KRU Masterclass – Belajar Dari Pakar Sebenar!

March 19, 2013 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

“Buat Duit Era Digital!”

Begitulah antara tema program terkini, koloborasi antara 2 ikon terhebat tanah air Irfan Khairi dan KRU dalam satu program hebat yang diberi nama KRU MasterClass. Ini merupakan satu program kerjasama khas antara Irfan Khairi Sdn. Bhd. dan KRU Academy.

kru masterclass

Jam 9.30 pagi semalam, 18 Mac 2013, tim Majalah Niaga telah  menghadiri sesi sidang media khas untuk program KRU MasterClass ini di pejabat IKSB, Mutiara Damansara. Antara barisan-barisan media yang mengisi tempat adalah termasuk Astro Awani, Hello On Two, rakan-rakan usahawan internet serta rakan-rakan blogger.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis ini, Razzi Rahman. Selepas itu, Norman Abd Halim memulakan talk secara ringkas berkenaan dengan misi dan matlamat KRU Masterclass ini. Disusuli Dr. Irfan Khairi selepas itu untuk berbicara serba sedikit mengenai program Masterclass ini. Pengisian peringkat permulaan lebih kepada tujuan, matlamat dan asas penubuhan KRU Masterclass.

KRU Masterclass – Buat Duit Era Digital

Program KRU Masterclass ini merupakan program 1 hari yang akan dikendalikan oleh 3 ikon gergasi usahawan Melayu yang sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing. Mereka adalah Norman KRU, Yusry KRU dan Irfan Khairi yang memulakan bisnes mereka sejak usia muda lagi dengan menggunakan strategi penjenamaan & perniagaan yang terbukti mantap.

kru

Matlamat utama program KRU Masterclass ini adalah untuk memberikan pendedahan secara eksklusif kepada semua usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka ke tahap global melalui pembinaan jenama yang hebat. Sudah tentu strategi ini adalah strategi sebenar yang digunakan oleh KRU dan Irfan Khairi dalam merancakkan lagi perniagaan mereka sehingga ke tahap tertinggi pada hari ini.

Antara rahsia yang akan dibongkarkan semasa KRU Masterclass nanti ialah:

  • Teknik membina jenama menggunakan media sosial & internet. (oleh Irfan Khairi)
  • Strategi membina jenama menggunakan video & multimedia. (oleh Yusry KRU)
  • Strategi mengembangkan perniagaan ke pringkat global. (oleh Norman KRU)

Program KRU Masterclass ini juga akan mengadakan mini talk yang akan dikendalikan oleh Irfan Khairi sendiri, Mohd Zulfadli (Trainer IKSB) dan dua orang tenaga pengajar KRU Academy. Sesi perkenalan serta sesi networking sesama peserta dan para penceramah yang hadir juga diberi prioriti utama ketika sesi KRU Masterclass nanti.

Program Masterclass ini terbuka kepada semua golongan, tidak kiralah anda seorang pelajar, bakal usahawan, para usahawan ataupun seorang suri rumah. Pendek kata, program ini amat sesuai untuk anda yang mahu membina perniagaan yang menguntungkan dan menjalankan perniagaan melalui internet.

Kepada para pembaca Majalah Niaga yang berminat untuk menyertai program KRU Masterclass ini, anda boleh terus mendaftar untuk sesi KRU Masterclass seterusnya di:

 http://www.majalahniaga.com/krumasterclass

Program Partnership KRU Masterclass

Di akhir sesi sidang media semalam, Irfan Khairi juga telah melancarkan sebuah program partnership khas untuk mempromosikan program KRU Masterclass, dimana setiap satu jualan tiket yang berjaya dijual oleh rakan affiliate yang mendaftar untuk program ini, mereka akan diberikan komisyen sebanyak RM30.

 

Program partnership ini terbuka kepada semua usahawan internet, para blogger, pengguna blog dan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan melalui affiliate. Menariknya, jika anda berjaya menjual sebanyak 30 tiket, anda bukan sekadar akan mendapat komisyen sebanyak RM900, malah juga menerima sebuah Ipad Mini percuma ataupun RM1000 sebagai bonus eksklusif.

Anda boleh mendaftar sebagai affiliate untuk KRU Masterclass ini di:

http://www.krumasterclass.com/join/partner

 kruc

Dari sudut pandang kami sendiri, program KRU Masterclass sememangnya merupakan program yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya usahawan serta bakal usahawan yang mahukan strategi ataupun resepi sebenar untuk membina serta melebarkan perniagaan dengan lebih besar dan hebat sehingga ke peringkat global.

“Bila lagi nak berlayar merentasi lautan pasifik dengan lebih yakin dan penuh bangga, jika bukan sekarang?”

Kami amat sarankan kepada anda yang mahu membina sebuah jenama yang hebat, memikat dan menyengat serta dikenali sehingga ke peringkat global, untuk menyertai program KRU Masterclass ini. Cara terbaik untuk berjaya dengan pantas adalah dengan belajar secara terus dengan orang yang pakar seperti mereka. Peluang sudah terhidang, pengakhiran anda yang tentukan.

Daftar Program KRU Masterclass Sekarang (klik)

Facebook Comments

Tags: , , , ,

Komen (8)

  1. Saya bru ter jumpa laman ni..blom abis baca lg..

    Depa yg dah berjaya tu dah berjaya.. masa depa blom berjaya cam mana depa buat depa tak ajarpon.. contoh seperti nak dapatkan testimoni ..dah belum berjaya ..baru nak mula mana ada testmoni..abis camna nak bjaya..

Pendapat anda?