Kuasa Kata Hubung Dalam Penulisan Jualan

January 20, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi / Pemasaran

Masih ingatkah lagi sewaktu kita bersekolah dahulu yang kita ada belajar tentang perkataan kata hubung? Jika sudah lupa, mari kita segarkan semula ingatan kita.

Kata hubung atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘conjunctions’ ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat. Dalam apa sahaja jenis penulisan kata hubung memainkan peranan besar dalam menghasilkan penulisan yang mampu sampai ke emosi pembaca.

kata hubung

Begitu juga dalam penulisan hasil ‘copywriting’ amnya dan penulisan surat jualan khususnya. Penulisan surat jualan memerlukan penulisan yang mampu menjual terus kepada emosi manusia yang disasarkan.

Dalam amalan penulisan kaedah pemikat yang kami bawa penggunaan kata hubung merupakan sesuatu yang wajib untuk digunakan bagi menghasilkan surat jualan yang mempunyai pengaruh terhadap pembaca sasaran untuk membeli.

Mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan hasil copywriting.

1) ‘Kerana’

Penggunaan ‘kerana’ mampu memberi alasan ke atas sesuatu fakta yang diberi. Fakta tanpa alasan akan menyebabkan minda sedar manusia segera mempersoal.

Bila adanya persoalan maka akan menyebabkan minda sedar pembaca sasaran menjadi aktif.

Minda sedar ini adalah minda lojik yang sentiasa mempersoal, membantah dan berkira-kira dan dikhuatiri kehadiran minda sedar ini akan membantutkan usaha jualan kita.

Penggunaan ‘kerana’ mampu bantu selesaikan masalah ini dengan menjawab dahulu sebelum minda sedar mempersoal dan memberi alasan dahulu sebelum ada bantahan darinya. Dengan cara ini minda sedar yang sentiasa negatif dapat kita senyapkannya.

Contoh;

“ Anda perlu bertindak segera menempah produk ini kerana ini mungkin kali terakhir anda membaca mesej ini “

“ Produk ini amat sesuai untuk anda guna bagi membantu mencantik dan mencerahkan kulit wajah anda kerana ianya dihasilkan dari ekstrak buah-buahan tropika yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.”

2) ‘Oleh itu’ 

Dalam penulisan hasil copywriting aktif yang berkehendakkan agar pembaca sasaran melakukan sesuatu maka arahan akan diberikan.

Seperti juga persoalan dan bantahan memerlukan jawapan dan alasan, arahan juga perlukan satu alasan yang kuat dan logik yang akan menanam ke minda dan emosi pembaca sasaran bahawa arahan tersebut adalah munasabah dan logik untuk diikuti.

Penggunaan ‘oleh itu’ mampu menunjukkan apa yang bakal pembaca sasaran perolehi atau perlu lakukan selepas sesuatu fakta diberi. Secara emosinya ia mampu menguatkan fakta yang diberi dihadapan.

Contoh;

“ Emel ini merupakan emel terakhir saya kepada anda tentang produk XYZ oleh itu saya sarankan kepada anda agar tanpa bertangguh lagi terus klik ke link di bawah dan menempah produk XYZ ini.

kuasa kata penghubung

3) ‘Maka’

Selain dari penggunaan ‘0leh itu’ satu perkataan lain yang boleh digunapakai adalah perkataan “maka”.

Contohnya;

“ Tempat duduk untuk seminar ini amat terhad MAKA anda perlu segera bertindak menempah tempat duduk anda sekarang juga sebelum ianya ditempah oleh orang lain”

4) ‘Namun’

Dalam kita bercerita atau menyampaikan sesuatu kepada pembaca sasaran kita adakalanya kita mahu menekan atau menggembar-gemburkan masalah yang dihadapi oleh pembaca sasaran kita.

Penggunaan perkataan ‘namun’ mampu melakukan tugas ini kerana ia boleh memberikan emosi berbeza pada fakta yang diletakkan di hadapan.

Contohnya:

“Anda telah melakukan kesemua teknik seperti yang telah anda pelajari dari mereka yang anda panggil sebagai SIFU NAMUN setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan nampaknya masih tidak nampak tanda-tanda untuk anda berjaya dalam perniagaan anda tersebut”

“Sudah berpuluh orang Doktor Pakar telah anda temui NAMUN masalah penyakit anda tetap tidak boleh diselesaikan”

PenghubungKata

Apa yang saya kongsikan di atas adalah empat dari banyak kata hubung yang boleh digunapakai dalam penulisan jualan kita. Ramai yang tidak sedar akan kuasa yang ada dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut dalam penulisan kita.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ada cari semula perkata-perkataan kata hubung yang ada yang pernah kita pelajari di sekolah dan cuba gunakannya dalam penulisan jualan kita agar penulisan kita menjadi lebih kuat mempengaruhi emosi pembaca sasaran.

Kredit foto: penghubungmythoughtsformacconjunctionomgjewels


Tags: , , , ,

Komen (7)

  1. yap. Ramai orang main belasah aje pakai. Kadang-kadang, salah guna plak kata hubung ketika buat ayat. Dah jadi kelakar dibuatnya..

Leave a Reply to Faris Osman Batal (Cancel)