The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Kunci Kewangan, Kesyukuran dan Kekayaan

    Agak sepi wall Facebook saya kebelakangan ini. Beberapa projek tambahan yang diuruskan anak syarikat sedikit sebanyak menambah skop kerja saya.

    brunei

    Bulan Januari ini sahaja saya perlu ke Brunei, Sabah dan Pulau Pinang. Hanya 1 minggu sahaja betul-betul berada di Kuala Lumpur. Biarkan saya dengan kesibukan ini. Saya sungguh seronok!

    Sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita. Ia berlaku ketika saya berada di Brunei atas urusan kerja beberapa tahun lepas. Hikmah ceritanya ialah saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini.

    Ketika itu saya ke Brunei bersama seorang mentor saya, juga merangkap rakan niaga. Beliau adalah mentor saya yang kelihatan paling selekeh walaupun berstatus jutawan.

    Al-Kisah RM2 – Nilai Hina Tetapi Bermakna

    Kisahnya saya membeli ubat gigi berharga RM2. Semasa berada di bilik hotel saya membuang resit ubat gigi itu ke dalam tong sampah dan berkata di hati saya,

    “Alah, RM2 ringgit sahaja, tidak mengapa pun kalau tidak catat.” (Wah, sombongnya saya!)

    rm2 ringgit

    Mentor saya mengambil balik resit tersebut di dalam tong sampah, dan mencatat perbelanjaan RM2 tersebut di dalam buku perbelanjaan syarikat.

    Beliau berpesan kepada saya,

    “Ariff, wang ringgit adalah satu amanah besar dianugerahkan Allah kepada kamu untuk diuruskan dengan baik. Walaupun harga barang itu hanya RM2, kita perlu tunjukkan dan buktikan kepada Yang Maha Kuasa bahawa kita menguruskan setiap sen anugerahNya itu dengan amanah, jujur dan disertakan rasa syukur.”

    Tambahnya lagi,

    “Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang kecil, maka kecillah kita akan dapat. Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang besar disertakan rasa kesyukuran yang tinggi maka besarlah kita akan dapat.”

    Mungkin kita pernah lihat sebilangan individu atau syarikat yang sudah mencapai ‘wang besar’. Kemudian hilang balik apa yang dimiliki dalam sekelip mata atau sedikit demi sedikit. Mungkin juga kita sendiri pernah alami situasi ini.

    Mensyukuri Nikmat Kecil Membawa Keuntungan Besar

    Setinggi mana tahap kita sekarang, menghargai dan mensyukuri sekecil-kecil nikmat membantu kita mencapai lebih banyak rezeki luar jangka secara terus menerus.

    bersyukur

    Jika sebaliknya, kita boleh hilang apa yang dimiliki sekarang dan tidak mustahil jatuh miskin kerana kita seolah-olah membuktikan kepada pencipta bahawa kita tidak layak menguruskan rezeki milikNya.

    Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang mulia hatinya, pengurusan mantap kewangan individu atau syarikat adalah salah satu bukti kukuh kita kepada pencipta, bahawa kita layak memegang amanahNya.

    Seterusnya layak untuk dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selama hidup kita di dunia. Setiap sen itu juga akan dihitung di akhirat sana.

    Kredit gambar yang diambil dari Flickr (buyietelekon1crads313)

    Pengiklanan Premium

    Hasbul Ariff merupakan Pengarah Urusan VAG Network, sebuah syarikat yang menganjurkan pelbagai program keusahawanan di seluruh negara termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia. Pada tahun 2011, beliau mengorak langkah bergabung dengan beberapa usahawan berjaya mengasaskan Akademi Usahawan, bertujuan meluaskan lagi ilmu keusahawanan di kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, beliau menjadi konsultan dalam membangunkan beberapa syarikat IT tempatan termasuklah menjadi penasihat kepada Majalah Niaga dan Komik Niaga.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. amirnawawi pada 09 Jan 2012

      Yes! RM2 tetap duit. Walaupun nampak macam sikit namun nak mendapatkannya memang susah. Tapi yang ajaibnya, nak menghabiskan nya memang senang.. :)

    2. pyan pada 09 Jan 2012

      30 tahun dulu, sepupu aku pernah bekerja dgn seorang ejen suratkhabar di pekan kecil Umbai, Melaka. Setiap hari selepas menghantar surat khabar ke pintu rumah dan kedai, dia akan kembali ke pejabat ejen untuk menyerahkan lebihan surat khabar dan ‘collection’ pada hari tu.

      Pada satu hari setelah kembali ke pejabat dan menyerahkan semua kutipan, adalah terkurang 0.02sen untuk diserahkan kepada bos. Bos kata,”Din…yang terkurang 0.02sen tu besok kau bayar balik ehh!” (waktu dulu memang sentiasa ada baki sen-sen kepada ejen surat-khabar). Sepupu aku ni ambil endah tak endah sahaja. Alah…0.02sen tak kan bos nak kira.

      Esoknya, setelah serahan ‘collection’ di buat, bos kata, “komisen kau hari ni aku tolak 0.02sen yang kau terkurang serah semalam.” kata Din, “elehh bos 0.02sen pun nak kira ke?”

      Bos jawab, “pada aku nilainya cukup besar, aku ada 5 sub-ejen, kalau sorang short 0.02sen, 5 orang dah 0.10sen. 0.02sen ni lah nanti yang akan kaya kan aku”.

      Memang benar, bos tersebut sekarang ni adalah jutawan ternama. Produk keluarannya dari kilang-kilangnya di Telok Mas, terkenal seluruh Malaysia.

    3. Happysus Sait pada 09 Jan 2012

      Baca post ini saya rasa insaf. RM2 telah memberi makna yang besar kepada seorang Jutawan. Kalau wang RM2 di nilai sedemikian rupa ini kan pula wang yang lebih besar dari itu. Sebab itulah seorang tu boleh jadi Jutawan. Thanks post yang pendek tapi sangat menarik.

    4. che adnan pada 10 Jan 2012

      Simple tapi terselit pengajaran yang amat berguna dan bermakna….bak kata orang tua2 sedikit-sedikit lama2 jd bukit….sudah terbukti….ambilah pengajaran tersebut.tq ariff yg ariff.

    5. ahmadyani pada 10 Jan 2012

      Artikel yang benar-benar mengetuk hati. Betapa selama ini saya tidak memandang dan menganggap hal ini remeh sahaja. Tuan patut selalu menulis artikel sebegini di MajalahNiaga

    6. Manan Qayyim pada 11 Jan 2012

      kita kadangan pandagan enting jumlah yang kecil ni…

      Boleh saya kongsi artikel ni..?

      • Hasbul Ariff pada 12 Jan 2012

        Boleh tuan, dipersilakan share. Terima kasih.

    7. asrul pada 20 Jan 2012

      saya berpengalaman 2 kali jatuh dalam perniagaan. seperti kata arif, pengalaman tidak mensyukuri nikmat tuhan amat menginsafkan. kali ini, saya akan lebih menghargai dan mensyukuri segala nikmat rezeki walaupun secubit garam.

    8. Abdullahisham pada 25 Jan 2012

      RM2 memanglah kecil nilainya tp perlu diuruskan dgn amanah. Cuma bila berbelanja dgn niat bersedekah dan beramal, yg besar biarpun RM200 ataupun lebih, hendaknya tidaklah kita berkira2… insyallah rezeki dr pelaburan pd sedekah dan amal itu akan tersebar dan melimpahruah kembali…


    Tinggalkan Komen Anda