekali lagi, terima kasih & selamat membaca!
Tags: buku chef li, dato chef li, dato rusly abdullah, dr rusly abdullah, ezine majalah niaga, Majalah Niaga, menjejaki jutawan senyap, temubual bersama usahawan
Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi? - @ServerFreak Menaja Hadiah Review @MajalahNiaga Edisi Ke-17 | Twit 'N' View
- 5 Sebab Kena Baca Edisi 17 Majalah Niaga | afzallaidin's blog
- Ada apa dengan Edisi 17 Majalah Niaga? | ajoiblog.com
- 5 Sebab kenapa korang patut baca Majalah Niaga edisi ke 17 | EarnCent.com
- Edisi 17 Majalah Niaga | Lepat Blog
Trackbacks/Pingbacks




Ada typo di sini :
Tajuk artikel mestilah mempunyai perkataan ‘Edisi 7 Majalah Niaga’.
Tahniah tim majalah niaga, ok nak download sekarang.
terbaik! Penulis buku yang saya baca ketika SPM dulu yang menaikkan semangat untuk berniaga!
dah habis tarikh tutup untuk review?
hehe…br keluar ezine dh tamat tempoh review…typo ler tu…
Tarikh pertandingan tu betul ke? Macam salah je, sebab tarikh update post ni pada 14 Jun 2011.
dah tarikh tamat?? huk3..
OK maaf, dah perbetulkan tarikh, cekidout!
Tindakan yang pantas.. Memang terbaik daripada Tim Majalah Niaga.
maaf atas kesilapan, terlepas pandang. apapun, kami harapkan lebih ramai para blogger mengambil peluang kali ini, yosh!
ok tarikh review dah betul..
Alhamdulillah
hari tu tak sempat nak review..aku cuba plak kali nih..
terbaik……
Majalah Niaga, the online resources that we should pay – not for free! Top Class!
Terbaiklah geng majalah niaga!
Majalah yang terbaik dari team yang terbaik…
Appreciation for this inofraimton is over 9000thank you!
Buat masa ni Tim MajalahNiaga TERRRBAIKKK di nusantara ini .
Dua kali download yang no 2..Majalah Niaga sahaja tanpa audio tapi tak boleh buka, invalid…hu hu..tulun tulun…saya mmg minat dan kagum dgn Dato’ ni, sekarang momentum bisnes tahap gaban la..semoga Team MN dapat bantu lancarkan urusan download ni..boleh juga masuk bertanding review . TQ
majalah yang terbaik..banyak memberi ilmu dalam dunia perniagaan…banyak artikel yang terbaik dan memberikan panduan dan ispirasi untuk saya….
Tahniah kerana telah berjaya
melancarkan Majalah Niaga
Edisi 17
Terima kasih juga kerana dapatkan
temuramah bersama mentor jutawan
Dato’ Dr. Rusly Abdullah…
Pasti banyak ilmu & pengalaman
yang dapat dipelajari…
terbaik!!!
Hebat!
Thanks team MajalahNiaga, interview bersama Dato Chef Li
betul2 memberi inspirasi…:)
Tahniah kepada team majalah niaga. Terbaik..:)
meme tiptop la audio temuramah tu
good job majalah niaga.teruskan perkembangan korang lagi ya aqif n aqill (macam nama adik beradik je korang)
Tahniah majalah niaga.. Edisi terbaru ni lebih gempak.
terima kasih team majalah niaga atas temuramah dr chef li, pernah datang dia punya seminar…
ye ke? boleh percaya?