Kronologi Pelaburan Emas : Jangan Sampai Terlemas!

July 01, 2013 — Penulis:

Kategori: Logam / Pelaburan

Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang jatuh menjunam. Ia merupakan kejatuhan harga yang terendah dalam masa 3 tahun semenjak 2011.

Sekitar tahun 2010-2011 dahulu, dunia telah menyaksikan kenaikan harga emas mendadak sekitar tahun 2010 dan kemuncaknya pada hujung 2011.

Pada ketika itu, syarikat-syarikat pelaburan emas semakin banyak ditubuhkan. Malahan usahawan emas pula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kursus-kursus dan seminar-seminar pelaburan emas laku keras bagai goreng pisang panas.

Fenomena ini juga disebut sebagai ‘Gold Mania’.

2010 – 2011: ‘Gold Mania’

Ramai orang berebut-rebut hendak membeli, melabur serta menyimpan emas. Sewaktu itu, ia merupakan satu hasrat yang sungguh murni. Malah ada yang sanggup bergolok-gadai membuat hutang semata-mata untuk melabur di dalam pelaburan emas ini.

emas2

Bayangkan, daripada makcik kantin sehingga bertaraf CEO syarikat, semuanya bercakap mengenai emas. Bank-bank juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan akaun emas kepada para pelanggan mereka. Malah, Nescafe pun turut menawarkan emas sebagai hadiah utama!

Tahukah anda siapakah yang paling untung ketika ini?

Sudah tentu penjual emas dan bukannya pembeli emas!

Kalis Inflasi

Sekitar 2011, ketika demam emas sedang memuncak saya selalu berkongsi tip-tip pelaburan yang mengatakan bahawa pelaburan emas SAMA sahaja dengan pelaburan-pelaburan hartanah, saham, unit amanah dan lain-lain lagi.

Ia ada untung, ia juga ada rugi. Ada naik, ada juga turun. Ia ada risiko!

Perkara ini ditentang hebat oleh segelintir pemain-pemain dalam pelaburan emas yang mengatakan emas adalah kalis inflasi kerana harga emas akan sentiasa naik dan tidak akan turun. Jika turun pun, ia akan naik kembali dengan lebih tinggi.

Ya, ia benar, ada naik, turun, dan mampu naik kembali lebih tinggi. Itu namanya pelaburan. Setiap pelaburan mempunyai risiko dan ia sama sahaja dengan pelaburan-pelaburan lain.

Matawang Syariah

Saya masih ingat lagi, status saya mengenai pelaburan emas dan risiko telah dikongsi dalam sebuah group tertutup tentang pelaburan emas.

Ada yang mengkritik saya kerana saya tidak menyokong pelaburan emas dan membuat kesimpulan bahawa saya tidak menyokong sistem matawang syariah berasaskan dinar dirham.

Malah ada juga yang menghentam saya apabila mengetahui profil saya sebagai perunding kewangan Islam dan takaful sebagai penyokong industri riba dan kapitalis kerana saya berada di dalam industri yang bernaung di bawah Bank Negara yang mereka anggap sebagai simbol kapitalis.

Ketika demam emas ini memuncak, seruan dinar dirham emas untuk menggantikan wang kertas ada di mana-mana dan sentiasa diperkatakan.

Ia adalah satu perkembangan yang sihat namun hakikatnya dalam sistem ekonomi kewangan Islam, perkara utama yang perlu ditekankan ialah menghapuskan saki baki riba bukan menghapuskan sistem mata wang kertas.

Tambahan pula sistem mata wang kertas terdapat khilaf di kalangan ulama dalam perkara tersebut, manakala soal riba pula memang tiada khilaf langsung bahawasanya ia haram mutlak.

Ia dikuatkan lagi dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri yang menyeru agar emas dijadikan sandaran matawang dunia menggantikan USD. Selain itu, perkembangan ini turut disokong dengan pengenalan matawang dinar dirham oleh Kerajaan Kelantan.

2012: Demam Beransur Kebah

Pada tahun 2012, harga emas tidak begitu memberangsangkan sebagaimana tahun sebelumnya. Namun emas masih mendapat sambutan walaupun ia tidak semeriah dahulu.

Syarikat-syarikat emas tetap bertumbuh, usahawan-usahawan emas masih ramai dan seminar-seminar emas masih mendapat tempat.

Tetapi, langit tidak selalunya cerah. Pada penghujung 2012, satu serbuan besar-besaran Bank Negara Malaysia terhadap syarikat pelaburan emas Geneva Gold dan beberapa syarikat lain menyebabkan orang ramai lebih berhati-hati mengenai emas.

Bak kata pepatah, disebabkan seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Dalam kes ini, Geneva Gold menjadi kerbau yang membawa lumpur dan menyebabkan kerbau-kerbau lain turut terpalit lumpur pelaburan haram skim cepat kaya bertopengkan emas.

2013: …..

Perkembangan terkini, harga emas mulai susut dan ketika tulisan ini ditulis, maklumat yang saya peroleh daripada sahabat saya Tuan Pakdi Suzardi M yang juga seorang pelabur, harga hari ini menyusut kira-kira 30% berbanding September 2011 dan dianggarkan purata kejatuhan harga sebanyak 12% setahun.

wang

Apa yang saya dapat simpulkan sebagaimana yang ditulis tadi, emas sama sahaja seperti pelaburan lain dan tetap mempunyai risiko.

 

Tip & Panduan Pelaburan

Akhir sekali, saya ingin kongsikan dua tip utama dalam pelaburan yang boleh digunakan dalam mana-mana pelaburan tidak kira emas, hartanah, saham, unit amanah dan sebagainya.

1. Ilmu – Pelaburan Sebelum Melabur

Pelaburan yang paling utama sebelum melabur ialah pelaburan untuk menuntut ilmu. Ini yang membezakan orang yang membuat untung dengan orang yang rugi dalam pelaburan.

Sebenarnya, ketika harga emas sedang naik tempoh hari pada 2011, orang yang paling untung ialah orang yang sudah siap-siap membeli emas sebelumnya dan menjual kembali ketika ramai orang sedang gilakan emas.

2. Jangan Terikut-ikut Orang Lain

Ia “common sense”.

Sifirnya begini; pelaburan adalah untuk menghasilkan keuntungan dan kekayaan.

Lihat di sekeliling kita, ramai orang yang kaya raya atau sebaliknya?

Sudah tentu lebih ramai orang yang tidak kaya, yakni majoriti yang biasa-biasa sahaja hartanya dan ramai juga yang miskin.

Maknanya hanya sedikit orang yang mempunyai ilmu untuk membuat wang dan ramai orang yang tidak mempunyai ilmu itu.

Jadi, ketika ramai orang sedang melabur dalam emas pada 2011, sebenarnya perbuatan itu tidak sekali-kali dilakukan oleh orang-orang yang berilmu dan kaya raya.

Maka, mengapa perlu ikut mereka?

Soalan: Jadi, apa yang perlu dibuat sekarang?

Jawapan: Cari pelaburan yang tidak ramai orang sertai dan buat keuntungan dari pelaburan tersebut.

Soalan: Apakah pelaburan itu?

Jawapan: Saya tidak tahu dan masih sedang berusaha mencari.

(sumber gambar: im thinking outloudepSos.dePiccolets)


Tags: , , , , , , ,

Komen (51)

  1. artikel yang baik, ini tuan.
    tidak kiralah pelaburan apa pun, ia tetap mempunyai risiko.
    ramai orang hanya mengikut trend… tanpa diri sendiri tidak mempunyai ilmu dan tidak membuat reseach sepatutnya

    1. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya 🙂

      Dalam blog beliau ada lagi banyak tulisan tentang perkara ini. Saya pun berguru dengan beliau 🙂

  2. Artikel yang baik saudara.

    Satu lagi pelaburan yang ‘takkan jatuh’ iaitu hartanah..
    Agak2 jika berlaku gawat dan harga hartanah jatuh merudum..
    Apa yang akan berlaku kat pelabur2 hartanah yang tumbuh bak cendawan ini?

  3. Perkongsian menarik.

    Saya mohon izin untuk memberikan sedikit komen tentang gold mania dari perspektif pelabur emas.

    Pada saya, persoalan siapa paling untung dengan pelaburan emas? Memang betul jawabnya ialah peniaga emas sebab mereka bukan sahaja melabur, tapi peniaga. Mereka bukan pasif, tapi aktif.

    Sama jugalah dengan apa-apa pelaburan sekalipun. Siapa paling untung dalam industri takaful? Tentunya ejen takaful. Siapa paling untung dengan unit trust, yang confirm untung ialah ejen unit trust. Siapa paling untung dengan saham? Yang confirm untung ialah remiser. Pelabur sebenar belum tentu untung nasibnya dalam pelaburan.

    Sebab tu Robert Kiyosaki suruh kita jadi “part of them”.

    Kekurangan Ilmu Peniaga Emas

    Dari sudut salah memberi nasihat tentang emas, itu bergantung kepada ilmu peniaga tersebut. Ada yang otai, ada yang baru setahun jagung, ada yang jujur ikhlas, ada yang ambil kesempatan, bahkan ada yang menipu. Perkara ni berlaku dalam mana-mana industri sekalipun, hatta takaful yang sepatutnya “Islamic” tu pun.

    Gold Mania, Siapa Pencetus?

    Gold mania bukan dicetuskan oleh small player, apatah lagi pembeli emas runcit. Gold mania wujud disebabkan hilangnya keyakinan terhadap matawang USD dan ekonomi US. US collapse, semua akan collaps termasuk Malaysia. Bahkan Tun Mahathir pun pernah suarakan pendapat bahawa kurang cerdik kalau Malaysia simpan USD.

    Bila matawang lemah, orang akan beralih kepada medium simpanan kekayaan paling selamat dalam sejarah manusia iaitu emas. Pembeli terbesar emas ialah bank-bank pusat. Banyak negara yang dah lama tak tambah gold reserve seperti Korea & Thailand mula borang emas secara besar-besaran sebagai langkah “precaution”. Venezuela mula membawa balik gold reserve yang disimpan di luar negara. Sebelum kejatuhan mendadak bulan April 2013 hari tu, German claim gold reserve yang disimpan di US untuk dibawa balik ke negara mereka tapi US janji akan pulangkan balik dalam masa 7 tahun. Kenapa perlu 7 tahun? Adakah emas milik German masih berada dalam simpanan US? Dan mulai April, harga emas jatuh merudum. Mungkinkah ini perancangan US untuk beli balik emas-emas yang hilang tersebut?

    Gold Mania, Adakah Sesuatu Yang Sihat?

    Bagi saya, gold mania sesuatu yang sihat. Ia memberikan awareness kepada masyarat dunia bahawa kekayaan sebenar adalah emas, bukan wang kertas. Wang kertas hanyalah kertas yang dicetak dan diletakkan nilainya. Ia di create “out of nothing”. Dan US tentunya tak suka bila dunia beralih dari wang kertas USD kepada emas sebab USD adalah nyawa mereka.

    Disaat kita monitor turun naik harga emas, dan melihat emas sekadar “buy low sell high”, siapakah penyimpan emas terbesar dunia? Pastinya US! US suruh kita beli kertas hijau USD untuk international trade, tapi US sendiri simpan emas! Agak-agak, siapa paling bijak?

    Bagi saya, gold mania satu fenomena yang baik. Awareness tentang emas adalah langkah pertama untuk kembalikan fungsi sebenar emas sebagai duit dan penyimpan kekayaan. Dalam proses tu, pasti ada yang rugi. Yang rugi ialah orang yang tak ada ilmu. Yang rugi ialah orang yang tamak (buat loan, main pajak dsb).

    Harga Emas Jatuh, Rugi Atau Rezeki?

    Harga emas memang jatuh sekitar 30% daripada peak price. Adakah kerugian bagi pelabur seperti saya? Pastinya tidak. Ia satu kegembiran dan saya harap ia akan jatuh lagi. Disaat orang hilang semangat membeli emas, orang yang faham akan borong sehabis-habisnya. Ia tetap emas dan ia tetap tulen. Saya mengumpul GRAM emas, bukan sekadar buy low sell high. Sebab at the end of the day, orang paling kaya ialah siapa yang memiliki berkilo-kilo emas, sebagai negara ‘terkaya’ sekarang ni ialah US – penyimpan emas terbesar dunia!

    Wallahu a’lam.

    1. Satu respon yang menarik dari Tuan Zulkifli.

      Saya bersetuju dengan semua tulisan Tuan, malah sememangnya ia selari dengan maklumat yang Tuan kongsikan.

      —-

      Cuma ada sedikit respon pada perenggan berikut yg ingin saya kongsikan;

      “Sama jugalah dengan apa-apa pelaburan sekalipun. Siapa paling untung dalam industri takaful? Tentunya ejen takaful. Siapa paling untung dengan unit trust, yang confirm untung ialah ejen unit trust. Siapa paling untung dengan saham? Yang confirm untung ialah remiser. Pelabur sebenar belum tentu untung nasibnya dalam pelaburan.”

      Ini respon saya;

      (1)

      “Siapa paling untung dalam industri takaful? Tentunya ejen takaful.”

      Takaful bukan instrumen pelaburan jadi agak tidak kena analogi g dibuat.

      Umpama kita membeli kereta, dan penjual kereta untung walhal kereta bukan instrumen pelaburan, ia instrumen pengangkutan. Dalam konteks takaful, ia perlindungan.

      (2)

      “Siapa paling untung dengan unit trust, yang confirm untung ialah ejen unit trust.”

      Ya, ini benar dan saya setuju 100%. Ini analogi yang paling tepat untuk membandingkan perkara siapa paling untung dalam setiap pelaburan.

      (2)

      “Siapa paling untung dengan saham? Yang confirm untung ialah remiser”

      Ini tidak berlaku begitu.

      Fungsi remiser dalam pelaburan saham tidak sama dengan fungsi ejen unit amanah. Dalam pelaburan saham, pelabur boleh untung 100% dalam masa sehari, seminggu atau sebulan sahaja. Malah boleh sahaja pelabur membeli dan menjual saham secara online tanpa remiser selepas membuka akaun.

      Lihat contoh pakar rujuk pelaburan saham peringkat dunia; Warren Buffet, siapa remisernya? Jika remiser lebih untung, tentulah remisernya lebih kaya dari Warran Buffet 🙂

      Wassalam.

      1. Dalam artikel ni tuan nyatakan siapa paling untung disaat gold mania. Dan tuan nyatakan peniaga emas lah paling untung.

        Persoalan sekarang, tuan bandingkan PELABUR dan PENIAGA. Tuan bandingkan customer dan seller, bukan pelabur sesama pelabur.

        Siapa ejen takaful? Mereka adalah PENIAGA. Siapa pembeli polisi takaful? Mereka adalah end consumer…

        Jadi, comparison antara peniaga dengan end consumer memang tak tepat. Ejen takaful in what situation tetap untung sedangkan pemegang polisi belum tentu untung nasibnya atas polisi yang dia miliki. Same goes to industri emas. Ejen adalah pemudah cara pembeli emas memiliki emas. In what situation, memang confirm la peniaga yang tentu untung berbanding pembeli emas…

        So, wajarkah tuan nyatakan bandingkan keuntungan peniaga emas dengan pembeli emas?

        🙂

  4. Saya hormati pandangan Tuan.

    Dalam masa sama, saya masih mengekalkan perbandingan tersebut dan dalam konteks tulisan di atas pembeli merujuk kepada pembeli emas dengan tujuan pelaburan sebagaimana pembeli unit amanah sebagai tujuan pelaburan.

    Dalam kedua-dua pelaburan emas dan unit amanah, yang paling untung adalah penjual bukan pembeli.

    Cuma dalam konteks emas, pembeli terbahagi kepada dua kategori;
    a. Pembeli untuk tujuan pelaburan,
    b. Pembeli untuk tujuan perhiasan.

    Tulisan di atas merujuk kepada kategori 1, iaitu pembeli untuk tujuan pelaburan.

    Memang sangat wajar membuat perbandingan kerana tujuan kedua-dua penjual dan pembeli emas / unit amanah adalah tujuan keuntungan. Jadi, penjual lebih untung berbanding pembeli emas / unit amanah.

    Wallahua’lam.

    1. “Tahukah anda siapakah yang paling untung ketika ini?”

      “Sudah tentu penjual emas dan bukannya pembeli emas!”

      “Perkara ini ditentang hebat oleh segelintir pemain-pemain dalam pelaburan emas..”

      Mohon maaf, sebab saya nampak tulisan tuan agak prejudis kepada peniaga emas. Hanya kerana SEGELINTIR, tuan generalise seolah-olah MAJORITI. Dan saya rasa ia tak adil untuk peniaga emas.

      Sama jugalah kalau orang tulis artikel prejudis tentang bidang kerjaya tuan i.e. ejen takaful. Seolah-olah statementnya begini, “anda ‘beli’ takaful, siapa paling untung? Pastinya ejen takaful… Pembeli cuma ‘untung’ kalau berlaku musibah, kalau tak, duit tu burn”. Kemudian ditokok tambah lagi isu ejen recommend polisi yang salah dengan profil risiko pelanggan yang menyebabkan pelanggan rugi membayar cover yang tak perlu. Tapi ejen tetap untung… Ejen mislead pelanggan dengan meletakkan sasaran keuntungan pulangan simpanan/ pelaburan (akaun peserta) yang kurang realistik dalam illustration, tapi ejen tetap untung… Sedangkan ia perbuatan SEGELINTIR… Bukan MAJORITI…

      Kelemahan / kekurangan tetap ada dalam masa kerjaya sekalipun. Ejen takaful ada sumbangannya kepada ekonomi, sama jugalah peniaga emas. Masing-masing ada peranan. Dalam konteks memberikan nasihat yang salah (mewar-warkan keutungan tak realistic), itu kesilapan peniaga tu. Sama juga kalau ejen takaful recommend polisi yang tak sesuai dengan profil pelanggan, itu kesilapan ejen tersebut. Mengeluarkan statement yang prejudis terhadap sesuatu kerjaya atas kesilapan biasa SEGELINTIR individu dalam lapangan tersebut bagi saya tak adil….

      Wallahu a’lam.

      1. Silakan, tiada masalah utk mengkritik mana-mana tulisan saya dgn fakta dan hujah.

        Kerana hanya orang yang memakan cili akan terasa pedasnya.

        Wassalam.

          1. Boleh teruskan mengkritik dengan hujahan dan fakta, bukan sekadar sangkaan.

  5. Terima kasih atas perkongsian. Pada saya ilmu sangat penting dalam apa jua pelaburan. Ikut2 orang ni mmg trend orang kita yang teruja nk dapat wang segera. Pokoknya, tidak ada jalan pintas utk jadi kaya. Kalau ada pun cuma beberapa kerat jer pun insan terpilih tu. Wassalam.

  6. Satu ulasan yang menarik.

    Dulu saya ingat saya yang tak paham ttg pelaburan emas bila mengandaikan ianya sama mcm pelaburan lain juga. Tidak kalis kejatuhan harga.

  7. Komen ttg perdebatan komen. Pada pendapat saya yang paling untung ialah:-

    1. Syarikat yang trade emas bukan agen emas
    2. Syarikat takaful bukan agen takaful
    3. Syarikat amanah saham bukan agen saham

    1. setuju sangat…

      so kalau nak untung paling best, bukak la syarikat yang lantik agen…hehe

  8. bagus hujah2 yang diutarakan dalam ruangan komen ni…

    pada geng2 penjual, tidak kira lah apa pun produk yang anda bawa, selagi kita tidak melanggar etika seperti menipu, menyorok fakta, manipulasi fakta etc, bila kita menjual, tugas kita adalah untuk menjual…period…

    menjadi tanggungjawab pembeli untuk menilai dan membuat kaji selidik tentang apa yang kita jual pada mereka…sama ada ianya sesuai ngan objektif mereka atau tidak…kita tidak boleh paksa mereka beli…kalau mereka decide nak beli, then apa2 yang terjadi kemudian adalah dibawah tanggungjawab mereka…

    kalau pembeli nak pandangan yang tidak bias, sila cari consultant yang neutral…tapi kena sedia untuk bayar fee consultant la…sapa yang nak buat kerja free kan…

    mari kita amik contoh pelaburan hartanah pula…semua tahu harga rumah sekarang mahal…tp adakah patut kita cakap kat semua orang ” weh korang, jangan beli rumah sekarang…nanti harga jatuh…” tapi bila nak jatuh? bapa banyak harga rumah akan jatuh? sapa yang boleh jawab semua tu? macam mana pula kalau harga rumah terus stagnant atau terus mendaki?

    ditambah pula dengan faktor setiap orang ada objektif masing2..satu advice pada seseorang mungkin tidak applicable pada orang lain…

    in summary, pembeli itu sendiri kena ada ilmu…kalau tade ilmu, sila belajar…cari guru yang neutral…kalau kena bayar, sila bayar…jangan kedekut duit untuk ilmu…tapi benda2 lain ada plak duit nak bayar…pastu bila dah tersilap langkah, salahkan semua orang…bising melalak2…

    mistakes is part n parcel in life…including investing…kalau kita buat untung dari pelaburan, kita bersyukur…jika buat silap,,learn from it…then move on…keep on learning…

  9. mohd zakaria
    July 8, 2013

    as salam…
    menarik komen di atas, saya teringat semasa saya pun cuba2 untuk melabur emas.. tapi mengalami RUGI… itu la sepak terajang berniaga..
    Sekarang saya melabur dengan VENDING MESIN yang menjual air bertapis… pulangan setahun Alhamdulillah 40%(RM500 sebulan sebelum tolak sewa tapak) dari modal permulaan(RM11,00 kontrak 6 tahun) which mean dalam masa 2 tahun modal dah return…. tahun ketiga dan seterusnya adalah tahun kutip untung sahaja…. alhamdulilah…
    mari sahabat seislam berjinak2 untuk business vending mesin…

  10. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pandangan serta ulasan rakan rakan . Berniaga dan melabur sudah pasti ada untung dan rugi. Bagi saya, hanya mereka yang memiliki ilmu yang baik dan bertindak dengan tepat akan beroleh keuntungan..buat apa pun tanpa ilmu, ia suatu tindakan yang merbahaya pada diri sendiri.

  11. Terima kasih diatas perkongsian pengalaman dan pandangan tuan. Saya harap orang yang membaca artikel ini sedar bahawa ilmu adalah penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Tanpa ilmu maka risiko kerugian sangat besar.

    Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman saya berkenaan penutup artikel ini. Mungkin boleh menamatkan “pencarian seseorang”

    —————————————————————————-
    Soalan: Jadi, apa yang perlu dibuat sekarang?

    Jawapan: Cari pelaburan yang tidak ramai orang sertai dan buat keuntungan dari pelaburan tersebut.

    Soalan: Apakah pelaburan itu?

    Jawapan: Saya tidak tahu dan masih sedang berusaha mencari.
    ———————————————————————————————-

    Pada pendapat saya, jika anda ingin melabur, ini adalah tempat terbaik

    1. Invest in knowledge.
    “An investment in knowledge always pays the best interest. Benjamin Franklin US author, diplomat, inventor, physicist”
    2. Invest in your own business
    3. Invest in asset (things that increase in value)

    Wassalam.

    1. Saya sokong komen Tuan Syukor selaku otai dalam industri pelaburan emas, dan ia selari dengan penekanan saya di akhir tulisan.

  12. Saya tidak perasan bila tulisan ini mencecah lebih seribu view dan menerima komen yg pelbagai, ada yg menyokong, ada yg tersinggung, ada juga yg tampak tidak puas hati.

    Terima kasih kepada semua yg membaca terutama tim Majalah Niaga yg sudi menyiarkan tulisan ini juga kepada yg memberi kritikan membina.

    Untuk makluman, saya pernah berpengalaman menjadi pemodal untuk bisnes emas ketika harga sedang memuncak dahulu, bersama adik saya Tuan Ammar Rawi di 916jewelleries.com.

    Ya, suka atau tidak, untuk mendapat untung dalam pelaburan emas atau mana-mana pelaburan adalah dengan menjadi pemain aktif atau peniaga atau ejen, bukan sekadar pelabur pasif yg membeli dan mengharap harga naik.

    Jika bercadang untuk menjadi pelabur pasif dalam pelaburan emas, elok jika membeli barang kemas untuk dijadikan perhiasan dan beli untuk tempoh minima 7 tahun. Dalam tempoh itu, ia dapat dijadikan perhiasan isteri.

    Begitu juga dengan takaful, jika Tuan-Puan bercadang utk mendapatkan untung daripada takaful, pilih untuk menjadi ejen takaful adalah lebih baik berbanding menjadi pelanggan sahaja.

    Salam Ramadhan!

  13. Tuan,

    Minta jasa baik tuan untuk menyiarkan komen tertutup tuan seperti yg tuan nyatakan di atas…

    “Matawang Syariah

    Saya masih ingat lagi, status saya mengenai pelaburan emas dan risiko telah dikongsi dalam sebuah group tertutup tentang pelaburan emas.”

    Terima Kasih

  14. Harga emas tgh turun mendadak, mesti ramai yang berebut2 beli..tokey2 kedai emai yg pening kepala.hari ni beli emas, esok makin turun dh xblk modal..utk jangka masa panjang borong je emas simpan kt bank..xpayah nk labur2 bagai hehe

  15. terima kasih atas perkongsian. Saya ada niat nak melabur dalam emas, dan menjadikannya set kepada keluarga, tapi setiap hari tengok kejatuhan harga emas. Ia mungkin positif, tapi mungkin juga negative.. Wallahualam

  16. Assalamualaikum shbt2 pembaca budiman sekalian, setelah membaca artikel dan pandangan shbt2 sekalian sya bersetuju bhw ilmu pelaburan emas tidak lagi seperti dulu, yg konsepnya beli dan simpan. Skrg ilmu bkaitan emas, manipulasi dan skil wajib dipelajari, supaya kita mjadi pelabur yg bijak. Bgmn seorg plabur emas mggunakn skil emas mjadikn modal dr 30ribu kpd 300ribu dlm masa 4bulan adalah sst yg tidak l0gik akal ttp tidak mustahil. Spt kata penulis ‘ilmu’, dan ianya bkn sst yg diperolehi dgn mudah. Wallahua’lam

  17. Perkongsian yang menarik dari Tuan Afyan.

    Memang penting memperlengkapkan diri dengan ilmu pelaburan, sebelum memulakan langkah untuk melabur. Tentunya dapat melindungi diri, dari terjebak dengan skim-skim yang tidak patuh syariah, dan berpotensi menghanguskan segala wang simpanan anda.

  18. jamudin idris
    July 15, 2013

    sungguh menarik komen-komen dan saya rasanya semuanya positif. saya setuju sangat dengan Encik Shukor. saya merumuskan apa-apa pelaburan memerlukan ilmu. mereka yang tiada ilmu akan terjerumus. ketika orang memilih emas, saya memilih perak. kenapa harga perak/dirham tak terjejas walaupun emas jatuh merudum? saya ada mendengar ceramah dari billioner perak, Hugo Salinas dari Mexcico yang mencadangkan beralih kepada perak. pandangan saya belilah emas atau perak daripada duit lebihan, jangan guna duit nak beli beras dan susu. semangat melabur.

  19. Cikgu M. Nihat
    July 16, 2013

    geng saya alyahya global akan menganjurkan Seminar Biznesman Muslim pada 14/9/2013. Harap tuan-puan semua dapat joint. Idea tuan amat baik dan dapat dikembangkan dalam seminar ini. Sila contact Syed 013-2974147

  20. Selamat sejahtera saudara,

    Tulisan yang baik tapi agak bias sedikit penulisanya kenapa?

    Seperti kebanyakkan orang sudah trauma dengan MLM..pada hal MLM itu adalah sistem MLM itu tidak salah, yang salahnya adalah orang yang menjalankan perniagaan yang bertopengkan MLM..Saya ingin membuat pembetulan kepada tulisan saudara berbunyi begini

    “Cuma dalam konteks emas, pembeli terbahagi kepada dua kategori;
    a. Pembeli untuk tujuan pelaburan,
    b. Pembeli untuk tujuan perhiasan.

    Dalam emas kategori saudara sepatutnya boleh ditambah lagi iaitu
    C) Pembeli untuk tujuan simpan..

    Emas bukanlah simpanan yang mempunyai dividen, jika ada syarikat yang menawarkan dividen dan pulangan tetap bulankepada para peserta memang sah organisasi itu adalah penipu. DIsinilah yang membezakan antara pembeli dan peniaga emas adalah ilmu.

    Emas turun rugi?
    Ini tidak berlaku pada orang yang mempunyai ilmu..simpan emas berbeza dengan simpan duit..simpan duit nilainya susut baik di bank mana sekalipun jika ditolak dengan 5% kenaikan inflasi setiap tahun..simpan emas..emas tetap emas, emas ada dlm tangan tidak menjadi soal emas itu susut nilai atau berkurangan beratnya..kerana sejarah membuktikan nilai duit itu pernah disandarkan kepada emas..bukan emas yang bersandarkan nilai duit..?

    Pada peniaga pula harga turun adalah pesta bagi mereka kerana boleh melakukan belian yang banyak untuk memaksimakan keuntung hasil daripada jual beli.

  21. Bila ekonomi USA pulih dan dollar naik berbanding wata wang lain, maka akan berbondong bondong duit akan keluar daripada emas. Bukan sahaja emas, bahkan komoditi lain seperti getah dan sawit

  22. Emas, rumah, tanah, unit trust, takaful semuanya adalah keperluan masa kini. Bezanya bagaimana kita bahagikan peratusnya ikut keperluan kita. Lain orang lain keutamaan dan keperluannya. Jadi bertindaklah ikut keutamaan kita, bukannya keutamaan penjual 😉

  23. Melabur emas?.. mungkin ada pelbagai tafsiran… bg saya ia adalah kembali kpd sistem matawang yg sebenar… jauh sgt nk mnjadi kaya, ia hanya men‘shift‘kan duit kita supaya tidak susut nilai.. bgaimana dgn kaedah ini kita boleh kaya kecuali ada sistem2 yg d buat sndiri oleh pemain industri emas.. sistem matawang ni sgt efektif sehinggakan harga 1 lembu 1400 tahun lalu brnilai 1 dinar sehingga skrg masih 1dinar… yg mana sistem matawang ni tidak boleh dsaing oleh sistemata wang skrg.. cer bayangkn harga lmbu pd 1970an dgn skrg pun dah meningkat brkali ganda… kalu kita lihat harga emas tu melambung bukan sebabbnya harga emas tu meningkat nahal tapi matawabg kita telah menyusut nilainya

Pendapat anda?