Laporan Mini Seminar Blogging Di IPTC

February 13, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

11hb Februari 2012 – Pihak Majalah Niaga (Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan) diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Seminar Blogging di IPTC (Inspired Partners Training Center) di Kajang.

Mini Seminar Blogging IPTC (1)

Ia berlangsung pada hari Sabtu (11 Februari 2012), pukul 2 petang sehingga 5 petang. Penceramah untuk sesi mini seminar selama 3 jam ini adalah Tuan Hasbul ‘Aqill.

Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan diri beliau. Hasbul ‘Aqill adalah pemilik Komik Niaga dan Majalah Niaga, bersama Tuan Aqif Azizan.

Terdapat 5 formula kejayaan blog yang dikongsikan beliau iaitu:

  1. Mengenali niche.
  2. Memilih platfom.
  3. Penghasilan content.
  4. Teknik meningkatkan pelawat setiap bulan.
  5. Cara untuk buat duit dengan blog.

5 Formula Kejayaan Blog

#1 – Mengenali Niche

Niche adalah kategori pembaca kita. Mengetahui kategori pembaca adalah penting bagi menentukan hala tuju blog kita dalam masa 5 tahun dari sekarang. Mencampur aduk pelbagai topik dalam satu blog adalah tindakan yang berbahaya.

Mini Seminar Blogging IPTC (2)

Kerana kita tidak mempunyai pembaca yang tertumpu. Ini mewujudkan kesukaran untuk mengenal pasti produk atau servis, yang sesuai untuk dijual kepada para pembaca.

Justeru itu, pemilihan niche adalah sangat penting. Untuk memilih niche, kenal pasti siapa jenis pembaca kita.

#2 – Memilih Platfom

Platfom adalah medium pembinaan blog kita. Sehingga hari ini, blogger lebih gemar menggunakan platfom seperti:

  • Blogger (Blogspot).
  • Joomla.
  • WordPress (Paling ramai).

WordPress adalah platfom yang paling banyak digunakan oleh blogger. Dalam masa sama, jurutera Google, Matt Cutts menyatakan WordPress mempunyai struktur koding yang baik dan mudah dibaca oleh enjin carian.

Namun begitu, platfom Blogger (Blogspot) juga mempunyai kelebihan tersendiri. Ia adalah percuma, dan mudah untuk digunakan. Khususnya untuk blogger-blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging.

#3 – Penghasilan Content

Medium blog menjadi popular kerana penghasian content. Content adalah terma yang merangkumi penggunaan medium-medium saluran maklumat atau informasi seperti:

  • Teks / tulisan.
  • Gambar.
  • Video.
  • Audio.
  • Animasi.

Pemilihan medium saluran maklumat yang sesuai adalah berdasarkan minat dan keselesaan kita. Ada blogger selesa menggunakan teks. Ada blogger juga selesa menggunakan video.

Semua ini terletak pada keselesaan diri seorang blogger.

#4 – Teknik Meningkatkan Pelawat Setiap Bulan

“Tanpa pelawat, blog akan mati” – Hasbul ‘Aqill

Beliau begitu menekankan kepentingan trafik, atau pelawat selepas berkongsi ilmu tentang niche, platfom dan juga content.

Meningkatkan pelawat bermula dengan apa yang kita tahu. Sebagai contoh, jika sebelum ini kita pernah menggunakan forum, maka gunakan ia sebagai medium untuk menambahkan pelawat.

Kaedah-kaedah lain untuk meningkatkan jualan pelawat setiap bulan adalah menerusi:

  1. Facebook Pages.
  2. Memberikan komen di blog orang lain.
  3. Menulis di blog orang lain (Guest Posting) < — Klik untuk panduan lanjut.

Tiada rahsia yang terselindung di sebalik peningkatan jumlah pelawat setiap bulan. Ia bergantung pada kesesuaian dan kreativiti kita sebagai seorang blogger.

#5 – Cara Buat Duit Dengan Blog

Buat duit adalah intipati ilmu yang penting dalam mini seminar ini. Untuk buat duit dengan blog, lakukan keempat-empat tindakan yang dikongsikan sebelum ini terlebih dahulu.

Mini Seminar Blogging IPTC (3)

Ini kerana:

  • Tanpa mempunyai niche, kita tidak akan mengenali jenis pembaca.
  • Tanpa mempunyai platfom, kita tidak akan dapat membangunkan sebuah blog.
  • Tanpa content, blog kita tidak akan mempunyai sebarang nilai untuk pembaca.
  • Tanpa trafik, blog kita tidak akan mempunyai pelawat.

Cara buat duit yang dikongsikan oleh Tuan Hasbul ‘Aqill adalah seperti berikut:

  • Menjual e-book.
  • Pengiklanan.
  • Affiliate (Jual produk orang lain, kita peroleh komisyen).
  • Servis.
  • Ulasan produk.

Akan Datang  – Malaysian Internet Millionaire (MIM)

Kami juga sempat berbincang dengan pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia, mengenai sebuah acara besar yang bakal diadakan pada 25hb Februari 2012 ini.

Mini Seminar Blogging IPTC (4)

Iaitu Malaysian Internet Millionaire (MIM).

Ia adalah sebuah majlis ilmu yang menghimpunkan beberapa orang usahawan Internet terkemuka Malaysia, yang sudah menjana jualan di Internet lebih RM1 juta.

Pendaftaran akan diumumkan tidak lama lagi. Sila menjadi sebahagian daripada Facebook Persatuan Usahawan Internet Malaysia, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis ilmu ini.

Seminar SEO Akan Diadakan Bulan Mac

Di kesempatan ini, tim Majalah Niaga juga akan menwar-warkan Seminar Menguasai Enjin Carian (SEO) pada bulan Mac. Tarikh masih belum ditetapkan lagi.

Seminar ini akan menunjukkan kepada tuan dan cikpuan, bagaimana untuk meletakkan laman web dalam kedudukan enjin carian, dan bagaimana untuk kita menjana pendapatan yang lumayan daripadanya.

Ia sesuai untuk usahawan Internet, pegawai pemasaran, dan juga individu yang berminat untuk buat duit di Internet dari sudut penguasaan enjin carian.


Tags: , , , ,

Komen (3)

  1. Saya dah lama buat blog… nama blog saya http://www.anwarsuran.com dan tajuk blog saya ‘Anwar Suran Post’… jadi, masalahnya, niche blog saya adalah berkaitan dengan agama islam… so, saya ingat nak tukar nama domain blog dengan tajuk blog agar kena dengan niche blog saya tetapi dah tak sempat sebab pembaca dah ramai… jadi kalau saya tukar bermakna pembaca saya akan tersesat nak cari blog baru saya… bukan senang nak tarik pembaca semula :'(

    Nak dapat follower pun susah… macam mana nak buat nie :'(

Pendapat anda?