Laporan Perjalanan Majalah Niaga Sepanjang Ogos 2011

September 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Laporan Bulanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kini kami Tim Majalah Niaga sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelang pelancaran Edisi 18 Majalah Niaga pada hari Khamis ini iaitu 15  September. Seperti yang dimaklumkan pada entri sebelum ini,  pada Edisi kali ini kami akan bawakan kepada anda seorang tokoh usahawan dalam bidang fotografi iaitu Tuan Saiful Nang.

Laporan Bulanan Majalah Niaga

Seperti biasa, kami akan sertakan audio berdurasi 32 minit beserta transkrip temubual bersama beliau. Sedikit sedutan temubual bersama beliau :

Bila bercerita tentang kebanjiran jurugambar, ramai yang bermula dengan langkah yang salah. Ia sama terjadi pada diri saya ketika dahulu, apabila saya berpaksi pada pemikiran dan kewangan. Saya gagal dua kali dan ketika itu saya mengalami kerugian yang amat teruk.

Jadi, saya sarankan kepada mereka yang baru memulakan kerjaya dalam bidang fotografi ini, supaya menanam minat terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak mempunyai minat dalam bidang fotografi, seharusnya kita tinggalkan bidang ini.

Kerana bidang fotografi merupakan satu seni. Dan seni tidak boleh dijalankan oleh seseorang yang hanya memikirkan tentang potensi wang ringgit. Memang sebagai usahawan, kita jelas tentang kepentingan wang ringgit. Tetapi tanpa minat, usahawan tidak mempunyai sifat ‘drive factor’. – Tuan Saiful Nang

Untuk mendapatkan transkrip versi penuh, tuan puan perlu memuat turun Edisi 18 nanti. Berita gembira kepada subscriber kerana kami akan mengumumkan  lebih awal kepada mereka terlebih dahulu, selepas membuat pengumuman rasmi ke laman Facebook dan Twitter. Untuk menjadi subscriber kami, tuan dan puan hanya perlu isikan nama dan emel optin di sidebar.

Sepanjang bulan Ogos yang lepas, kami berjaya menyiarkan 26  artikel daripada 11 penulis. Jumlah penerbitan artikel bulan ini tampak berkurangan disebabkan kami mengambil keputusan untuk menghentikan penerbitan artikel selama 7 hari ,bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan kedatangan penulis baru Majalah Niaga, tuan Gero Azrul dan terima kasih daun keladi diatas kesudian untuk menyertai 13 penulis lain.

Tuan Gero Azrul akan berkongsi ilmu tentang pemasaran sosial media, khususnya pemasaran Facebook. Sepertimana artikel pertama beliau pada bulan Ogos , yang bertajuk ‘Strategi Pemasaran Facebook yang Kita Terlepas Pandang’.

Artikel yang mendapat views dan perhatian paling tinggi dari pembaca sepanjang bulan Ogos adalah artikel Cik Puan Azzah Abdul Rahman yang bertajuk ‘Bisnes & Nikmat Menahan Diri’. Sekalung tahniah kepada Cik Puan Azzah kerana sentiasa menggungguli 3 artikel popular pada setiap bulan.

Namun, pemilihan ini diadakan sekadar untuk mengenalpasti jenis-jenis artikel perkongsian yang disukai pembaca. Berikut adalah senarai penuh 3 artikel paling popular untuk bulan Ogos 2011 :

Statistik-Statistik Laman Sosial Majalah Niaga

Beralih pula pada maklumat statistik bagi laman sosial. Mengikut data yang kami perolehi pada laman Feedburner, sebanyak 74 subscriber berjaya ditambah dalam tempoh 31 hari bulan Ogos. Berbanding kenaikan sebanyak 66 subscriber pada bulan lepas.

Manakala bagi subscriber Rahsia 7k, terdapat penambahan sebanyak 379 subscriber, berbanding 350 penambahan pada bulan Julai 2011. Jadi setakat 31 Ogos 2011,kami berjaya mengumpul 1467 subscriber Rahsia 7k, tidak termasuk subscriber feed.

data facebook majalah niaga

Jumlah peminat Facebook pula meningkat sebanyak 173 peminat, sedikit menurun berbanding penambahan pada bulan Julai iaitu sebanyak 207 peminat. Jumlah keseluruhan peminat Facebook Majalah Niaga adalah 1675 peminat.

Jumlah peminat di Twitter pula bertambah sedikit sebanyak 23 follower, berbanding penambahan 17 follower pada Julai 2011. Jumlah keseluruhan follower di Twitter adalah 168 follower.

Statistik-Statistik berkenaan Trafik.

Kadar trafik Majalah Niaga mengalami sedikit penurunan, iaitu 9,474 berbanding 9737 trafik pada bulan Julai yang lepas.

Akibat penurunan kadar trafik, ia juga memberi kesan kepada jumlah pelawat unik (unique visitor) yang menurun sebanyak -.0.47% ,pageviews pula menurun sebanyak -3.58%.

Daripada 9,474 pelawat,  sebanyak 1380 pelawat bersumberkan dari direct traffic, 3224 pelawat datang daripada  enjin carian dan sebanyak 3583 pelawat pula bersumberkan dari trafik referring sites.

Berikut adalah screenshot sumber trafik jika dibuat perbandingan dengan bulan Julai :

sumber trafik majalah niaga

Peningkatan yang sangat ketara dapat dilihat pada sumber trafik dari enjin carian. Dimana peningkatan sebanyak +26.39% berjaya dicatat dan ini merupakan rekod terbaik setakat kami membangunkan Majalah Niaga, sehingga ke hari ini.

Antara kata kunci yang paling banyak menyumberkan trafik dari enjin carian adalah :

  • majalahniaga
  • majalah niaga
  • salam aidilfitri
  • majalah im
  • dr azizan
  • majalah
  • syamsul yusof
  • hasbul aqill
  • kl gangster
  • penulis di majalah niaga.

Secara keseluruhannya, penurunan yang berlaku pada kadar trafik dan kesan sampingan seperti pageview, bounce rate adalah disebabkan penyiaran artikel dihentikan selama 7 hari ketika cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Projek-Projek Terkini

Dalam  masa yang sama, kami mengalu-alukan tuan puan untuk memuat turun Edisi 18 Majalah Niaga , pada hari Khamis ini. InsyaAllah selepas selesai pelancaran Edisi 18, kami mula membuat persediaan untuk mengadakan temuramah bersama blogger-blogger Malaysia.

Temuramah ini diadakan bagi mendedahkan rahsia teknik mereka membangunkan blog mereka, serta bagi menggalakkan lebih ramai lagi pembaca membangunkan blog sendiri untuk tujuan bisnes, mahupun personal. Kami akan terus mengemaskini hal ini secara berperingkat di laman Facebook dan emel.

Itu sahaja untuk laporan bulanan ini dan jutaan terima kasih kepada para pembaca di atas kepercayaan dan kata perangsang yang diberikan bagi kami meneruskan perjuangan memandaikan bangsa dalam ilmu keusahawanan.


Tags: , , , ,

Pendapat anda?