Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ketika ini kami Tim Majalah Niaga sedang sibuk bertungkus lumus menyiapkan persediaan bagi pelancaran ebook pertama kami , yang diberi nama ‘Formula Trafik – Rahsia Menjana Trafik 10,000 Pelawat Setiap Bulan’.

Di samping itu, kami juga sedang sibuk membuat persediaan bagi pelancaran ezine Majalah Niaga Edisi 18. InsyaAllah, pada edisi kali ini, kami akan bawakan kepada tuan puan seorang usahawan terkenal dan pernah dianugerahkan oleh Dewan Ekonomi sebagai di antara 20 usahawan kreatif paling berjaya di Malaysia.
Beliau juga disenaraikan sebagai Top 10 Malaysian oleh CandidSyndrome, sebaris dengan Datok Jimmy Choo dan Dato Seri Tony Fernandes.
Mulai Julai 2011, entri berkenaan laporan trafik bukan akan disiarkan di blog Majalah Niaga, berbanding laporan sebelum ini disiarkan pada Facebook Notes. Tuan puan boleh rujuk kembali laporan-laporan trafik bulan sebelum ini di bahagian Facebook Notes.
Sepanjang bulan Julai yang lepas, kami berjaya menyiarkan 32 artikel daripada 14 penulis. Kami juga mengalu-alukan kedatangan penulis baru, saudara Abdul Rahman kerana sudi untuk membuat perkongsian mengenai tip copywriting di Majalah Niaga. Selamat datang kami ucapkan.
Sehingga kini, kami masih lagi membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawan. Klik pautan dibawah untuk mendapat langkah-langkah menjadi penulis Majalah Niaga :
Pelawaan Menjadi Penulis Majalah Niaga
Artikel paling popular untuk bulan Julai ini adalah artikel hasil perkongsian dari tuan Aqif Azizan, mengenai seni memahami pembaca blog. Berikut adalah senarai penuh 3 artikel popular bagi Julai 2011 ini.
Seni Memahami Pembaca Blog – Kenal, Beri dan Cinta – Aqif Azizan
Bisnes & Nikmat Memilih – Azzah AR
3 Tip Kejayaan Pemasaran Emel Frank Kern – Hasbul ‘Aqill
Statistik-statistik Laman Sosial Majalah Niaga
Mengikut data yang kami perolehi dari Feedburner, sebanyak 60 subsriber berjaya ditambah , berbanding 66 subsriber berjaya ditambah pada bulan lepas. Namun, perkara ini tidak merunsingkan kami disebabkan subscriber banyak dikumpul melalui popup yang dipasang sejak 2 bulan lepas.

Hingga ke hari ini, lebih 1000 berjaya dikumpul melalui fungsi popup tersebut dan ianya bertambah hinggan mencapai 30 subsriber setiap hari.
Jumlah peminat Facebook pula meningkat sebanyak 213 likes (1,521 fans keseluruhannya) serta 17 follower bertambah di Twitter (145 follower keseluruhannya). Jika tuan puan masih belum mengikuti kami di Facebook dan Twitter, maka kami sarankan untuk klik pautan di bawah :
Statistik–Statistik Berkenaan Trafik
Trafik di Majalah Niaga pada bulan Julai ini telah mengalami sedikit penurunan,dimana kami memperolehi trafik sebayak 9737 trafik berbanding 10,211 pelawat pada bulan lepas.
Namun, kami fikirkan ia sudah memadai kerana jumlah pelawat unik (unique visitor) terus meningkat bulan demi bulan, di mana bulan ini sebanyak 6,220, meningkat sebanyak +1.25% berbanding bulan lepas iaitu 6,143 pelawat.
Daripada keseluruhan trafik tersebut, sebanyak 3,725 pelawat bersumberkan dari referring sites. 3 referring sites utama yang menyumberkan trafik adalah Facebook, Pakdi.net serta Aweber.
Jika dibuat perbandingan dengan bulan lepas, terdapat sedikit penurunan sebanyak 15.65% dari sumber trafik ini, dimana 4,416 pelawat. Sebanyak 1,813 pelawat dari sumber direct trafik, berbanding 2,171 pelawat pada bulan Jun. Berlaku penurunan sebanyak 16.49% dari sumber trafik ini.
Manakala, keputusan positif pula dapat diperolehi sumber trafik dari enjin carian. Peningkatan sebanyak 32.20% tercatat, iaitu 2,611 pelawat berbanding 1,975 pelawat pada bulan lepas. Antara kata kunci popular yang mendapat carian terbanyak adalah :
- Majalah niaga
- Dr azizan
- Majalah im
- Strategi jualan
- Majalah niaga haryzat zulzahary
- Majalah jutawan 2011
Ternyata, sumber trafik dari enjin carian mula menampakkan peranannya, dan terus meningkat setiap bulan. Kami cuba membuat kaji selidik secara serius berikutan berlaku penurunan secara tiba-tiba pada sumber trafik dari referring sites dan direct traffic.
Namun secara keseluruhannya, terlalu awal untuk kami berpuas hati dengan keputusan ini dan kami berharap selepas ini trafik meningkat dan terus meningkat , konsisten setiap bulan.
Projek-Projek Terkini
Seperti dinyatakan pada awal entri, kami akan melancarkan ebook pertama kami berkenaan formula trafik blogging pada 8 Ogos 2011.

Sekiranya tuan puan ingin mendapat maklumat lanjut mengenai perkara ini, kami sarankan tuan puan mendaftarkan diri dalam ‘Siri Formula Blogging’ melalui pautan di bawah :
Siri Formula Blogging – Rahsia Menjana 10,000 Pelawat Setiap Bulan – Tanpa Sebarang Kos.
InsyaAllah , kami juga akan mengadakan bengkel blogging , bermula awal Oktober nanti. Buat masa ini, kami baru sahaja merangka modul-modul serta pelan strategi pemasaran bagi pelancaran bengkel ini.
Segala kemaskini dan berita semasa , akan kami maklumkan menerusi Facebook Majalah Niaga serta emel.
Di kesempatan ini juga, kami mengajak tuan puan sekalian untuk memberi sumbangan ikhlas kepada satu projek kebajikan yang diberi nama Sehelai Baju – Buat Menyapu Si Air Mata. Jom saksikan video temuramah ringkas kami bersama tuan Mohd Rozmie aka Jimieray, sukarelawan bagi projek ini.
Untuk terus memberi sumbangan, tuan puan bolehlah melawati www.SehelaiBaju.com, atau laman Facebook SehelaiBaju.com untuk mendapat penerangan selanjutnya mengenai cara dan kaedah sumbangan.
Jutaaan terima kasih kepada para pembaca sekalian kerana tidak putus-putus menyokong usaha kami ini.

tak sabar nak tunggu pelancaran ebook pertama majalah niaga. kalau ada affiliate, saya org pertama tim majalah niaga kena cari tau hihi
majalah niaga terus ada peningkatan yang positif nampaknya. syabas!
Terima kasih afiq aiman kerana terus menyokonh usaha kami
Salam. Naik turun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Semoga anda semua terus sukses !
Terima kasih tuan Fairuz kerana menyokong
Terima kasih atas maklumat. Saya pun tak sabar2 nak tunggu ebook pertama daripada Majalah Niaga ni. Setelah lama simpan ilmu 2 kena kongsi2 kan bersama.Hehehe.Tahniah diucapkan. Terima kasih sekali lagi.
Hehe, apapun, cepat-cepat beli nanti disebabkan kami adakan harga diskaun untuk 20 pembeli pertama
Tahniah team Majalah Niaga! Teruskan perkongsian kalian!
Terima kasih tuan Zulhilmi Zainuddin kerana sentiasa menyokong usaha kami