Labur RM99, Ganda Menjadi RM500

September 13, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Robert T. Kiyosaki, penulis buku bestseller peringkat antarabangsa iaitu Rich Dad Poor Dad menyatakan, untuk seseorang mencapai status bebas kewangan, mereka perlu bijak menguruskan wang.

robert kiyosaki dan donald trump

Selain daripada menyimpan wang, Kiyosaki juga menyarankan agar kita belajar untuk melaburkan wang dengan bijak. Pelaburan ini tidak terhad kepada pelaburan emas, perak dan sebagainya. Kita juga boleh melaburkan wang untuk membina bisnes, atau membeli bisnes sedia ada.

Namun kos pelaburan untuk membeli sebuah bisnes memerlukan jumlah wang yang tinggi. Di samping itu, kita juga sedang menanggung risiko yang tinggi. Bisnes yang kita beli itu mungkin lingkup sekiranya kita tidak mempunyai skil untuk menguruskan dan mengembangkan bisnes.

Oleh demikian, memilih untuk membangunkan bisnes dengan modal yang rendah merupakan pilihan yang bijak untuk kita menambahkan jumlah wang di dalam akaun bank.

Mengapa Bisnes Dropship Menjadi Pilihan?

Sebelum ini, penulis telah menulis artikel mengenai bisnes dropship. Ia merupakan bisnes yang ideal untuk mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan tanpa perlu menanggung risiko yang tinggi. Sebagai contoh:

  • Kita tidak memerlukan modal yang tinggi untuk bermula.
  • Kita tidak perlu menyimpan stok.
  • Tugas kita hanya melakukan jualan – Promosi, promosi, dan promosi.

Sinar Niaga

Menurut laman web Sinar Niaga, seramai 229 telah mendaftarkan diri sebagai pengedar bisnes dropship bermula bulan Ramadan. Malah ada di antaranya sudah berjaya menjana pendapatan yang lumayan secara sampingan, dengan menjual produk-produk sedia ada.

Semua ini dilakukan tanpa perlu menanggung risiko yang tinggi. Ini adalah kelebihan utama memulakan bisnes dropship.

Bagaimana Mempromosikan Bisnes Dropship

Tanpa promosi, kita tidak akan memperoleh sebarang jualan.

Tanpa jualan, bisnes dropship kita tidak akan berkembang.

Apabila bisnes tidak berkembang, kita cenderung untuk memilih jalan keluar, yakni jalan untuk ‘mengaku kalah’ dan meneruskan kehidupan tanpa mempunyai matlamat untuk keluar dari zon selesa.

Meskipun tugas kita hanya melakukan promosi, namun majoriti pengedar masih gagal untuk mengamalkan teknik-teknik promosi yang berkesan. Teknik promosi menggunakan laman sosial adalah antara teknik yang popular ketika ini. Teknik ini juga tidak melibatkan sebarang kos berbentuk wang.

teknik pemasaran Facebook yang berkesan

Salah satu daripada laman web sosial yang mempunyai potensi besar untuk dijadikan medium promosi adalah Facebook. Untuk menggunakan Facebook sebagai tempat mempromosikan produk-produk bisnes dropship, ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Gunakan fungsi ‘Photo’ untuk berkongsi gambar-gambar produk kepada rakan-rakan Facebook.
  • Dalam gambar, tulis deskripsi mengenai produk. Sebaik-baiknya tulis manfaat yang diperoleh oleh prospek sekiranya membeli menerusi kita.
  • Kongsikan tip-tip yang berkaitan dengan produk yang kita jual. Contohnya, apabila menjual tudung, kita kongsikan tip bagaimana untuk menghiaskan diri menggunakan tudung.
  • Menurut Adly Mukhtar, perbanyakkan rakan-rakan Facebook kita sehingga mencecah 1,000 hingga 3,000 rakan. Bakal rakan-rakan Facebook juga perlu mempunyai kuasa beli yang tinggi, iaitu golongan umurnya sekitar 21 hingga 50 tahun.

Apa yang Kami Ingin Tawarkan?

Seperti tajuk yang ditulis, wang pelaburan RM99 boleh digunakan untuk memulakan bisnes dropship. Tetapi di manakah tempat untuk mendaftarkan diri sebagai pengedar bisnes dropship, yang menawarkan servis terbaik, dan produk yang laku keras di pasaran?

pakej promosi ramadhan sinar niaga

Semua ini ditawarkan oleh Sinar Niaga. Sebuah projek bisnes dropship yang dibangunkan oleh syarikat Flarebiz Network dan Sinar Inspirasi. Dengan modal yang rendah, memulakan bisnes internet berasaskan dropship kini tidak mustahil.

Bagi yang ingin menjimatkan wang untuk memulakan bisnes dropship, dapatkan Pakej Promosi Ramadan yang ditawarkan oleh Sinar Niaga ini. Dengan modal RM99, kita akan memperoleh nilai tambah produk seperti berikut:

  • Akaun Sinar Niaga (Bernilai RM100).
  • Yuran bulanan selama 3 bulan dikecualikan. (Bernilai RM60)
  • Temubual eksklusif usahawan internet (Bernilai RM150)
  • Seminar pemasaran percuma oleh Shuth, Smartzul dan Adly Mukhtar (Bernilai RM200).

Kesemua nilai tambah produk ini bernilai RM510. Tetapi dengan membayar RM99 hari ini, kita akan memperoleh keempat-empat produk di atas secara PERCUMA.

3 Langkah Mudah Untuk Bermula

Bagi yang berminat untuk menggandakan wang sampingan sekurang-kurangnya RM500 bermula bulan hadapan, tindakan seterusnya yang perlu kita lakukan adalah:

  • Klik di sini untuk ke laman web pakej promosi Ramadan.
  • Laburkan wang RM99 untuk mendaftarkan diri sebagai pengedar.
  • Tunggu pengesahan, kemudian mulakan perniagaan.

Mudah-mudahan bisnes ini dapat membantu para bakal usahawan untuk menjana pendapatan lumayan di internet, tanpa perlu menanggung kos yang tinggi.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (canonpacher)


Tags: , , , ,

Komen (5)

  1. salam, dropship adalah satu perniagaan yang baik untuk diceburi bagi yang tidak ada modal besar. semoga lebih banyak produk berkualiti ditambah dari masa ke semasa.

Pendapat anda?